Feb 28, 2010

Rokok II

0 comments
Dipanjangkan dari Safiah Yusof, coursemate UCD.

Pak long sy (bekas perokok tegar) suatu ketika dahulu.
hasilnya? mak long menghidap barah paru-paru..
Mak long tak hidup lama pun selepas di diagnosed..

pak long sayang sangat mak long..
dulu, Pak long kata, 'pak long yang buat salah, tapi mak long yang terima padah'
kesedihan pak long, Allah shj yang tahu
melihat isteri dikasihi meninggal di pangkuan sendiri..

pak long tak berhenti di situ..
pak long usaha sungguh2 untuk berhenti merokok
katanya 'cukuplah seorang yang disayangi dibunuhnya, no more..'

kini, pak long bukan lagi kaki rokok..
sebaliknya, pak long sudah menjadi kaki surau..
sbb nak berhenti merokok perlukan kekuatan
dan kekuatan itu hanya datang daripada Allah

sy bangga tgk pak long sekarang..
'rokok' telah menjadikan beliau hamba yang taqarrub ila Allah.

pengajaran: buat muslimin yang dikasihi sekalian, jadikanlah usaha berhenti merokok itu, satu hijrah menuju Allah. Allah knows how hard it is, but do believe, Jannah needs to be earned..

Well said Safiah!

Rokok dan epal

3 comments
Dipanjangkan dari yahoo group PPIMI

Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

alhamdulillah...

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i...

*Kepada yang merokok, belajar-belajar la berhenti.
Banyak dah kerosakan rokok yang aku lihat.*

Feb 26, 2010

Happy birthday Ayah!

2 comments
"Cukup lah anak banyak ni!"kata ayah

Happy birthday ayah!

Semoga panjang umur murah rezeki.

Being a daddy's girl, I always see my dad in most of everything. But i see my mom as well. Hehe. So mak,dont worry. I'm mummy's girl as well.

Mungkin sebab itu aku memilih untuk kebidang kedoktoran. Minat mungkin number 2,tetapi melihat bagaimana ayah suka dengan pekerjaannya aku tertarik dengan medicine (sekarang aku macam berbolak balik dah..haha)

Well ayah happy birthday! may you always young at heart..hehe.
semoga dicucuri rahmat dan panjang umur murah rezeki.
Kakak doakan ayah setiasa sihat dan kuat

Sayang ayah selalu.

Feb 23, 2010

Food

3 comments
Antara penyebab homesickness di sini adalah food.

Tiap-tiap hari turun bas nak balik rumah, mesti akan lalu Mc Donald. Tengok aje lah poster-poster burger yang nampak sedap tu.

Teringin tapi tidak boleh.

Selalunya yang halal adalah kebab and indian food. Dah 4 tahun, dah jemu. (musykil, padahal dah 20 tahun di malaysia makan masakan mak,tak jemu pun)

Apabila tiba time lunch di hospital, selalu terpandang pelayan tengah carve daging panggang. Masih panas dan berasap. Buntang mata melihat, hati segera berbisik "Sedapnya babi ni....eh,astaga, BABI rupanya!"

*babi pun boleh nampak sedap, apatah lagi ayam dan beef yang dijual di canteen hosp! Tidak sabar nak balik malaysia!*

Feb 16, 2010

Snooze

3 comments
Selalunya pagi-pagi, aku akan set alarm dekat phone setengah jam lagi awal dari targeted time yang aku nak bangun. Sebab aku sangat bahagia bila alarm tu berbunyi dan aku tengok jam sambil berkata "oh awal lagi" lalu tekan butang snooze. 3 kali snooze buatkan aku rasa bahagia. haha

Tapi pagi ni, malam sebelumnya aku charge phone dan biarkan semalaman. Dan seperti kebiasaan, bila alarm bunyi, aku tengok jam dan aku tekan snooze dengan bahagianya. Tetapi pagi ini sebabkan aku charge phone tu semalaman, aku tekan-tekan snooze, phone hanged! Dengan tidak bahagianya aku try off phone tapi tidak berkesan. Alarm masih menjerit-jerit. Dengan mata yang separa buka, aku cuba robek bateri, tapi disebabkan ni phone baru aku, aku tak dapat nak buka bateri dengan mata tertutup.

Last-last, phone tu diam sendiri bila tuan dia dah bangun dari katil dengan crankynya dan mengacah hendak baling keluar tingkap.

*pandai phone ni gerak orang bangun subuh*

Feb 15, 2010

Baca baca baca!

3 comments
Masuk semester 2 Medicine and Surgery memang mencabar. Banyak sangat nak baca. Balik rotation pula penat. Final exam bulan 3 nanti pula tiada study week. Kejam kan? Reality bites.

Entah siapalah yang cakap masa clinical tidak perlu baca banyak. Aku sewaktu zaman preclinical sangat looking forward untuk clinical sebab expect tidak perlu baca banyak. Kalau lah aku ingat siapa yang cakap kat aku yang clinical tidak perlu baca banyak, nak jer aku pergi cubit mulut dia. Tak pun, kalau tak berani, setakat menjeling tajam dan menjuihkan bibir sudah cukup bagi aku.

Course apa ek yang tak perlu baca buku?

Kelas menjahit? Masih perlu baca manual mesin jahit Singer
Kelas memasak? Buku recipe kena khatam juga
Kelas lakonan? Skrip-skrip berintonasi perlu dihafal. Sekurang-kurangnya Oxford Clinical Handbook tidak perlu dibaca berintonasi.

p/s: Doakan kami Res year UCD, moga-moga kami berjaya dalam exam final March nanti.

Feb 6, 2010

Happy Birthday Nawuki II

9 comments
Ini entry yang dijanjikan ye cik nawal. Okey,aku ada tulis pasal nawal pada hari lahirnya tahun lepas. http://rex-raihan.blogspot.com/2009/02/happy-birthday-nawuki.html

Nawal anak kedua selepas aku. Summer lepas, aku menumpang rumahnya hampir 4 malam di Putrajaya. Malam pertama aku sudah terkesima. Mana tidak nya, tiba-tiba si nawal dengan lemah lembutnya bertanya "Kak, nak makan apa-apa ke?", "Kak, lapar ke?" sambil tangan tolong mengemaskan barang-barang yang aku bawa. Tolong sangkutkan tudung aku. Nak je waktu tu aku jawab "Ye, lapar. Nak makan lamb chop". Tapi takut pula Nawal tiba-tiba bertukar menjadi bengis lalu menghumban beg-beg baju aku keluar lantas menghalau aku.

Malam kedua, sambil aku baring-baring di tilam si Nawal sambil menonton Ghost tv series, Nawal masih dengan lemah lembutnya bertanya "Kak, ada baju nak dibasuh ke?" Setelah dibasuhnya, disidai pula baju-baju itu. Aku hanya memandang. Ye la kan, bila lagi Nawal nak behave macam ni. Enjoy it while it lasts!

Tapi yang terindah hanya sementara! Bila balik kulim, Nawal kembali normal. Tiada lagi suara lembut ala-ala Nora Danish [exagerrated! suara Nawal masih tidak selembut ini]. Tiada lagi orang nak bertanya aku lapar ke tidak, tiada lagi orang nak basuh baju aku sambil aku tergolek-golek diatas katil.

Kembalikan Nawal itu padaku!

Owh ya, sebenarnya nak wish Happy belated birthday pada kamu Si Nawal yang dah kembali normal yang jatuh pada 2 Februari. Akan ku tunggu keabnormalitian kamu itu datang lagi walaupun aku yakin ianya sekali seumur hidup!

Feb 4, 2010

Berangan

3 comments
Sekarang aku rotation dekat St Collumciles Hosp, Loughlingstown. Pukul 1 selalu ada lunch meeting, dimana doktor-doktor akan bersidang dan berdiskusi pasal medical case, journal dan bermacam-macam lagi pasal medical stuff.

Hari ini giliran untuk radiologist untuk membentangkan X-rays. Selalunya aku tengah menyumbat sakan time ini aka makan tengah hari walaupun tidak sedap tapi belasah jua. Sekali hari ini doktor tu terlebih rajin, "now let's give the chance to the medical students. Any differential diagnosis?" sambil tangan menunjuk ke arah CT scan of the abdomen yang terpampang di skrin besar. Masa itu aku dengan Deidre sahaja yang ada, yang lain semuaaaaa ponteng. 9 orang ponteng okay! Aku pandang Deidre, dia pandang aku. Blur. Rasanya dia pun tengah berangan sambil menikmati lunch. So aku pandang doktor yang tengah terkebil-kebil tunggu jawapan dari kami. "Err, polycystic kidney??" aku jawab teragak-agak. "Humph, we are looking at the pancreas now!" Adeh, bukan takat differential diagnosis salah. Teka organ pun salah. Nasiblah. Rasa nak menyorok ja bawah meja. Dah la lunch meeting conference yang hampir semua doktor ada okay! Malunya saya!

*jangan berangan sambil makan nasi*
p/s: nawal, i owe you one entry. later eyh. hehe

Feb 1, 2010

Woe

1 comments

Sampan dimudik tidak berarah,
Dimudik oleh datuk penghulu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Hati menangis tiada yang tahu.

Datuk penghulu berbasikal tua,
Menyusur jalan tidak berturap,
Beban ditanggung resahnya jiwa,
Pada Allah digantungkan harap.



My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009