Feb 26, 2009

Pencuri yang !@#$%^&*(

7 comments

!@#$%^&

Cam kasar jer bile ltak simbol2 tu..padahal xtau words yang bleh describe ke'@#$%^&'an pencuri2 nih.

Semalam,berbual dengan mak. Mak cakap,stor belakang rumah ada orang masuk,amik mesin potong rumput.Aku yang mendengar ni panasss jaa. Ni kali kedua dalam masa sebulan.
Aku jawab kat mak,'Orang macam ni kecik2 xnak mampuss,besar menyusahkan orang'.(ye aku tau kasar,tp aku xdak mood utk berlembut ngan orang yg !@#$%^&*).tapi mak masih tenang jawab,xpala,dia orang susah blablabla..itulah cikgu Miskiyah..mesti akan cuba tenangkan aku yg berapi walaupun aku yakin mak sndiri susah hati dengan keselamatan rumah. Rumah yg selama ni tempat berlindung menjadi tempat yang suka-suki mat2 !@#$%^&*() pecah masuk. Mak ayah masih dalam proses memasang cctv,camera dah on,cuma xdibetulkan angle.so xnampak rupa,cuma nampak kelibat si !@#$%^&* yang kurus dan pendek. (dalam hati aku rasa aku boleh ja katok sampai mampus mamat ni..marah,marah)

Aku cakap kat mak,suruh pasang pagaq letrik,biaq mampuih pi depa2 ni.huhu..tapi mak jawab 'satgi mati plak ayam2 tok ndak kat belakang rumah tu'huhuh.

Aku bukan apa. Aku geram sebab aku tau mak aku sedih.walaupun mak xnangis ka apa ka,tapi kita tau la mak kita bila dia susah hati dan sedih. Kalau la kecurian2 ni boleh kasi mak aku gembira sampai guling2,xpa..curi la banyak2!!ni mak aku sedih,n aku risau keselamatan family2 aku jugak. Yela,adik2 aku yang lain pompuan,xdak lelaki dewasa except ayah. Ayah pulak kecik,comel lote ja orangya(bukan aku denykan kekuatan ayah ke apa,tapi aku doubt kekuatan seorang lelaki umur 51 dengan lelaki umur 25)..haishh..tu yang aku marah berapi sangat pada si polan !@#$%^&*() ni..

Pastu mak kata risau nak letak apa2 kat luaq.Keta pun nak kena pastikan kunci.n Basikal ayah cakap nak rantai semua 4-4 basikal sekali,so kalau !@#$%^&*( nak angkut,biaq dia angkut semua..muaahaha(gelak jahat)

Aku cita kat Azuwa.Dia habaq kulim la ni mmg teruk..dia kata kereta ayah dia 3 biji orang bagi pecah cermin. naik motor mai lempaq batu kat cermin reta ayah dia.pastu pecut motor lari..gila ka apa!???..tak puas hati confront la..baru la jantan..ni apa?? lebih pondan dari pondan!!

(Raihan menarik nafas dalam2.sabar2)

Geram aku mendengar situasi Malaysia sekarang. Jenayah merata2. Politik lak cam hampes. Rheja bertelagah..Come on laaa..

Aku harap sangat Allah bukak pintu hati mat2 !@#$%^&*().Tunjuk depa ni jalan lurus. Curi benda orang,buat naya kat orang hidup takkan tenang la mat !@#$%^&* oiii...

p/s: !!@#$%^&*() ni maksud dia menunjukkan expression aku yang berapi..bukan words kotor or mencarut ok..i dont talk dirty!!

Feb 24, 2009

Of cyst and Ayah's Birthday

1 comments


Ms Aziz,22,presented with 2 days history of painful swollen right upper eyelid. On inspection,a meibomian cyst (chalazion) is present and she was referred to GP for antibiotic prescription.~Daaa

Rugi kelas aku harini sebab aku terpaksa jumpa doktor untuk minta dia prescribekan chloramphenicol ointment..kat sini xboleh beli antibiotik over the counter.mesti dapatkan prescription dari doktor...Kalau xkenangkan yang cyst ni dah bernanah dan sakit,xdenyer aku nak jumpa doktor..huhuh..ceme sebelah mata! BTW,that tiny ointment berharga Euro9.95..bersamaan dengan RM47!!..Really want ayah,sebab xpayah bayar apa2 untuk ubat..huhuhu.

BTW,
Hari ni besday ayah!!
Happy Birthdayyyy!!!..
sorry i shud actually make a new entry for this..but sangat busy.nak salin note kelas y tertinggal dr Han n nak kena prepare for Locomotor Skill Workshop esok..sorry daddy cool.tp kakak still remember,and i'll send a card for u n others as well yg belum disendkan cards..never heard of beeeeeeeeeelated birthday before?..hehe

Feb 20, 2009

Strike?!

0 comments
SIPTU Dublin Bus workers plan all-out strike
watch Wednesday, 18 February 2009 22:13

SIPTU shop stewards have decided that there will be an all-out strike at Dublin Bus from 1 March if management pushes forward with cost-cutting measures.

The union made the decision after receiving a mandate from its members.

In a statement Dublin Bus said it has not yet received official notification of any industrial action by the drivers' unions.

It called the action regrettable but said it was open to discussions to try to resolve the matter before 1 March.

Yesterday, bus drivers at Bus Éireann and Dublin Bus said they would mount a one-day strike on Saturday 28 February in protest at 600 planned redundancies at the two State companies.

A further two-day strike was planned for 9 and 10 March.

Separately, Minister for Transport Noel Dempsey has told the Oireachtas transport committee that passengers have been deserting CIÉ bus services at a dramatic rate over the last six to eight months.

He said that was despite the Government giving it €313m in public money - a subsidy that was up 34% since 2002.

The minister also warned that the CIÉ bus companies could lose €100m this year unless costs were cut.

Mr Dempsey said nobody wanted to see bus strikes but there had to be reform.

p/s: nak strike pulak!!..xleh nak pg kelas la klu diorg ni strike..tidur kat umah la jawab nyaaaa!!

Feb 17, 2009

UCD-PMC Farewall

0 comments
I have just another 2 weeks wif them..:(
Kenapala kena ada pmc and full course?
kenapa la tak full jer or pmc jer (denial)
sedihnya~

Im gonna miss them terribly!




Credit to Illani...

(sedih jugak sebb nanti bile bebudak full course nak balik,tak de org buatkan video..huhu)

Feb 14, 2009

Kekuatan Diri

3 comments
Semalam, kali prtama aku bercakap dengan wan selepas wan stroke and dementia. Itupun setelah ammar yang mengajukan dan menyuruh. Sebenarnya aku cuba tegar utk tidak bercakap dengan wan. Aku belum emotionally prepared. Selfish kah aku?

Disini aku membina kekuatan diri yang aku rasa semakin rapuh. Stress dengan sibuknya dunia baru aku, stress mmikirkan kawan2 PMC yang bakal pulang dalam masa 2 minggu. Hidup aku bolh dikatakan belum mncapai fasa2 keceriaan. Juga kusut memikirkan hal2 family yang aku kira Allah lebih mengerti percaturan-Nya. Dugaan datang bertimpa2. Tapi aku yakin Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang dia tidak mampu.

Semalam tatkala gagang telefon beralih tangan pada tokwan, aku sedikit kaget dan terkelu. Sebab aku tidak bersua muka dengan tokwan. Aku tidak balik pada masa2 kejadian. Aku juga tidak dapat imagine what sort of things happend there. Ku dengar tokwan memberi salam, dan kujawab dengan perasaan yang berbaur. Bila ku tanya "Tokwan sihat ka?"..Tokwan balas "Tak berapa ketahuan sangatt".Aku dah semakin sebak. Pesakit dementia yang aware dia ada cognitive impairment, aku rasa sangat menyedihkan. Aku lebih rela tokwan xde insight yang tokwan sakit. Lidah ku semakin kelu. Aku tanyakan pada tokwan makan apa,etc2.And dalam kekeluan lidah ku,aku tertanya soalan yang sensitif, "tokwan mesti seronok duduk rumah mak kan?"..kudengar suara tokwan berubah, dalam nada yang kurasa agak sedih tokwan menjawab "tokwan teringat-ingat dekat rumah...".BANG,aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri "u Moron!!"..terus aku terdiam.sampaila gagang telefon beralih tangan. Mendengar suara Nawal, terus air mata yang kutahan tadi berhambur2 keluar. sebab itu aku xmampu lagi bercakap dengan tokwan, kekuatan yang ku cuba bina masih rapuh. Apa yang ada dibenak ingatan ku adalah tokwan yang sihat. Aku rasa aku denial sebab tu aku xmampu berbual dengan tokwan. Aku jauh,aku tiada disana. Aku tidak boleh balik melawat. Aku tidak boleh balik mencium tangan tokwan. Aku tidak boleh menjaga tokwan pun. Aku tidak boleh buat apa2 kecuali berdoa. Hopeless as ever!! Disebabkan aku tidak berada disana,memerhati dan memahami, aku masih denial yang tokwan ada cognitive impairment!

Dan bila ku bercakap dengan tokwan, aku dapat mendengar. Mendengar dan mentafsirkan. Roboh denial yang ada dalam diri. Yeah,reality is painful.

Kukatakan pada Nawal,aku tidak berani lagi bercakap dengan tokwan. Emosi aku belum stabil. Maaf tokwan,akak akan cuba mencari kkuatan diri,memahami situasi tokwan. At least that is what i can and i'll try to.I-Allah,it wont take long.

Semalaman aku menangis terus. Mataku bengakak pagi ni.But i relieved, at least i've done it.

***

Feb 9, 2009

Be strong mak cik

0 comments
Team chachamarba
Be strong mak cik!!
Our prayers are with you..

Mak cik will has a tube inserted into her brain to drain the Cerebrospinal fluid that has been accumulated due to the obstruction caused by the on-growing tumour. That is what i have been told by many. I dont noe the exact VP shunt procedure, but from medical point of view,I would say this is the best decision for the time being. Because raised intracranial pressure due to hydrocephalus will put makcik in a very risky condition. And the most frightening complication of raised ICP is brain herniation.

I pray that everyhting will run smoothly and i really2 hope to see mak cik in the very best of health dis coming june.

Be strong mak cik..
We will always stay behind u..
Berusaha!!

***

Feb 8, 2009

The Snowman that Has no Name

2 comments




Ok..i noe that most of my recent entries were about snow.yeah..adding to that, these are couple of pixs that i took when we woke up this morning and rushed to the back door to make snowman...weee~

***

Feb 7, 2009

Snowee

1 comments







Ni gambar yang sempat aku amik after habis kelas kat St Luke Hospital. Kenangan salji turun memutihkan tanah dublin.

Lama xupdate blog. Busy. Tengah nak cope dengan clinical life. Kelmarin dulu aku depress dan aku rasa bukan sebab dari satu punca. Banyak sangat perasaan negative yang accumulate yang akhirnya menyebabkan aku down n sangat depressed. Aku tidur 12jam,xnak bangun kalau boleh.sebab kalau aku bangun aku depressed.

Tetapi lepas aku cakap2 over the phone dengan mak,ayah,k,tehwawa, Alhamdulillah dah rasa lega..bukan masalah besar pun..cuma manja lebih..muhahahah.

By the way, aku dah beli tiket flight balik malaysia..
20june,sampai kat Penang 21june pukul 8.20 malam..letak dalam kalendar tarikh ni..heheh
n balik sini balik 4 sept 10.00 pagi. harap2 aku lulus la exam nanti(ameen),so xyah aku nak kena balik awal mengulang..tak sanggup!!

Feb 2, 2009

Heavenly Snow

2 comments
Dublin snow!!!
Kecoh satu dublin..

Pagi tadi,sewaktu aku reluctantly bangun dr bed utk ke kelas,snow turun dengan lebatnye..well lebat for dublin (mesti ammar kata,ala, baru snow sket dah kecoh.haha..memang pun).

naik bas,semua org bising2 pasal snow.baju ku,bag penuh dengan snow.sampai kena pakai payung

dalam lecture, duduk tepi Evangeline, die tgur "crazy weather huh"

sebelum start lecture, Dr Chadwick sempat comment pasal snow blablabla.

pulang dari hospital, kelihatan anak2 Dol (ini term bebudak melayu yang gelarkan budak2 irish y agak samseng dan nakal dan cam kekampungan,selalunya diorang ni homeless people yang diberi bantuan) mengepal2 ais untuk dibaling2. Bas yang ku naiki juga menjadi mangsa anak2 Dol ni..biar la..jakun..huhu

Bebudak PMC yang kelas habis pukul 10pagi sempat bergolek2 atas salji dan menangkap2 gambar.biarlah..dah nak balik dah diorg march ni..kasi chance laaaa..

Aku tiada kesempatan untuk berguling2,membuat snowman hatta mengambil gambar. tiada perasaan itu.cuma setakat merenung ke luar jendela menghayati kejiwangan tatkala snowing..

haish penat nya clinical sem ni..xlarat aku nak kerabat bas untuk bergegas ke hospital..tadi dah la kitorang kena pergi hospital temple st for the first time.so aku minta la drebar bas ni bitau kat kitorg bila dah sampai temple st. tggu2,xhabaq pun drebar bas ni. pastu bila rasa dah lama sikit, Iwa pi la tanya lagi sekali kat drebar bas tu jauh lagi ke temple st..pastu dengan cuaknya drebar bas tu cakap dah lepas, n dia lupa bitau..huhuhu..pastu dia cakap la nanti dia akan pusing balik..ye la tu encek drebar,by the time u pusing balik,lecture kat hospital tu for sure dah tamat..so dia brentikan kitorg kat situ jugak n soh kitorg tahan any bas utk patah balik..adeh..nasib baik la sempat jugak ktorg catch another bus n rushed to the lecture hall..

macam ni la hidup aku sekarang.pagi lecture kat UCD.petang bergegas ke hospital yang kadang2 dekat sejam perjalanan..penat2..

***

Feb 1, 2009

Happy Birthday Nawuki

5 comments
....ajiimaa....
Aku dgn Nawal membesar bersama2. Umur kitorg beza hanya 11 bulan. so bile time besday die,2 feb (aku 2 March),die selalu akan cakap "kak,umur kita sama" sambil senyum yg puas gile tu.cis

Beza umur yang sikit tu kadang2 membuatkan die overshadow aku sebagai kakak sulung.so kalau cikgu Miskiyah bawak kitorg pg kenduri ke ape ke,mesti org tanya yang mana sulung. lepas mak aku cakap aku yg sulung,mesti makcik2 tu akan cakap "laa,igtkan hak ni yg sulung (sambil point to nawal)" Masa aku kecik2 dulu,mmg aku tak puas hati bila org igt nawal yg sulung. tapi bile dah tua2 ni, aku dah tak kisah,sebab aku tau aku awet muda n jelita dan nawal yg berkedut,sbb tu org slalu ckp dia sulung(ok,part ni korang boleh muntah).

Cikgu Miskiyah selalu cakap,dalam anak2 yg seramai 7 org tu,aku ngan nawal la yg paling kuat bergaduh. dari kecil sampai besar."macam kucing ngan anjing" kata cikgu Miskiyah. disbbkan selalu sgt mak aku cakp macam tu, pernah sekali aku balas "mak,ada ka kata anak mak anjing".huhu.

Aku tak igt sbb apa aku selalu gaduh ngan nawal masa sebelum mummaiyiz. tp ada la 2,3 keping gambar kitorg masa kecil yg nawal menangis dan aku tersenyum sambil memegang mainan.so aku assume kitorg masa kecil selalu gaduh sbb berebut barang. tp bila dah besar sikit,dlam umur 6,7 thun, Nawal ni dah pandai hentam balik aku. klu aku marah die,aku tampar lengan die, dia dah pandai balas balik. sakit giler.tangan besi ke ape. so aku dah xboleh nak luahkan kemarahan aku.depressi giler aku.

So sbb aku tak boleh pukul dia, aku selalu ajak dia main lawan2. "adik,jom main sepak2 tidoq".aku xmau ajak main sepak2 sambil berdiri,sbb dia slalu sepak betis aku.sakit gile.kalau sambil baring, bahagian abdomen yang selalu kena dan dgn kaki aku yg panjang sikit dr die,selalu dia la yg kena sepak lg byk..muahaha

Aku pernah ligan(kejar) dia dengan rotan bulu ayam kepunyaan cikgu Miskiyah.aku tak igt aku geram sbb apa.tapi aku smpat la melibas belakang dia seround. tp bila dia pusing belakang lepas kena libas tu, mata dia berair,muka dia merah, tp sempat dia cakap"Adik habaq kat mak." Aku punya ketaq. takut giler..Cikgu Miskiyah garang..jgn main2..bila mak aku dah tau,of course la aku kena marah kan,"awat buat adik macam tu,sampai berbalaq(balar) belakang dia?!".garang2 cikgu Miskiyah,takde la aku kena rotan.sayang cikgu Miskiyah.

So aku dah xboleh nak pukul adik kesayangan aku tu. Bile dah aku geram sangat, pernah sekali aku gunting baju kurung raya nawal.haha.tapi kantoi la kan.sbb memang sah2 la kan mak aku tau yg tu bekas gunting sbb bentuk koyak dia 'V'(cis,aku tak reti nak sembunyikan crime aku). and masa tu hanya ada aku,nawal dengan nabilah.yang lain belum lahir.nabilah baru 2 tahun,mmg mak aku tak kan syak dia la.lepas tu yang kena gunting plak baju si nawal.takkan la si nawal nak gunting baju dia sendiri.nak suspect ayah aku gunting baju nawal?macam tak sesuai je.so tinggal la aku jadi prime suspect.kena marah jugak la aku dgn Cikgu Miskiyah.

Bile dah besar sikit,dalam 12,13tahun, dah pandai buat keje rumah semua,kitorg selalu berkira dalam chores.tak boleh lebih sikit kerja rumah.semua kena adil.selalunya time kitorg buat keje rumah pun time wiken jumaat sabtu.vacuum,sidai kain,cuci pingan,basuh baju etc.semua kena bahagi kerja dgn saksama.selalunya,time die kena basuh pinggan,aku yang kena kutip pinggan utk dia cuci,and vice versa.so punyala busuk hati aku time tu,aku akan kutip sebanyak pinggan yang ada utk dibasuh,dari ruang tamu sampai dapur,so that dia kena basuh pinggan dengan byk(padahal tak sedar,sendiri pun kena kutip pinggan yg banyak utk itu.huhu)

nawal ni,dia suka gempaq aku dgn ayat "weh mak marah tu"(kitorg mmg takut klu cikgu miskiyah marah).selalunya dia akan guna bila nak kejutkan aku tido.Cikgu Miskiyah mmg pantag org tidur lepas subuh n lambat join breakfast.tp sejak2 aku duduk asrama, mmg terbiasa tidur balik lepas subuh.maaf mak.so selalu la nawal ni dengan suara petir die tu n muka yg serius,kejutkan aku dengan cakap "weh kak bangun laaa.mak dah marah dah tu!!!".aku mmg takut,mmg bangun terus,cuci muka n turun bawah. turun2 bawah,Cikgu Miskiyah tengah mengoreng cucur dan sambil tersenyum manis cakap," haaa,dah bangun dah hak tua".tiada riak2 marah pun.cis,aku terkena dgn nawal.

Entry ni aku sudah tulis lama..masa tu aku terasa rindu dengan nawal.terasa lamanya tidak berperang dengan nawal.

gaduh2 pun,kekadang ada saat yang aku rasa nak hug jer si nawal ni..rindu..tapi nawal ni xsuka skinship2..huhu..ntah nanti klu tetiba aku hug dia,dia balas "kak,hang salah makan ka?"..haha

so bersempena hari lahir mu (2 february) nawal, jangan dok jadi kapla angin sangat..hahaha..biar kakak sorang ja kapla angin,sebab kalau angin bertemu angin jadi taufan..n selamat berjuang dalam clinical years..nampaknya kali ni si nawal dah jadi sempai aku dalam medicine..huhu..

Berusaha!!
Daa~(trademark nawal sambil buat muka irritated dan menjengkelkan)

***
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009