Jan 21, 2009

Happy birthday Afifah

4 comments

Entry ini sudah ku tulis pada hari lahirnya, 23hb January 2009 tapi tiada kesempatan untuk publish.

Happy Birthday Afifah!!

Afifah adik aku yang ke-empat(anak kelima).

Persis teruna lagaknya. Mak selalu risau kadang2 memikirkan tingkah laku yang 'sempoi',boyish,extreme kaki bola, asyik pakai sneakers. Bila ditanya, mak dulu kempunan anak lelaki ke masa mengandung Afifah? Mak menafikan. Bukan salah ibu mengandung!! Aku khabarkan pada emak, itu cuma transition period. Daripada kanak2 kepada young adolescent. Kadang2 young adolescents girl ni selalu nak appear tough,rebelious, macho, xmain la girlish2.. Sebab aku pun dulu begitu. Skirt?no way.Kasut? sandals yg lelaki. T-shirt besar. Aku khabarkan pada emak,jangan risau. Nanti dia akan sedikit2 menjadi wanita..huhuh..

Well,aku rasa mungkin persekitaran dia yang membuatkan dia begitu. Klu dilihat, dari kedua2 belah keluarga, Kulim dan Titi Gajah, sepupu2 yang membesar bersama hampir kesemuanya lelaki. Mungkin sebab itu, Afifah ini lebih lasak orangnya.

Afifah suka updatekan cite Intan kat aku. Panjang lebar dia ym..bab ni rajin plak die..heheh..terima kasih anyways.

Apa apa pun, Selamat menyambut ulang tahun yang ke-14.
Rajin2 kan lah diri di dapur ye!!

Jan 20, 2009

New Term

0 comments
Semester baru dah bermula

Clinical term.

Aku capet untuk menulis.

Mungkin apabila sudah adapt dengan keletihan dan kesibukan baru ini, mungkin aku akan curi waktu untuk update.

And i'll be going to Paris this weekend, class trip.

Till then

Chaw

Salam

Jan 16, 2009

Senyuman.

1 comments

Gambar ini kakak kirimkan padaku dan Ammar, untuk tatapan kami si perantau.

Melihat gambar ini,hati yang rawan menjadi tenang, fikiran yang gundah menjadi lapang.
Satu kalimat sahaja yang mampu singgah, 'Alhamdulillah'. Alhamdulillah tokwan semakin sembuh dan sihat. Alhamdulillah tokwan kembali tersenyum

Keletah Zaffran, anak kakak, cicit kedua tokwan sememangnya membawa senyuman kepada sesiapa yang melihat. Teringat aku ketika kecil, adakah tokwan juga sebegini ceria melihat telatahku?

Dan entry ini aku namakan senyuman. Kerana aku sangat lapang melihat senyuman-senyuman Elephants Bridgians yang amat aku rindui. Moga kalian semua sentiasa tersenyum menghadapi onak kehidupan. Dan senyumlah selalu walaupun ada rawan dihati, kerana itu yang selalu aku lakukan disini.

Jan 14, 2009

Sayang semakin menebal

3 comments
aiyaa belum lely la...

Sudah banyak kali aku cuba menulis perihal ini.
dan acap kali juga entry2 itu terpaksa aku delete.Sebab? Aku speechless,emotionless. I just cant put it into words.

Pagi 12jan aku terima ym dr ammar memberitahu pasal tok wan masuk ICU sebab stroke. Ye,aku belajar pasal stroke semester lepas. Dan boleh dikatakan aku masih igt apa yang aku belajar. Risk factors, clinical presentation, complications and everything. Tapi disebabkan aku hanya belajar secara theory(pre-clinical), aku xde visual memory pasal stroke. Meaning to say,aku xdapat bayangkan macam mana wan when stroke attacked.(i can imagine the hemiparalysis n lateralisation, but still i dont really have the experiences of managing the stroke patient)

Bile aku dengar cite kakak yg diorg nangis teresak2 bila tahu tokwan kena stroke, aku rasa guilty and bad. Kenapa aku xmenangis pun bile Ammar bitau? Adakah sayang aku pada tokwan tak sedalam sayang kakak n kak lang? Adakah distances yang menyebabkan aku kaku tak berperasaan? 2,3 hari aku asyik ponder benda ni. Kenapa aku xmenangis dan kenapa aku tak risau sedangkan aku maklum dengan complication of stroke. Adakah hanya visual memory yang mampu elicit emotion aku? Entah. Aku tiada jawapan. Tapi aku yakin, 'aku tidak sayang pada tokwan' adalah BUKAN jawapannya. Mana mungkin aku tidak sayang pada tok wan. Tok wan yang sentiasa tersenyum. Tokwan yang sentiasa menyambut baik kepulangan anak cucu. Tok wan yang sentiasa menghantar aku terbang ke Ireland. Tokwan yang tidak suka mencampuri urusan anak2. Tokwan yang sangat pleasant itu mana mungkin aku tidak sayang.

Tatkala aku mendengar berita progression tokwan, aku amat bersyukur complicationnya bukan pada movement. Cuma tokwan xboleh bercakap lagi. Dan aku belajar, dysarthria memang satu complication yang common buat pesakit stroke. Aku berharap complication ini adalah temporary dan bukannya permanent. And besides that, ayah beritahu the infarctions happen in basal ganglia and brain lacunae. (I cant really recall about brain lacunae, my bad..huhu).

Aku amat berharap tokwan akan sembuh seperti sediakala. Dan aku berdoa, tokwan akan sihat senantiasa dan aku ingin benar berjumpa dengan tokwan yang sihat apabila aku pulang ke Malaysia June nanti. Ameen.

Jan 10, 2009

New Birth of Nicco Robbin

0 comments

Pagi yang dingin dan bening dimulai dengan breakfast sandwich salami berkeju dengan mash potatos dan susu panas.A good start of the day.


Switched on Dell Inspiron 1420. Suddenly an MS-DOS command appears..."NTLDR is missing. Please press any key to restart". Eventually, the same command appeared everytime I pressed any keys. Punggah. Restart balik. Sama jugak. Ades. Hantar an emergency sms to daddy kewl di Malaysia and unfortunately, ayah pun xpernah dapat command macam tu. Kelam kabut tipon Tihah (she's very good in computer), xberjawab. Rupa2nya dia sibuk berdemo pasal Palestine di City Centre. So aku mengambil langkah nekad, format balik laptop ni. Memang tiada pengalaman. Cuti summer dulu dah pernah dah sekali format laptop ni. Ayah yang buatkan. Ayah beria suruh tengok macam mana ayah formatkan balik laptop supaya nanti senang kalau apa2 jadi masa aku di Dublin. Tapi aku macam malas masa tu..huhu..aku pi layan TV instead..cite intan..hehe. So bila jadi macam ni, kepanasan la aku di pagi winter yang sejuk.

Baru semalam chat ngan ayah pasal laptop. Aku bergurau dengan ayah cakap nak laptop baru, sebab jealous dgn mak dapat laptop baru yang comel lote (asus N10J). Alih2,pagi ni dia dah merajuk. sensitif betul la awak ni lappy. Ye, saya belum nak tinggalkan awak inspiron 1420.

Berkat ilham yang Allah kurniakan, aku cuba ikut instinct aku untuk format balik laptop ni. Banyak kali aku cuba insert dvd reinstallation. Ada yang salah aku masukkan. Tapi utk figure out which one is which,makan masa berjam jugak. Try and error. Determine sungguh. Sampai ke malam aku buat(well,technically malam pukul 4.30). Sebenarnya, aku pun tak paham apa yang aku buat tadi...huhu..cuma aku dah ada idea of the sequences of event. So aku boleh proudly say dkat ayah yang aku dah pandai format laptop sendiri..haha..

By the way, aku rasa aku nak namakan Inspiron 1420 pink aku ni sebagai Nicco Robbin (character dalam one piece). Sebab dalam one piece dia sangat calm n cool. So Nicco Robbin, kau jangan ngengada nak crash lagi.


oOo

Jan 9, 2009

Of Bray and Keria

2 comments

Bray,County Wicklow.

Bila aku cakap aku xpernah pergi Bray lagi,almost semua kawan2 aku kat sini xpuas hati.sepatutnya Bray tu masa first year lagi org dah jejak.hehe..well,banyak lagi tempat2 menarik di dublin ni yang aku tak cover lagi. sebab tu kut Allah letak aku dalam golongan full course(5 years) instead of twinning(2.5 years).huhu

So hari ni 9 Jan, ayu dengan berbesar hatinya mengajak aku ke sana..and aku sangat teruja mengalahkan junior.haha..suhu ketika itu 4 degree n it was a bright sunny day..kitorg sampai dalam pukul 12 n start tangkap gambar along the coast.sangat cantik seafront die.n aku sangat suka..


Batu2 dia sangat cantik.
Bulat2..
Aku ada amik bawak balik..
Banyak sampai senget bahu aku bawak beg yg berat disebabkan batu tu.
Teringat mak yang suka kutip batu2 sungai kalau pergi air terjun n kulit kerang kalau pergi pantai..tapi aku xnampak pulak kulit2 kerang yang macam kat malaysia.ada la kut kulit2 mussel yang local punya.
Kitorang tangkap2 gambar kat kawasan sini,atur2 batu bentuk love..heheh..banyak lagi gambar.tapi xlarat nak upload semua.


lepas dah puas main2 kat bahagian landai,kitorang naik bukit utk dpatkan view yang lagi menarik. sangat cantik..and bile snap gambar banyak2,of course la kan ada je yg tak jadi,yang blur,yang xmenarik..so pakat meroyan la aku n ayu nak beli SLR..SLR is sooo in trend nowdays...tp xpa,masih mampu bersabar..hehe.kat atas bukit ni ada satu kawasan berlapang yang berumput.kitorg take turn untuk solat atas ni sebelum menjamah sandwich yang aku buat pagi tadi.alas perut jer nih.

Lepas selesai semua urusan,kitorg bergrak ke National Sealife Aquarium.ala2 Aquaria jugakla.tapi aku rasa sangat berbaloi.sebab species ikan dan hidupan laut yang ada kat situ sangat berlainan dari yang aku prnah lihat kat aquaria.antaranya piranha, clown "Nemo" fish, shark, sea horse dan sebagainya. agak lama jugak la kat sini, sempat tengok pekerja2 Sealife feed the sharks n stingrays.These are some of the pictures:




ferocious piranha,Me infront of a fish aquarium, Bloody Henry Starfish, shark tank




fish tank named Nemo's Kingdom, underwater plant(i guess), close-up moon jellyfish, umang-umang,



Clockwise: Clown "nemo" fish, i-dont-know-the-name fish tank, moon jellyfish, seahorse yg cam arrogant

lepas kitorg dah puas view semua hidupan laut, baru la bergegas mencari lunch. ayu mula2 frust jugak sebab restoran yang die tgk kat internet tutup.tapi nasib baik ada restoran seafood yang menawarkan harga yang agak ok.kitorg pesan stir fry tiger prawn, golden crisp calamari and seafood chowder...memang mantap dan kena dengan selera asian.huhu.

Sekarang ni sayer sangat penat...by the way, semalam aku ada la kononnya buat keria utk dibawa ke Bray.utk lapik perut.tapi disebabkan aku tak tau nak bajet berapa lama nak kena rebus keledek(aku tinggalkan keledek sbb pi makan nasi lemak..huhu),keledek yang direbus sgt la lembik.dah letak tepung pun lembik lagi..bukan kata nak buat bentuk gelang, bentuk bulat besa pun xleh..huhu..maka terpaksa la aku mengoreng mixture tu sebagai cekodok keledek..sadis betul..takpe first trial...nasib baik xjadi bubur keledek ke apa..huhu..gambar tak diuploadkan sebab sgt tidak membuka selera..hehe
moral of the story: klu baru first trial tu jangan bajet diva, cari respi betul2 supaya xdela tersasar jauh outcome dia.:p

lately ni aku teringin nak makan kuih muih traditional la pulak..pasni nak cuba kuih bakar lak..hehe..chef lang,any suggestion of recipe?. :)


oOo

Jan 6, 2009

Cuti winter: Update

4 comments


Things that i've been doing so far for winter hols:

1)mysoju.com..ok. aku dah tgk tv series jepun mcm nak vomit keluar..ye saya tau xberpekdah.tp irresistable la..huhu..cite yg aku dah tgk:
  1. Absolute Boyfriend(cite ni klakar tp xsangka gile ending sedih cam nak pengsan.berbaldi kuar air mata)
  2. Last Friend(nawal recommend,tp aku xberapa suka cite die.sbb persoalan yg dibawa sgt berat.aku nak rileks2 je tgk tanpa mendera perasaan.
  3. Gokusen 2,
  4. Gokusen 3. 2 season sekaligus aku tgk..cite budak2 sekolah..klakar tgk body language Yankumi n Oedo family
  5. Hana yori dango 1
  6. Hana yori dango 2
  7. hana yori dango the movie. cite ni sama cam meteor garden.
  8. Proposal Daisekusen Sp
  9. Hana kimi Sp

2)shopping..ada 2,3 benda lagi yg aku nak kena cari.baju seluar utk hospital,n brang2 yg kakak suruh tgkkan kat mothercare..ampun,xpergi lagi..adeh..selalu gi shopping barang sendiri,dah xnampak dah barang yg org lain pesan.

3)cooking..ini mcm liat sikit..dulu beria nak cuba mcm2.tp progression agak slow.nasib la,aku ni bukan ada passion sgt memasak ni.aku memasak sbb tanggungjawab.tp aku dah beli barang nak buat marble chocolate cheese cake.2,3 kendian ni i-Allah berjalan.n aku dah beli sweet potato..hehhe..teringin nak makan keria.

4)ayu ada suggest roadtrip ke kilarney.aku sgt la looking forward for this.sbb aku dah sebu sgt dok umah layan komputer.n kena la jugak kan jalan2 around ireland..tempat2 kat dublin ni pun ade je yg aku xpergi lagi..huhuh.nnt klu balik mesia for good,org tanya tempat tu tempat ni,kita xtau apa apa

5)dulu ada plan nak selak buku sikit.nak tgk clinical examination punya buku.saja nak prepare utk next sem.tp setakat ni belum ada hati nak tgk buku..huhu

6)haritu sempat la pg iceskating dengan kawan2 kat RDS..kat sini mcm2 org buat.dari iceskating ke funfair ke dewan exam..huhu..multipurpose RDS.

7)tadi dalam bus sewaktu balik dr beli groceries,ada sorang lelaki cina tegur.tanya dari malaysia ke.sembang2 sikit.lepas tu dia tanya tak buat part time ke.dia cakap dia cuci pinggan mangkuk boleh dapat dalam 280euro seminggu.dalam rm1400 seminggu.lepas tu dia sambung lagi,"tapi susah sikit la kalau pakai tudung...xpa,bapak duduk jauh..bapak tak tau punya kalau bukak." aku sengih2 jer sambil ckap"tapi tuhan tau(sambil tgn tunjuk atas)"...lepas tu dia jawab"xpa,saya pun xdak tuhan"...huhuhu..slamber je..tp xpe,dia xfaham..kita xleh nak marah dia atas ketidakfahaman dia terhadap agama kita.tugas kita sebenarnya menerangkan dan berdakwah kepada orang2 yg jahil.

Apa2 pun kepada yg masih bercuti,harapnya dapat menmanfaatkan cuti dengan baik(pesan kepada sendiri jugak..huhuh)

salam

oOo

Happy Birthday K.long Ann n K.ngah Raf

0 comments

Ini adalah kawan baik saye since form 1.(from left:kak ngah,kak long)

Dah macam adik beradik dah.n kitorg mmg xbahasakan diri guna nama.rasanya diorg ni kawan yg paling kenal aku.kak long sekarang praktikal dekat audit firm n kak ngah dekat maktab perguruan pulau pinang.

Selamat Hari Lahir kak long(2 Jan) n kak ngah(6 jan).
semoga panjang umur murah rezeki.n all the best.yoshhh

Jan 3, 2009

Selamat Bersekolah Luqman al Hakim

2 comments

This entry would be my first one in year 2009.

Esok, hari pertama adik bongsu aku, Luqman aka Man-chan masuk ke primary school. Sekejap jer masa, dia dah membesar. Dulu masih lagi baby boy yg comel dan kawaii.

Semalam berbual dgn mak tanya pasal Luqman n d prsiapan smua. Mak ada la cakap Luqman cakap "Adik risau ni nak masuk sekolah abang".huhu..

But, Luqman ni aku tak risau sangat. sbb dia sgt berdisiplin.So all the best for ur first day of schooling.n jgn cari kawan pompuan byk sgt (luqman kat tadika kawan dgn pompuan jer.)..uhuhu..

p/s:teringin nak siap2 kan luqman,tgk dia dgn uniform sekolah.


luqman umur 3thun

Luqman umur 3tahun..kawaii


oOo
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009