Antiplot: Syarahan Panjang Kepada Perempuan Penyanggah Fatwa
APA perlunya fatwa yang sedemikian?
Begitu persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa golongan bagi membantah keputusan yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan kaum perempuan daripada berpenampilan seperti lelaki atau mengamalkan gaya hidup pengkid. Dan saya sekarang sedang berhadapan dengan salah seorang daripadanya.
Puan Mariana Mahathom (bukan nama sebenar), berambut lurus melepasi bahu, sedikit perang warnanya walaupun masih lebih ketara hitamnya, rona kulitnya sawo matang, mata sedikit sepet, hidungnya elok-elok letak. Apabila tersenyum, terserlah barisan giginya yang putih, ketara manisnya, walaupun sudah sedikit berusia.
Saya tenung dia. Dalam-dalam. Tetapi bukan rupa parasnya yang melekat dalam fikiran - sebaliknya saya sedang cuba-cuba mencungkil, apakah yang ada di sebalik dirinya.
Saya tenung ke arah dahinya yang agak sedikit luas. Ada kelihatan samar-samar, antara ketara dengan tidak, urat-urat berselirat. Mungkin dari balik urat-urat itulah tersimpan akalnya dan dari dalam akalnya itulah, terkandung pemikirannya. Dan pemikiran itulah yang ingin saya rungkaikan saat ini.
Seorang perempuan, Melayu bangsanya, Islam agamanya, lembut gemulai bicaranya, teratur pilihan katanya - menampakkan betapa dia sebagai seorang individu tentu sekali sangat terpelajar - tetapi mampu menolak fatwa yang sudah sangat terang lagi bersuluh haram. Lantas hal ini memaksa saya memerah deria mata untuk cuba menembusi dahinya, membolosi entiti fizikalnya, lantas memasuki sampai ke urat-urat sarafnya, hingga ke daerah minda, ke daerah fikirannya - apakah yang tersimpan di situ?
“Kenapa tidak dari dulu?” tuturnya lagi, sepatah-sepatah, dan setiap butirnya, saya ikuti gerakan bibirnya. Kemudian suaranya lagi dengan lembut, “Apa sebenarnya yang berlegar dalam fikiran pembikin-pembikin fatwa ini, untuk tiba-tiba sahaja, hendak menghukumnya haram pada masa ini? Kenapa tidak dari dulu? Wujudkah sebarang statistik menunjukkan bahawa secara tiba-tiba, ada kebangkitan kaum-kaum pengkid ini sehingga memaksa mereka mengeluarkan fatwa? Saya rasa tidak.”
“Err, maksud puan, kalau hal ini difatwakan sedari dulu, makanya puan boleh menerimanya?” celah saya tiba-tiba. Alat perakam di atas meja saya jeling, sekadar hendak memastikannya hidup.
Ini hari pertama saya masuk bekerja sebagai wartawan dan langsung disuruh oleh ketua editor untuk keluar menemu ramah. Sebagai sebuah majalah baharu, Malaysia Sekarang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Lantas pagi tadi, sebaik sahaja melapor diri, langsung arahan diberikan kepada saya: “Hah, kamu lulusan undang-undangkan? Elok sangatlah tu, tengah hari nanti kamu ke Petaling Jaya, ke pejabat Pertubuhan Persaudaraan Perempuan SeIslam, untuk sesi temu bual.”
Lantas tepat jam dua setengah siang, saya sudah di sini dan disambut oleh perempuan ini - Puan Mariana Mahathom (sekali lagi, bukan nama sebenar) - yang merupakan salah seorang aktivis dalam pertubuhan badan bukan kerajaan ini.

“Bukan begitu maksud saya,” kata Puan Mariana Mahathom bagi menjawab celahan soalan saya tadi dan suaranya itu segera menyentak ingatan saya tentang hal pagi tadi untuk kembali memberi perhatian kepadanya. “Cuma yang menjadi persoalan, apakah sebenarnya motif hal ini harus diharamkan? Apakah masalahnya dengan seorang perempuan yang mahu berpakaian seperti lelaki?”
Sekali lagi, pandangan saya tertancap ke dahinya, cuba hendak menembusi.
“Tapi itukan memang sudah jelas haram hukumnya? Lagi pula termaktub dalam hadis sahih, datangnya daripada Ibnu Abas radhiallahuanhu, yang menceritakan perihal nabi saw melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita serta kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki,” kata saya, cuba merasionalkan duduk perkara.
“Memang,” kata Puan Mariana Mahathom kembali, “Memanglah, itu dalam hadis. Tapi kita tak bolehlah pakai hadis dalam hal-hal macam gini. Kalau nak pakai hujah hadis, hujah al-Quran, nanti semua benda nak jadi haram. Tak bolehlah begitu.” Dia diam sebentar sebelum menyambung lagi, “Kita tak harus menghukum seseorang hanya secara luarannya. Hal agama ini hal peribadi, jadi terserahlah kepada masing-masing individu hendak membuat pilihan. Apakah salah untuk seseorang perempuan yang memilih untuk memakai baju, memakai seluar ala-ala lelaki, dengan berambut pendek? Di manakah mudaratnya?” Dia berhenti lagi, menghembus nafas dengan kuat, kemudian menyambung, “Hadis tak harus dijadikan alat untuk membenarkan pihak berkuasa menentukan corak kehidupan peribadi seseorang, tak sepatutnya menjadi tiket untuk pihak berkuasa mengekang kebebasan individu. Agama adalah hal yang sensitif, yang subjektif, jadi sebaiknya dibiarkan kepada individu untuk membuat pilihan, pihak berkuasa tak perlu masuk campur.”
Saya masih duduk tegak, berhadapan dengannya. Tetapi kali ini telinga saya terasa agak sedikit panas mendengarkan kata-kata Puan Mariana Mahathom itu. Pihak berkuasa tidak berhak menentukan kehidupan peribadi seseorang. Terngiang-ngiang. Hal agama hal peribadi. Bersipongang. Tak boleh pakai hadis. Bergaungan.
Bukankah ini ideologi sekular? Pemisahan antara agama dengan kehidupan?
“Err,” Saya berkira-kira dalam fikiran bagi menyusun bicara agar tidak terlalu kasar dalam menyanggah - kerana biasanya hati kalau sedang dalam panas, kalau tidak diatur terlebih dahulu bicaranya, takut-takut nanti yang keluar akan terlalu kasar pula bunyinya. Dan hal ini tidak harus berlaku kerana sebagai seorang wartawan, saya harus bersikap profesional. Lebih-lebih lagi ini hari pertama.
Saya tahu hati saya sedang panas saat mendengarkan kata-kata yang sedemikian keluar daripada mulut seorang perempuan yang Melayu bangsanya dan Islam agamanya. Lantas saya berkata, “Tapi puan, Islam itu agama yang syumul. Segalanya terkandung dalam Islam, termasuk kehidupan peribadi. Cuma sekularisme sahaja yang memisah-misahkan agama daripada kehidupan.”
“Tidak ada paksaan dalam agama,” jawab Puan Mariana Mahathom sambil tersenyum, “Hal tersebut disebut dalam al Quran - kamukan suka benar gunakan al-Quran atau hadis dalam berhujah - masakan kamu tidak tahu?” Dalam lembut suaranya itu, terasa sangat tajam sinisnya menusuk hati dan hal ini terzahir daripada matanya yang mengecil dek senyumannya yang menyimpan makna. Kemudian dia menyambung, “Jadi jelas sekali, kita tidak harus memaksa seseorang, selagi urusan peribadinya itu tidak mengganggu orang lain. Hal penampilan adalah hal peribadi dan hal peribadi itu adalah urusan dengan Tuhan, orang lain tidak berhak mencampuri.”
Dan mendengarkan ini, saya jadi menggelegak. Langsung terlupa bahawa saya adalah seorang wartawan yang tugasnya seharusnya hanya merakamkan. Perasaan membuak-buak dalam hati sudah tidak terbendung lagi. Sudah terlalu sering ayat 256 dari surah al-Baqarah itu disalahgunakan sewenang-wenangnya. Lantas saya pun meledak. Tidak tertahan-tahan lagi. Tetapi bukanlah meledak secara fizikal dengan memarah memaki hamun, sebaliknya meledak secara argumentatif.
Lalu saya pun melupakan terus tugas sebagai wartawan. Sebaliknya saya pula yang memberi pandangan - dengan panjang lebar. Saya berikan syarahan dengan berjela-jela. Berbekalkan kemahiran sebagai seorang mooter ketika mengaji undang-undang di universiti dahulu, saya berbicara panjang sehinggakan nafas saya bersambung-sambung dari satu ke satu. Puan Mariana Mahathom pula tercengang mendengarkan. Tidak saya pasti sama ada tercengangnya itu kerana isi hujahan sayakah atau kerana tidak menyangka bahawa saya akan bertindak begitu.
Begini kata saya: “Puan, yang dimaksudkan ayat tersebut mengenai tiada paksaan dalam agama itu, adalah cuma untuk orang-orang bukan Islam sahaja - bahawa orang-orang bukan Islam adalah bebas memilih agama sendiri, serta tidak harus sekali-kali dipaksa menganut Islam tanpa sekehendak hati mereka. Tetapi andai seseorang itu sudah Islam, maka sebaik sahaja dia bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu utusan-Nya, maka Islamnya itu akan datang dengan satu pakej tanggungjawab. Justeru dia harus mengamalkan hal-hal yang wajib serta meninggalkan hal-hal yang haram. Andai dia ingkar, makanya pemerintah berhak mengambil tindakan. Hal ini jelas daripada amalan yang berlaku ketika zaman Saidina Abu Bakar dahulu. Khalifah tersebut telah menentang golongan yang bertindak keluar daripada Islam kerana jelas sekali murtad itu adalah haram hukumnya, meskipun murtad adalah berkaitan kepercayaan seseorang individu secara peribadi terhadap agama.”
Puan Mariana Mahatom diam di tempat duduknya dan wajahnya saya lihat masih bagai tidak percaya. Apabila saya lihat dia seperti hendak mengatakan sesuatu, segera saya meneruskan lagi kata-kata, tidak mahu memberikan laluan kepadanya (kerana perasaan membuak dalam dada masih belum habis diluahkan): “Dan tentang apa yang puan katakan tadi mengenai pihak berkuasa tidak harus ambil tahu hal peribadi orang ramai kerana hal peribadi adalah hak setiap orang untuk membuat pilihan sendiri, sebenarnya hal ini sudah lama dibincangkan oleh para sarjana dari barat. John Stuart Mill misalnya, adalah seorang pemikir British yang menjadi pelopor kepada pendapat ini. Mill mengemukakan teorinya yang diberi nama Harm to Others’ Test. Menurut teori ini, pihak berkuasa hanya berhak mengawal kelakuan individu sekiranya perlakuan itu memberi kesan kepada pihak-pihak lain (to others). Maksudnya, selagi perlakuan individu itu hanya melibatkan kehidupan peribadinya tanpa mengganggu-gugat pihak lain selain daripada dirinya sendiri, makanya kerajaan tidak berhak untuk berbuat apa-apa sekalipun perbuatan tersebut tidak bermoral.
“Jadi apabila orang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak berhak mencampuri urusan peribadi seseorang - seperti cara penampilan misalnya - sebenarnya mereka sedang menggunakan hujah teori Harm to Other’s Test ini. Tetapi puan juga harus tahu bahawa teori tersebut sebenarnya sudah lama lapuk, sudah lama ketinggalan zaman, malah sudah banyak kali dikritik oleh para sarjana lain. Salah satu kelemahan paling ketaranya adalah teori ini tidak mampu memberikan definisi secara jelas apakah yang dimaksudkan oleh ungkapan to others itu serta apakah skopnya. Adakah kesan buruk kepada masyarakat atau sistem sosial secara umumnya juga boleh dikategorikan sebagai kesan buruk kepada golongan to others ini? Jika jawapannya ya, makanya mengharamkan pengkid serta penampilan perempuan secara lelaki sebenarnya, menurut teori ini, adalah dibenarkan kerana aktiviti pengkid boleh memberikan kesan kepada sistem sosial dalam masyarakat, lebih-lebih lagi kita masyarakat timur.”
Saya teguk liur, mengambil nafas, kemudian menyambung lagi kerana ternyata masih banyak yang ingin saya luahkan kepada perempuan ini.
“Atas kelemahan teori daripada John Stuart Mill ini, makanya seorang hakim yang juga merupakan seorang pakar falsafah perundang, Lord Devlin, telah mengemukakan sebuah teori lain. Teori tersebut diberi nama Shared Morality Test. Menurut teori ini, dalam setiap masyarakat, akan terdapat kesefahaman dan persetujuan tentang aspek-aspek tertentu moraliti yang dipersetujui ramai. Justeru, katanya, hanya perkara-perkara moraliti yang memenuhi ciri Shared Morality Test ini sahaja yang boleh dikawal atau dikekang oleh pemerintah, selain daripada itu, tidak boleh. Misalnya, andai dalam sesebuah masyarakat itu, secara umumnya, menentang homoseksual dan lesbian, makanya hal ini boleh diharamkan oleh pemerintah. Tetapi andai umum menerima homoseksual dan lesbian bukan sebagai sesuatu yang tidak bermoral, seperti yang berlaku di sesetengah negeri di Amerika Syarikat misalnya, makanya pemerintah tidak berhak mengharamkannya. Pun begitu teori Lord Devlin ini juga telah disanggah, atas alasan, ia boleh menimbulkan kemungkinan berlakunya diskriminasi - di mana kaum majoriti menindas kaum minoriti - kerana sesuatu perkara itu hanya ditentukan oleh persetujuan ramai.
“Lantas seorang lagi sarjana, Professor Hart, telah mengemukakan teori lain bagi memperbaiki teori Lord Devlin tadi, iaitu Critical Morality Test. Menurut teori ini, sesuatu perkara itu harus dinilai secara kritikal, sama ada bermoral ataukah tidak dan hal ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang kebanyakan yang tentu sekali pengetahuannya terbatas dalam banyak hal. Justeru ia harus dilakukan oleh para pakar dalam bidangnya - dan hal ini tentu sekali dapat mengelakkan diskriminasi yang mungkin berlaku andai teori Lord Devlin tadi dipakai. Teori ini juga dapat memberikan kesan terbaik, memandangkan ia dinilai oleh para pakar yang sudah barang tentu lebih arif dalam bidangnya.”
Saya berhenti lagi, mengambil nafas sebentar sambil memerhatikan reaksi Puan Mariana Mahathom. Puas hati saya puas. ‘Hah, ambik kau! Tak mahu terima hujah hadis dan al-Quran, hah, sekarang aku beri hujah mat salih yang kaubangga-banggakan sangat itu!’ Tersenyum, saya tersenyum dalam hati.
Puan Mariana Mahathom kelihatannya seperti hendak mengatakan sesuatu, tetapi segera pula saya menyambung bersuara lagi: “Nah, hal agama adalah hal yang ada disiplinnya yang tertentu, tidak boleh main semberono sahaja mengikut logik akal. Justeru, hal ini sebaiknya dibiarkan kepada pakar-pakarnya untuk membuat keputusan. Dan pakarnya, tentu sekali adalah para alim ulama. Nah, seperti kata Professor Hart, penilaian secara kritikal harus dilakukan oleh para pakar. Maka pakar dalam bidang agama sudah pun menilai secara kritikal, lalu keputusan fatwa dikeluarkan. Kenapa masih mahu menyanggah?”
‘Ceramah’ saya itu berterusan sehingga hampir satu jam lamanya. Ketika saya meminta diri sambil mengucapkan terima kasih, Puan Mariana Mahathom sepertinya masih dalam kejutan dengan tindakan saya itu sehingga tidak mampu berkata apa-apa, selain sekadar mengangguk merestui permisi saya.
Dalam berjalan pulang, ada rasa bangga menyelinap dalam diri, juga rasa puas dalam hati. Tetapi sekembali ke pejabat Malaysia Sekarang, saya jadi serba-salah sendiri. Apakah yang hendak saya laporkan daripada sesi temu bual tersebut? Masakan hendak melaporkan ‘ceramah’ saya tadi? Aduhai!
Biodata: AIDIL KHALID
AIDIL Khalid, pelajar tahun tiga jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ialah mantan Minggu Penulis Remaja 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpen dan puisinya mendapat tempat dalam media cetak arus perdana seperti Tunas Cipta, Dewan Agama dan Falsafah, Majalah I, Dewan Budaya, Majalah Nur serta Berita Minggu pada akhir 2005. Skrip Drama Radio pernah disiarkan di Radio Klasik Nasional FM dan novel pertamanya, Bila Nysrah Kata Tak Mahu, diterbitkan Jemari Seni Publishing pada pertengahan tahun ini. Pengkagum karya sastera Pramoedya Ananta Toer, A Samad Said dan Faisal Tehrani ini mengisi masa lapang dengan menonton filem, berenang serta membaca.

0 comments:
Post a Comment