Feb 14, 2009

Kekuatan Diri

Semalam, kali prtama aku bercakap dengan wan selepas wan stroke and dementia. Itupun setelah ammar yang mengajukan dan menyuruh. Sebenarnya aku cuba tegar utk tidak bercakap dengan wan. Aku belum emotionally prepared. Selfish kah aku?

Disini aku membina kekuatan diri yang aku rasa semakin rapuh. Stress dengan sibuknya dunia baru aku, stress mmikirkan kawan2 PMC yang bakal pulang dalam masa 2 minggu. Hidup aku bolh dikatakan belum mncapai fasa2 keceriaan. Juga kusut memikirkan hal2 family yang aku kira Allah lebih mengerti percaturan-Nya. Dugaan datang bertimpa2. Tapi aku yakin Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang dia tidak mampu.

Semalam tatkala gagang telefon beralih tangan pada tokwan, aku sedikit kaget dan terkelu. Sebab aku tidak bersua muka dengan tokwan. Aku tidak balik pada masa2 kejadian. Aku juga tidak dapat imagine what sort of things happend there. Ku dengar tokwan memberi salam, dan kujawab dengan perasaan yang berbaur. Bila ku tanya "Tokwan sihat ka?"..Tokwan balas "Tak berapa ketahuan sangatt".Aku dah semakin sebak. Pesakit dementia yang aware dia ada cognitive impairment, aku rasa sangat menyedihkan. Aku lebih rela tokwan xde insight yang tokwan sakit. Lidah ku semakin kelu. Aku tanyakan pada tokwan makan apa,etc2.And dalam kekeluan lidah ku,aku tertanya soalan yang sensitif, "tokwan mesti seronok duduk rumah mak kan?"..kudengar suara tokwan berubah, dalam nada yang kurasa agak sedih tokwan menjawab "tokwan teringat-ingat dekat rumah...".BANG,aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri "u Moron!!"..terus aku terdiam.sampaila gagang telefon beralih tangan. Mendengar suara Nawal, terus air mata yang kutahan tadi berhambur2 keluar. sebab itu aku xmampu lagi bercakap dengan tokwan, kekuatan yang ku cuba bina masih rapuh. Apa yang ada dibenak ingatan ku adalah tokwan yang sihat. Aku rasa aku denial sebab tu aku xmampu berbual dengan tokwan. Aku jauh,aku tiada disana. Aku tidak boleh balik melawat. Aku tidak boleh balik mencium tangan tokwan. Aku tidak boleh menjaga tokwan pun. Aku tidak boleh buat apa2 kecuali berdoa. Hopeless as ever!! Disebabkan aku tidak berada disana,memerhati dan memahami, aku masih denial yang tokwan ada cognitive impairment!

Dan bila ku bercakap dengan tokwan, aku dapat mendengar. Mendengar dan mentafsirkan. Roboh denial yang ada dalam diri. Yeah,reality is painful.

Kukatakan pada Nawal,aku tidak berani lagi bercakap dengan tokwan. Emosi aku belum stabil. Maaf tokwan,akak akan cuba mencari kkuatan diri,memahami situasi tokwan. At least that is what i can and i'll try to.I-Allah,it wont take long.

Semalaman aku menangis terus. Mataku bengakak pagi ni.But i relieved, at least i've done it.

***

3 comments:

Lady Qay said...

jgn sedih...sumer org sdih bila bckp or tgok wan..wan yg kita knal dulu bkn sama dgn wan yg sama..but dia ttp wan kita....prsan tk sllu klo kita call umah mktok or blik umah mktok msti kita bnyk smbg gan mktok..wan kdg2 ja..kdg2 sepatah dua ayat sjer..so time skrg ni mgkin time utk kita actually lbih tumpukn pd wan..bnykkn doa...insyAllah blik jun nnti bleh jg wan...

My Heart Draws A Dream said...

bukan raihan ja nangis bengkak mata..lang pon sama..time yg mak tok patah kaki,mak cik kena operate lagi terasa sedihnya..tabahkan hati..doa kat ALLAH byk2 supaya keadaan akan bertambah ok lagi..

Rexraihan said...

itula..
sebelum2 ni sedih2 jugak,tapi hanya dengar cita dr mak ayah smua..tp bila bercakap ngan wan,terus laju jer air mata..huhu..tp takpe dah ok..:)

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009