Sep 25, 2009

Raya 09



Selalunya aku xsuka sgt nak tulis post pasal raya.

sebab?

Senang cakap,aku xberapa suka raya kat sini.
Sedih.
Dah 4 thun aku raya kat sini.
4 tahun jugak la aku tunekan diri aku jangan ikut perasaan. Dan aku rasa, xsemua orang boleh tabah macam aku. Puji diri? Bukan, sememangnya aku kena tabah.Suka atau tidak. No other option.

Aku klu ikutkan hati, nak ja balik. Balik terus,biaq la xjadi doktor pun, masuk jadi cikgu ka. Keja ofis ka. Tapi bila aku fikir2 balik, boleh ka aku keja tu? Jadi cikgu? Mampuih budak2 tu(student) aku jerkah. Sepanjang cuti sem ni, aku dok ajaq Iqbal, sebab result dia cam xberapa. Tapi seminggu pastu, aku dah naik angin. Ye la kan,aku dok
terang2 xpaham2.huhuh. Kalau aku nak jadi cikgu, aku kena dapat budak yang ajaq sekali terus paham..huhu. So cikgu bukan la option.

Nak keja pejabat, hari2 ngadap paperwork..zzzz..aku xboleh buat benda tu.
Doktor jer yang aku nampak ada jalan. so sebab tu aku bertahan. Ye la,klu aku lari balik nanti,sian plak ngah Mad yang jadi penjamin aku..huhu

Raya ni aku teringin nak makan kuih bakar(bangkit?) dengan Rendang Tok. Teringin betul. Tapi itulah, klu teringin pun,aku xreti nak buat. Nak beli,xdak jual..Aku rasa klu la aku dah kawin,n mengandung time dok oversea,mau lahir2 ja anak aku tu,ayaq liuq bebaldi2,sebab mak dia asik mengidam xdapat ja..huhu

Apa2 pun, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


6 comments:

`Ammar Muhd said...

be tough Rehan.!
steady je beraya di tmpt org. lagi 2 tahun lg nk abih.
tahun dpn sempat kot beraya n posa di msia

My Heart Draws A Dream said...

kena tggu lagi 2 tahun nak kumpulkan geng nak beraya..ammar n raihan..mmg miss la nak raya ngan kamu berdua..orang takde tak meriah elephant bridge ni tau.

ummiyati said...

mak njanag ada buat rendang tok. Bila tengok ja rendang tu trus ngah ingat kat kak Rehan. Ngah dah masuk dalam blog nanti tiru ja..insyaallah jadi. Nanti ngah bagi versi mudah tapi menjadi....Kalau kuih bangkit arwah tok kat belakang rumah tok teh tu tu memang sedap. ngah dah salin resepi tapi sampai hari ni x jumpa cari.

Lady Qay said...

sian rehan..sabaq naaa..nnti jd doktr pun tak tntu lgi boleh raya..heheh..silap2 hari bulan kena oncall pgi raya..esp ms houseman, mmg kena buli pnye ngan Mo dan registrar..hehehe..sabaq sabaq..jd dietitian la..cnfirm boleh raya..hahaha

Rexraihan said...

ammar:
tahun depan kelas start lg seminggu nak raya..adeh

lang:klu lang kawin dlm 2 thun ni,alamat xcukup korum gak..huhu

ngah ti:i-Allah,nanti ada kelapangan,nak try buat semua resipi2 tu..huhu

kakak:harap2 nanti orang panggil reja lepas raya..uhuhu

ana muslim said...

beraya di rantau org satu pengalaman tu..x semua org leh rasa...=)
so, bersyukurlaa...

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009