Feb 6, 2010

Happy Birthday Nawuki II

Ini entry yang dijanjikan ye cik nawal. Okey,aku ada tulis pasal nawal pada hari lahirnya tahun lepas. http://rex-raihan.blogspot.com/2009/02/happy-birthday-nawuki.html

Nawal anak kedua selepas aku. Summer lepas, aku menumpang rumahnya hampir 4 malam di Putrajaya. Malam pertama aku sudah terkesima. Mana tidak nya, tiba-tiba si nawal dengan lemah lembutnya bertanya "Kak, nak makan apa-apa ke?", "Kak, lapar ke?" sambil tangan tolong mengemaskan barang-barang yang aku bawa. Tolong sangkutkan tudung aku. Nak je waktu tu aku jawab "Ye, lapar. Nak makan lamb chop". Tapi takut pula Nawal tiba-tiba bertukar menjadi bengis lalu menghumban beg-beg baju aku keluar lantas menghalau aku.

Malam kedua, sambil aku baring-baring di tilam si Nawal sambil menonton Ghost tv series, Nawal masih dengan lemah lembutnya bertanya "Kak, ada baju nak dibasuh ke?" Setelah dibasuhnya, disidai pula baju-baju itu. Aku hanya memandang. Ye la kan, bila lagi Nawal nak behave macam ni. Enjoy it while it lasts!

Tapi yang terindah hanya sementara! Bila balik kulim, Nawal kembali normal. Tiada lagi suara lembut ala-ala Nora Danish [exagerrated! suara Nawal masih tidak selembut ini]. Tiada lagi orang nak bertanya aku lapar ke tidak, tiada lagi orang nak basuh baju aku sambil aku tergolek-golek diatas katil.

Kembalikan Nawal itu padaku!

Owh ya, sebenarnya nak wish Happy belated birthday pada kamu Si Nawal yang dah kembali normal yang jatuh pada 2 Februari. Akan ku tunggu keabnormalitian kamu itu datang lagi walaupun aku yakin ianya sekali seumur hidup!

9 comments:

Lady Qay said...

jgn harap la nak selamanya gitu..hahahah...tu berlakon je ataupun melayan tetamu namanya..kalo balik rmh, itu bkn tetamu dah,itu rumah mu..hahaha

nawal_luv said...

hahaha....bgus kakak....aah...cmtu la adab mnyambut ttamu....xcya tnya la nabby..mmg dia pn dlayan sma msa dtg umah i...sbb tu dia nk dtg lg =P....bkn mcm u...ble blik je kulim...adik2 ni jd cinderella lak...hihihi

Rexraihan said...

eh bukan masa korang balik,kakak ke jadi cindarella,n korang jadi ala2 step sisters gitu yg duduk dalam bilik..hahah..zassss!

Misk said...

Amboi... semua nak jadi cinderella . Abih mak ni sesuai dengan watak step mother la. Memang ada gaya pun . Hi... Hi...Walaupun garang makan pakai anak- anak terjamin tau. He.. He... (Masuk bakul naik lif la...)

My Heart Draws A Dream said...

wah maklang..umah kulim dah ada lift ka??nak kena p jenguk ni..hahha.
rehan:betoi tu..pasni selalu la kena p umah nawal..tgk dapat lak layanan 1st class itu lg..hehee

Rexraihan said...

Mak: klu step mother tu garang dan xberi anak2 makan.
mak jadilah fairy godmother..haha..ada kuasa sakti..hahah..[dah mengarut]

Lang: betul,btul,betul..kena lawat putra selalu..haha..dah la free..hehe

nawal_luv said...

kakak : amboi2...suka btol la tu...dh free kn...sbb tu la hdiah bday kak smpi skrg xde lg...tolak siap2 duit mkn and duit minyak kt cni...huhuh

lang : lepas ni bleh bukak hotel...untung mcm ni d$_$b

INDRA QIRANA said...

salam ziarah..happy birthday jugak..siapa nawal tu sebenarnyer..soory lah tak tau hujung pangkal hehe

Rexraihan said...

salam indra
nawal tu adik saya..

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009