Jan 1, 2010

Snow 1431 2010

Semalam, di ambang 2010, snow turun dengan lebatnya di dublin..At last. Alhamdulillah. Pukul 11 malam aku dan housemet terloncat2 macam kera dapat bunga bermain snow. Disebabkan kawasan kejiranan ni cantik dan jugak lampu jalan yang dim, bermain snow pada pukul 11 malam menjadi sangat syahdu dan romantik mugkin.

Tatkala mendongak ke langit melihat snow turun, dibawah kerlipan lampu kuning, satu perasaan syahdu yang asing lahir. Allahu Akhbar. Bersyukur kerana diberi peluang menikmati keindahan alam-Mu dan juga dipanjangkan umur untuk menapak di tahun baru 2010

Semoga dikurniakan keberkatan umur dan semoga tahun baru ini dilimpahi dengan rahmat-Mu

Selamat Tahun Baru 1431 dan 2010

0 comments:

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009