Feb 1, 2009

Happy Birthday Nawuki

....ajiimaa....
Aku dgn Nawal membesar bersama2. Umur kitorg beza hanya 11 bulan. so bile time besday die,2 feb (aku 2 March),die selalu akan cakap "kak,umur kita sama" sambil senyum yg puas gile tu.cis

Beza umur yang sikit tu kadang2 membuatkan die overshadow aku sebagai kakak sulung.so kalau cikgu Miskiyah bawak kitorg pg kenduri ke ape ke,mesti org tanya yang mana sulung. lepas mak aku cakap aku yg sulung,mesti makcik2 tu akan cakap "laa,igtkan hak ni yg sulung (sambil point to nawal)" Masa aku kecik2 dulu,mmg aku tak puas hati bila org igt nawal yg sulung. tapi bile dah tua2 ni, aku dah tak kisah,sebab aku tau aku awet muda n jelita dan nawal yg berkedut,sbb tu org slalu ckp dia sulung(ok,part ni korang boleh muntah).

Cikgu Miskiyah selalu cakap,dalam anak2 yg seramai 7 org tu,aku ngan nawal la yg paling kuat bergaduh. dari kecil sampai besar."macam kucing ngan anjing" kata cikgu Miskiyah. disbbkan selalu sgt mak aku cakp macam tu, pernah sekali aku balas "mak,ada ka kata anak mak anjing".huhu.

Aku tak igt sbb apa aku selalu gaduh ngan nawal masa sebelum mummaiyiz. tp ada la 2,3 keping gambar kitorg masa kecil yg nawal menangis dan aku tersenyum sambil memegang mainan.so aku assume kitorg masa kecil selalu gaduh sbb berebut barang. tp bila dah besar sikit,dlam umur 6,7 thun, Nawal ni dah pandai hentam balik aku. klu aku marah die,aku tampar lengan die, dia dah pandai balas balik. sakit giler.tangan besi ke ape. so aku dah xboleh nak luahkan kemarahan aku.depressi giler aku.

So sbb aku tak boleh pukul dia, aku selalu ajak dia main lawan2. "adik,jom main sepak2 tidoq".aku xmau ajak main sepak2 sambil berdiri,sbb dia slalu sepak betis aku.sakit gile.kalau sambil baring, bahagian abdomen yang selalu kena dan dgn kaki aku yg panjang sikit dr die,selalu dia la yg kena sepak lg byk..muahaha

Aku pernah ligan(kejar) dia dengan rotan bulu ayam kepunyaan cikgu Miskiyah.aku tak igt aku geram sbb apa.tapi aku smpat la melibas belakang dia seround. tp bila dia pusing belakang lepas kena libas tu, mata dia berair,muka dia merah, tp sempat dia cakap"Adik habaq kat mak." Aku punya ketaq. takut giler..Cikgu Miskiyah garang..jgn main2..bila mak aku dah tau,of course la aku kena marah kan,"awat buat adik macam tu,sampai berbalaq(balar) belakang dia?!".garang2 cikgu Miskiyah,takde la aku kena rotan.sayang cikgu Miskiyah.

So aku dah xboleh nak pukul adik kesayangan aku tu. Bile dah aku geram sangat, pernah sekali aku gunting baju kurung raya nawal.haha.tapi kantoi la kan.sbb memang sah2 la kan mak aku tau yg tu bekas gunting sbb bentuk koyak dia 'V'(cis,aku tak reti nak sembunyikan crime aku). and masa tu hanya ada aku,nawal dengan nabilah.yang lain belum lahir.nabilah baru 2 tahun,mmg mak aku tak kan syak dia la.lepas tu yang kena gunting plak baju si nawal.takkan la si nawal nak gunting baju dia sendiri.nak suspect ayah aku gunting baju nawal?macam tak sesuai je.so tinggal la aku jadi prime suspect.kena marah jugak la aku dgn Cikgu Miskiyah.

Bile dah besar sikit,dalam 12,13tahun, dah pandai buat keje rumah semua,kitorg selalu berkira dalam chores.tak boleh lebih sikit kerja rumah.semua kena adil.selalunya time kitorg buat keje rumah pun time wiken jumaat sabtu.vacuum,sidai kain,cuci pingan,basuh baju etc.semua kena bahagi kerja dgn saksama.selalunya,time die kena basuh pinggan,aku yang kena kutip pinggan utk dia cuci,and vice versa.so punyala busuk hati aku time tu,aku akan kutip sebanyak pinggan yang ada utk dibasuh,dari ruang tamu sampai dapur,so that dia kena basuh pinggan dengan byk(padahal tak sedar,sendiri pun kena kutip pinggan yg banyak utk itu.huhu)

nawal ni,dia suka gempaq aku dgn ayat "weh mak marah tu"(kitorg mmg takut klu cikgu miskiyah marah).selalunya dia akan guna bila nak kejutkan aku tido.Cikgu Miskiyah mmg pantag org tidur lepas subuh n lambat join breakfast.tp sejak2 aku duduk asrama, mmg terbiasa tidur balik lepas subuh.maaf mak.so selalu la nawal ni dengan suara petir die tu n muka yg serius,kejutkan aku dengan cakap "weh kak bangun laaa.mak dah marah dah tu!!!".aku mmg takut,mmg bangun terus,cuci muka n turun bawah. turun2 bawah,Cikgu Miskiyah tengah mengoreng cucur dan sambil tersenyum manis cakap," haaa,dah bangun dah hak tua".tiada riak2 marah pun.cis,aku terkena dgn nawal.

Entry ni aku sudah tulis lama..masa tu aku terasa rindu dengan nawal.terasa lamanya tidak berperang dengan nawal.

gaduh2 pun,kekadang ada saat yang aku rasa nak hug jer si nawal ni..rindu..tapi nawal ni xsuka skinship2..huhu..ntah nanti klu tetiba aku hug dia,dia balas "kak,hang salah makan ka?"..haha

so bersempena hari lahir mu (2 february) nawal, jangan dok jadi kapla angin sangat..hahaha..biar kakak sorang ja kapla angin,sebab kalau angin bertemu angin jadi taufan..n selamat berjuang dalam clinical years..nampaknya kali ni si nawal dah jadi sempai aku dalam medicine..huhu..

Berusaha!!
Daa~(trademark nawal sambil buat muka irritated dan menjengkelkan)

***

5 comments:

miskiyah said...

aikkk asyik mak aje yang garang. he. he. mak ikut prinsip maktok.Bila mak kata kat mak tok " mak dulu garang. masa kami kecik2. Mak tok akan jawab" pasai mak garanglah hang pa semua jadi orang(berjaya)". Soprinsip yang mak ikut tu betul lah.coz kakak & nawal membesar menjadi anak yang mendengar kata walaupun dah jauh dari mak sekarang ni. he.he

Rexraihan said...

heheheh...
ala,sebab mak garang la mak best..hehe..kalau mak tak garang,tak thrill hidup kami.hahha..so it's a compliment tau..bile online,tak nampak kat ym pun?

`Ammar Muhd said...

nawal mmg kezen plg cengiy dlm sejarah hidup...buat lawak pn muka garang..kalo bab berleter ni, rasanya hampir semua cucu haji razak/hjh bedah mcm tu haha

Lady Qay said...

nawal cengeii ka...bekeng ada la kot..but still best n rox....hahaha..

Ibu Alin said...

Bekeng tu bhs kelantan... Nawal kecik2 dulu cool je... La ni banyak kena fikir kot... cengei...(no komen) hehehe...cayang nawal

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009