Nov 28, 2008

Christmas Sale

2 comments

Gambar Hiasan

Christmas Sale.

hurm..xmas sale kat sini boleh di'ala2'kan sebagai raya sale di malaysia. Cuma nyer during xmas kan diorg bagi2 hadiah,so banyak la barang2 yg sale.

Semalam, Lala balik dari kelas dengan menjijit 2 bag kertas yg besar. Satu H&M,satu Clark.

Melihat beg2 tu,aku yang tgh study ni dah kepanasan.

Lala : rehan, boleh kacau ko study ke?
Aku : hmm,kenape?
Lala : tgk la kasut aku beli ni!!!(sambil girang gemirang membuka kotak2 kasut tu)


ye KOTAK-kotak kasut,which means lebih dari satu...arghhh.tension aku. Lala cakap ade sale yg best dekat Clark,kasut2 yg die beli half price.Pump n satu kasut from product range Privo dr Clark.Cantik2 pulak tu.

pastu kat H&M yang baru bukak tepi St. Stephen Mall tu(dekat dgn RCSI building,so bebudak RCSI ni selalu la membelasah sales kat sini), selalu ada sales. Lala beli jumpers buy one free one.haish..bile aku nak bershopping ni.

By the way,housemet aku bebudak RCSI n diorg exam lepas Xmas.so diorg bersales sekarang sbb nnt bile boxing day n january sale diorg dah kena berhempas pulas baca buku..lalalaala

Lala sempat grabs beberapa catalog sale from Boots,3,Argos,Swatch and byk lagi. So selain baca buku medicine n manga(refer previous entry), aku nak kena khatam catalog2 ni. Bukan apa,ini untuk perancangan kewangan dan untuk mendapatkan peluang keemasan membelibelah yg best. huhu..

okies.back to study..

0.o

Nov 27, 2008

Study week is officially commenced.

1 comments


Study week is officially started today,Thursday 27/11/08.(well my self-pronounced study week was actually started on tuesday, because I was too lazy to attend the last lecture of Haematology on Wednesday..but i have good reason though. Having an elective exam that evening yet nothing was done beforehand,so i have to stuff everything inside my head that morning, sacrificing the haematology lecture.huhu

Im not really a last minute person. But I did take the elective for granted eventhough i enjoyed the last 12 weeks learning basic computer(i took computer science as the elective subject this semester).hehe

So now the study week is here.

Last year,during the winter exam's study week, I spent about 2 hours a day to read the political stuffs,in conjunction with the election day last March. I read the entries in the political blogs across the internet including the controversial MalaysiaKini and MalaysiaToday. I read them just for fun and leisure in between the medical stuff that i 'obligated' to read.

Last summer's exam, I read mangas over the net. I started to read Bleach form chapter 1 till present. And after fininshing Bleach, I continued with Hana Kimi.hmm, sounds that i have plenty of time during the study week.yeah i admit.I DO have a lot of time that should be used for studying..well, as the say goes 'All work and no play makes Jack a dull boy'.

No worries. I do study.A lot.I only read those mangas during my lunch time,my breaks and when my mind was cramped with those medical jargons that i felt like vomitting up blood(hematemesis).

Hmm,for this study week,I havent decided what should i read. Maybe i should try One piece..:)

Please pray for my success. I feel so anxious actually. Medicine is not getting easier though.




“O GOD, please bring me out of the darkness of illusions and honour me with the light of comprehension, O GOD open to us the doors of your mercy and propagate us the treasure of your knowledge by your mercy O the most merciful of the merciful ones.”

Ameen~

Nov 23, 2008

GIRLS Talent Time

0 comments
http://i235.photobucket.com/albums/ee313/liyanahuda/FINALLL.jpg?t=1227273641


Hari ni, 23/11, ade girls talent time. previously known as Helwa Day. setiap uni akan hantar junior utk buat persembahan. UCD,TCD n RCSI. tpi kakak2 senior ni,nak lepas geram menyanyi,ada jugak la yg amik bahagian..hehe..

semalam,Afni n Hafsah bersekang mata praktis lagu Sahabat dan Kau Ilhamku. Afni tujukan lagu tu khas kepada bebudak PMC yang bakal nak balik march ni. Wada( rumet Afni) budak PMC. so nanti kami akan kehilangan Wada..:(..sedih la jugak budak2 PMC ni dah nak balik, tapi nak buat macam mana,dah rezeki aku full course,kena la habis kan 5 tahun kat sini instead of 2 n a half years.

GIRLS day tadi best. tp aku lagi suke performance last year dr bebudak RCSI. sbb performance diorg mantap n funny.hehe.lari dari kebiasaan.but this year, lakonan semua berkisarkan mesej yg berat.biasala,aktiviti anjuran PPIMI.mgkin diorg fikir kena la buat lakonan air mata..huhuh..

Apa2 pun, we did have fun.menyanyi semua.karaoke.hehe..teringat2 zaman2 sekolah menengah

Nov 22, 2008

Antiplot: Syarahan Panjang Kepada Perempuan Penyanggah Fatwa - By Aidil Khalid

0 comments
Pengkid=anak penguin.:)

Antiplot: Syarahan Panjang Kepada Perempuan Penyanggah Fatwa


APA perlunya fatwa yang sedemikian?

Begitu persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa golongan bagi membantah keputusan yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan kaum perempuan daripada berpenampilan seperti lelaki atau mengamalkan gaya hidup pengkid. Dan saya sekarang sedang berhadapan dengan salah seorang daripadanya.

Puan Mariana Mahathom (bukan nama sebenar), berambut lurus melepasi bahu, sedikit perang warnanya walaupun masih lebih ketara hitamnya, rona kulitnya sawo matang, mata sedikit sepet, hidungnya elok-elok letak. Apabila tersenyum, terserlah barisan giginya yang putih, ketara manisnya, walaupun sudah sedikit berusia.
Saya tenung dia. Dalam-dalam. Tetapi bukan rupa parasnya yang melekat dalam fikiran - sebaliknya saya sedang cuba-cuba mencungkil, apakah yang ada di sebalik dirinya.

Saya tenung ke arah dahinya yang agak sedikit luas. Ada kelihatan samar-samar, antara ketara dengan tidak, urat-urat berselirat. Mungkin dari balik urat-urat itulah tersimpan akalnya dan dari dalam akalnya itulah, terkandung pemikirannya. Dan pemikiran itulah yang ingin saya rungkaikan saat ini.

Seorang perempuan, Melayu bangsanya, Islam agamanya, lembut gemulai bicaranya, teratur pilihan katanya - menampakkan betapa dia sebagai seorang individu tentu sekali sangat terpelajar - tetapi mampu menolak fatwa yang sudah sangat terang lagi bersuluh haram. Lantas hal ini memaksa saya memerah deria mata untuk cuba menembusi dahinya, membolosi entiti fizikalnya, lantas memasuki sampai ke urat-urat sarafnya, hingga ke daerah minda, ke daerah fikirannya - apakah yang tersimpan di situ?
“Kenapa tidak dari dulu?” tuturnya lagi, sepatah-sepatah, dan setiap butirnya, saya ikuti gerakan bibirnya. Kemudian suaranya lagi dengan lembut, “Apa sebenarnya yang berlegar dalam fikiran pembikin-pembikin fatwa ini, untuk tiba-tiba sahaja, hendak menghukumnya haram pada masa ini? Kenapa tidak dari dulu? Wujudkah sebarang statistik menunjukkan bahawa secara tiba-tiba, ada kebangkitan kaum-kaum pengkid ini sehingga memaksa mereka mengeluarkan fatwa? Saya rasa tidak.”

“Err, maksud puan, kalau hal ini difatwakan sedari dulu, makanya puan boleh menerimanya?” celah saya tiba-tiba. Alat perakam di atas meja saya jeling, sekadar hendak memastikannya hidup.

Ini hari pertama saya masuk bekerja sebagai wartawan dan langsung disuruh oleh ketua editor untuk keluar menemu ramah. Sebagai sebuah majalah baharu, Malaysia Sekarang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Lantas pagi tadi, sebaik sahaja melapor diri, langsung arahan diberikan kepada saya: “Hah, kamu lulusan undang-undangkan? Elok sangatlah tu, tengah hari nanti kamu ke Petaling Jaya, ke pejabat Pertubuhan Persaudaraan Perempuan SeIslam, untuk sesi temu bual.”

Lantas tepat jam dua setengah siang, saya sudah di sini dan disambut oleh perempuan ini - Puan Mariana Mahathom (sekali lagi, bukan nama sebenar) - yang merupakan salah seorang aktivis dalam pertubuhan badan bukan kerajaan ini.
“Bukan begitu maksud saya,” kata Puan Mariana Mahathom bagi menjawab celahan soalan saya tadi dan suaranya itu segera menyentak ingatan saya tentang hal pagi tadi untuk kembali memberi perhatian kepadanya. “Cuma yang menjadi persoalan, apakah sebenarnya motif hal ini harus diharamkan? Apakah masalahnya dengan seorang perempuan yang mahu berpakaian seperti lelaki?”

Sekali lagi, pandangan saya tertancap ke dahinya, cuba hendak menembusi.

“Tapi itukan memang sudah jelas haram hukumnya? Lagi pula termaktub dalam hadis sahih, datangnya daripada Ibnu Abas radhiallahuanhu, yang menceritakan perihal nabi saw melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita serta kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki,” kata saya, cuba merasionalkan duduk perkara.

“Memang,” kata Puan Mariana Mahathom kembali, “Memanglah, itu dalam hadis. Tapi kita tak bolehlah pakai hadis dalam hal-hal macam gini. Kalau nak pakai hujah hadis, hujah al-Quran, nanti semua benda nak jadi haram. Tak bolehlah begitu.” Dia diam sebentar sebelum menyambung lagi, “Kita tak harus menghukum seseorang hanya secara luarannya. Hal agama ini hal peribadi, jadi terserahlah kepada masing-masing individu hendak membuat pilihan. Apakah salah untuk seseorang perempuan yang memilih untuk memakai baju, memakai seluar ala-ala lelaki, dengan berambut pendek? Di manakah mudaratnya?” Dia berhenti lagi, menghembus nafas dengan kuat, kemudian menyambung, “Hadis tak harus dijadikan alat untuk membenarkan pihak berkuasa menentukan corak kehidupan peribadi seseorang, tak sepatutnya menjadi tiket untuk pihak berkuasa mengekang kebebasan individu. Agama adalah hal yang sensitif, yang subjektif, jadi sebaiknya dibiarkan kepada individu untuk membuat pilihan, pihak berkuasa tak perlu masuk campur.”

Saya masih duduk tegak, berhadapan dengannya. Tetapi kali ini telinga saya terasa agak sedikit panas mendengarkan kata-kata Puan Mariana Mahathom itu. Pihak berkuasa tidak berhak menentukan kehidupan peribadi seseorang. Terngiang-ngiang. Hal agama hal peribadi. Bersipongang. Tak boleh pakai hadis. Bergaungan.

Bukankah ini ideologi sekular? Pemisahan antara agama dengan kehidupan?

“Err,” Saya berkira-kira dalam fikiran bagi menyusun bicara agar tidak terlalu kasar dalam menyanggah - kerana biasanya hati kalau sedang dalam panas, kalau tidak diatur terlebih dahulu bicaranya, takut-takut nanti yang keluar akan terlalu kasar pula bunyinya. Dan hal ini tidak harus berlaku kerana sebagai seorang wartawan, saya harus bersikap profesional. Lebih-lebih lagi ini hari pertama.

Saya tahu hati saya sedang panas saat mendengarkan kata-kata yang sedemikian keluar daripada mulut seorang perempuan yang Melayu bangsanya dan Islam agamanya. Lantas saya berkata, “Tapi puan, Islam itu agama yang syumul. Segalanya terkandung dalam Islam, termasuk kehidupan peribadi. Cuma sekularisme sahaja yang memisah-misahkan agama daripada kehidupan.”

“Tidak ada paksaan dalam agama,” jawab Puan Mariana Mahathom sambil tersenyum, “Hal tersebut disebut dalam al Quran - kamukan suka benar gunakan al-Quran atau hadis dalam berhujah - masakan kamu tidak tahu?” Dalam lembut suaranya itu, terasa sangat tajam sinisnya menusuk hati dan hal ini terzahir daripada matanya yang mengecil dek senyumannya yang menyimpan makna. Kemudian dia menyambung, “Jadi jelas sekali, kita tidak harus memaksa seseorang, selagi urusan peribadinya itu tidak mengganggu orang lain. Hal penampilan adalah hal peribadi dan hal peribadi itu adalah urusan dengan Tuhan, orang lain tidak berhak mencampuri.”

Dan mendengarkan ini, saya jadi menggelegak. Langsung terlupa bahawa saya adalah seorang wartawan yang tugasnya seharusnya hanya merakamkan. Perasaan membuak-buak dalam hati sudah tidak terbendung lagi. Sudah terlalu sering ayat 256 dari surah al-Baqarah itu disalahgunakan sewenang-wenangnya. Lantas saya pun meledak. Tidak tertahan-tahan lagi. Tetapi bukanlah meledak secara fizikal dengan memarah memaki hamun, sebaliknya meledak secara argumentatif.

Lalu saya pun melupakan terus tugas sebagai wartawan. Sebaliknya saya pula yang memberi pandangan - dengan panjang lebar. Saya berikan syarahan dengan berjela-jela. Berbekalkan kemahiran sebagai seorang mooter ketika mengaji undang-undang di universiti dahulu, saya berbicara panjang sehinggakan nafas saya bersambung-sambung dari satu ke satu. Puan Mariana Mahathom pula tercengang mendengarkan. Tidak saya pasti sama ada tercengangnya itu kerana isi hujahan sayakah atau kerana tidak menyangka bahawa saya akan bertindak begitu.

Begini kata saya: “Puan, yang dimaksudkan ayat tersebut mengenai tiada paksaan dalam agama itu, adalah cuma untuk orang-orang bukan Islam sahaja - bahawa orang-orang bukan Islam adalah bebas memilih agama sendiri, serta tidak harus sekali-kali dipaksa menganut Islam tanpa sekehendak hati mereka. Tetapi andai seseorang itu sudah Islam, maka sebaik sahaja dia bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang satu dan Muhammad itu utusan-Nya, maka Islamnya itu akan datang dengan satu pakej tanggungjawab. Justeru dia harus mengamalkan hal-hal yang wajib serta meninggalkan hal-hal yang haram. Andai dia ingkar, makanya pemerintah berhak mengambil tindakan. Hal ini jelas daripada amalan yang berlaku ketika zaman Saidina Abu Bakar dahulu. Khalifah tersebut telah menentang golongan yang bertindak keluar daripada Islam kerana jelas sekali murtad itu adalah haram hukumnya, meskipun murtad adalah berkaitan kepercayaan seseorang individu secara peribadi terhadap agama.”

Puan Mariana Mahatom diam di tempat duduknya dan wajahnya saya lihat masih bagai tidak percaya. Apabila saya lihat dia seperti hendak mengatakan sesuatu, segera saya meneruskan lagi kata-kata, tidak mahu memberikan laluan kepadanya (kerana perasaan membuak dalam dada masih belum habis diluahkan): “Dan tentang apa yang puan katakan tadi mengenai pihak berkuasa tidak harus ambil tahu hal peribadi orang ramai kerana hal peribadi adalah hak setiap orang untuk membuat pilihan sendiri, sebenarnya hal ini sudah lama dibincangkan oleh para sarjana dari barat. John Stuart Mill misalnya, adalah seorang pemikir British yang menjadi pelopor kepada pendapat ini. Mill mengemukakan teorinya yang diberi nama Harm to Others’ Test. Menurut teori ini, pihak berkuasa hanya berhak mengawal kelakuan individu sekiranya perlakuan itu memberi kesan kepada pihak-pihak lain (to others). Maksudnya, selagi perlakuan individu itu hanya melibatkan kehidupan peribadinya tanpa mengganggu-gugat pihak lain selain daripada dirinya sendiri, makanya kerajaan tidak berhak untuk berbuat apa-apa sekalipun perbuatan tersebut tidak bermoral.

“Jadi apabila orang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak berhak mencampuri urusan peribadi seseorang - seperti cara penampilan misalnya - sebenarnya mereka sedang menggunakan hujah teori Harm to Other’s Test ini. Tetapi puan juga harus tahu bahawa teori tersebut sebenarnya sudah lama lapuk, sudah lama ketinggalan zaman, malah sudah banyak kali dikritik oleh para sarjana lain. Salah satu kelemahan paling ketaranya adalah teori ini tidak mampu memberikan definisi secara jelas apakah yang dimaksudkan oleh ungkapan to others itu serta apakah skopnya. Adakah kesan buruk kepada masyarakat atau sistem sosial secara umumnya juga boleh dikategorikan sebagai kesan buruk kepada golongan to others ini? Jika jawapannya ya, makanya mengharamkan pengkid serta penampilan perempuan secara lelaki sebenarnya, menurut teori ini, adalah dibenarkan kerana aktiviti pengkid boleh memberikan kesan kepada sistem sosial dalam masyarakat, lebih-lebih lagi kita masyarakat timur.”

Saya teguk liur, mengambil nafas, kemudian menyambung lagi kerana ternyata masih banyak yang ingin saya luahkan kepada perempuan ini.

“Atas kelemahan teori daripada John Stuart Mill ini, makanya seorang hakim yang juga merupakan seorang pakar falsafah perundang, Lord Devlin, telah mengemukakan sebuah teori lain. Teori tersebut diberi nama Shared Morality Test. Menurut teori ini, dalam setiap masyarakat, akan terdapat kesefahaman dan persetujuan tentang aspek-aspek tertentu moraliti yang dipersetujui ramai. Justeru, katanya, hanya perkara-perkara moraliti yang memenuhi ciri Shared Morality Test ini sahaja yang boleh dikawal atau dikekang oleh pemerintah, selain daripada itu, tidak boleh. Misalnya, andai dalam sesebuah masyarakat itu, secara umumnya, menentang homoseksual dan lesbian, makanya hal ini boleh diharamkan oleh pemerintah. Tetapi andai umum menerima homoseksual dan lesbian bukan sebagai sesuatu yang tidak bermoral, seperti yang berlaku di sesetengah negeri di Amerika Syarikat misalnya, makanya pemerintah tidak berhak mengharamkannya. Pun begitu teori Lord Devlin ini juga telah disanggah, atas alasan, ia boleh menimbulkan kemungkinan berlakunya diskriminasi - di mana kaum majoriti menindas kaum minoriti - kerana sesuatu perkara itu hanya ditentukan oleh persetujuan ramai.

“Lantas seorang lagi sarjana, Professor Hart, telah mengemukakan teori lain bagi memperbaiki teori Lord Devlin tadi, iaitu Critical Morality Test. Menurut teori ini, sesuatu perkara itu harus dinilai secara kritikal, sama ada bermoral ataukah tidak dan hal ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang kebanyakan yang tentu sekali pengetahuannya terbatas dalam banyak hal. Justeru ia harus dilakukan oleh para pakar dalam bidangnya - dan hal ini tentu sekali dapat mengelakkan diskriminasi yang mungkin berlaku andai teori Lord Devlin tadi dipakai. Teori ini juga dapat memberikan kesan terbaik, memandangkan ia dinilai oleh para pakar yang sudah barang tentu lebih arif dalam bidangnya.”

Saya berhenti lagi, mengambil nafas sebentar sambil memerhatikan reaksi Puan Mariana Mahathom. Puas hati saya puas. ‘Hah, ambik kau! Tak mahu terima hujah hadis dan al-Quran, hah, sekarang aku beri hujah mat salih yang kaubangga-banggakan sangat itu!’ Tersenyum, saya tersenyum dalam hati.

Puan Mariana Mahathom kelihatannya seperti hendak mengatakan sesuatu, tetapi segera pula saya menyambung bersuara lagi: “Nah, hal agama adalah hal yang ada disiplinnya yang tertentu, tidak boleh main semberono sahaja mengikut logik akal. Justeru, hal ini sebaiknya dibiarkan kepada pakar-pakarnya untuk membuat keputusan. Dan pakarnya, tentu sekali adalah para alim ulama. Nah, seperti kata Professor Hart, penilaian secara kritikal harus dilakukan oleh para pakar. Maka pakar dalam bidang agama sudah pun menilai secara kritikal, lalu keputusan fatwa dikeluarkan. Kenapa masih mahu menyanggah?”

‘Ceramah’ saya itu berterusan sehingga hampir satu jam lamanya. Ketika saya meminta diri sambil mengucapkan terima kasih, Puan Mariana Mahathom sepertinya masih dalam kejutan dengan tindakan saya itu sehingga tidak mampu berkata apa-apa, selain sekadar mengangguk merestui permisi saya.

Dalam berjalan pulang, ada rasa bangga menyelinap dalam diri, juga rasa puas dalam hati. Tetapi sekembali ke pejabat Malaysia Sekarang, saya jadi serba-salah sendiri. Apakah yang hendak saya laporkan daripada sesi temu bual tersebut? Masakan hendak melaporkan ‘ceramah’ saya tadi? Aduhai!

Biodata: AIDIL KHALID

AIDIL Khalid, pelajar tahun tiga jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ialah mantan Minggu Penulis Remaja 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpen dan puisinya mendapat tempat dalam media cetak arus perdana seperti Tunas Cipta, Dewan Agama dan Falsafah, Majalah I, Dewan Budaya, Majalah Nur serta Berita Minggu pada akhir 2005. Skrip Drama Radio pernah disiarkan di Radio Klasik Nasional FM dan novel pertamanya, Bila Nysrah Kata Tak Mahu, diterbitkan Jemari Seni Publishing pada pertengahan tahun ini. Pengkagum karya sastera Pramoedya Ananta Toer, A Samad Said dan Faisal Tehrani ini mengisi masa lapang dengan menonton filem, berenang serta membaca.

Nov 21, 2008

Malu

0 comments


Hadith 20 Arabic text

Abu Mas'ud 'Uqbah bin 'Amr al-Ansari al-Badri, radiyallahu 'anhu, reported that the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"Among the things that people have found from the words of the previous prophets was: 'If you feel no shame, then do as you wish.'"

[Al-Bukhari]



Possible interpretations of the text

Due to the form of the text, it may be interpreted in many possible meaningful ways. Imam Ibnu Rajab pointed out two interpretations of the text according to early scholars:

First interpretation: If you have no modesty, then do whatever you wish and Allah will punish you for what you do.

This mode of expression is well known in the Arabic language, and it is used for threatening someone. This mode is used by the Qur'an in Surah Fussilat: ayat 40.

Second interpretation: If you are contemplating an act and it is an act such that there is no reason to be ashamed of doing it before Allah or the people, then you may do that act.

Modesty is used as a criterion over whether or not to do a certain act. The command here is in the form of displaying permission.

However, there is a valid third interpretation given by Ibnu al-Qayyam who is a scholar from the eighth Hijrah century. He is in the view that the command is not what is meant by this statement. Instead, it is a statement of fact. The meaning is: If a person does not have any modesty, then there is nothing to prevent him/her from doing anything.

Haya' is one of the most important factors that keeps a person from committing a sinful act. If a person has no haya', he/she will do almost anything.

Haya' or modesty is a great Islamic concept that leads to goodness and keeps a Muslim away from doing a bad or indecent act when its level is maximized. Treating bad actions, as shown by revelation, as evil acts and feeling ashamed of Allah to do it and ashamed of the community, are ways of acquiring haya'. Iman and haya' are linked. When there is iman, there is haya', and vice versa. All of us are borne with natural haya'. However it is subject to be spoiled due to environment and dominating ideologies. Technology misuse has its negative and destructive impact on haya'. Muslims need to be aware of such challenges and exert their effort to overcome them. Haya' cannot be used as an excuse for not doing good deeds and acts.

********


Semalam, 20/11/08,usrah kat rumah Izzah semua. Kak Syude kupaskan hadith ni,yg aku rasa agak menarik. Berkenaan dengan malu.

Dalam komuniti melayu khususnya, kita sangat sinonim dengan malu

"malu tak kena tempat"

"malu bertanya kawan,sesat cari jalan pulang"

"tak tau malu"

Selama hampir 3 tahun belajar dekat dublin ni, memang pelajar2 melayu ni antara yang pemalu. malu nak bertanya pada lecturer. termasuk la aku. (tapi aku lebih kepada malas). pelajar melayu diam jer dalam kelas dan mingle sesama sendiri. ini tak dapat dielakkan sebab hampir 35% pelajar didalam kelas pun bebudak malaysian. tpi bile bebudak PMC(twinning) ni balik march ni,memang akan surut la malaysian. kena la mingle dengan dengan Irish mates n n international student yg lain.

Berbalik isu malu. Kadang-kadang ni, malu tu subjektif. Ada sesetengah org ni, memang tak tau malu la. extrovert. expressive.tak tau malu bukan in a negative way la. diorg senang mingle dengan org lain. easy going. senang ramah. people person la kata org.

Ada plak yg mmg pemalu la.contohnya aku. eh,betula la. try tanya dr aziz. malu nak start conversation. malu nak bertanya. malu nak luahkan isi hati. tpi ni dgn org yg aku tak biasa dan tak rapat. tp kalu dah rapat, no hal.

tapi kadang2,aku sedih dgn org tak tau malu in a negative way. seolah-olah bangga dengan benda2 yang mmg dilarang dalam Islam.hairan pun ada.mungkin diorang masih tidak memahami al-haya'.aku doa sangat aku dihindar dr benda2 yg maksiat dan berdosa, sbb tidak mungkin andai Allah palingkan hati ini (nauzubillah), aku mungkin akan jadi org yg tidak tau malu dalam berbuat dosa (nauzubillah).



Our Lord! Let not our hearts deviate from the truth after You have guided us, and bestow upon us mercy from Your grace. Verily You are the Giver of bounties without measure. (3:8)



Nov 15, 2008

Rabak!!

0 comments




Semalam (Friday,14Nov), Lala nak hantar coat2 die dry cleaning kat laundry shop yg dpan Rico's tu. So dah alang2,aku tumpang sekali la satu coat pink aku. Akak dobi tu cakap,coat2 kitorg ni xperlu dry cleaning, basuh biasa pun dah memadai. So dah akak tu cakap mcm tu,kitorg setujula kasi dia basuh mesin biasa dengan harga 7euro utk semua coat. bagi kitorg,sgt murah la harga tu.

Hari ni, Lala ada hal,so aku yang kena pick up baju2 tu. Sampai2 balik umah,terkjut aku..coat pink aku koyak rabak die punya lining..trgamam aku..dah lama aku xmaki org..so aku xnak la maki2 org..tp bengang jugak la!!!!

Lala dah rasa bersalah dah. Aku cakap kat dia,aku xmarah dia,bukan salah dia pun. N mak cik dobi(aku dah xbahasakan woman tu akak dah.hoho) tu,aku rasa mesti dia pun xde intention nak sebabkan baju aku koyak. Mungkin lining baju tu yg xelok,walaupun agak mahal la jugak aku beli(kalau convert duit mesia). So,aku pasrah je la.

Lala cakap,"We'll buy a new one,so jgan marah2 ok?"

So terpaksa la aku letak coat baru dalam shopping list aku..haishh,ni yg lemah nii~(padahal dlm hati dah berbunga2 nak cari coat baru..lalalalalala)

Nov 12, 2008

STD ohh STD

0 comments
Lecture tukar lagiii!!!
benci betul la. sepatutnya lecture hari ni for endocrine disease is androgens and anti androgens, supposed to be delivered by Dr Finian Martin tetapi masuk je lecture hall, nampak Dr Kong Meng Chan dgn slide ber tajuk STD(sexually transmitted disease).

Lepas tu bermula la penyeksaan selama sejam..huuhuh...
Dah la dengan notes STD aku xprint(aku kena ada notes dulu depan mata,baru la cepat tangkap). pastu plak image semua 18SX..haishh..xlarat betul..seriyes menakut kan image2 STD yg Dr chan letak dlm slide die..ye la,kitorg malaysian ni,semua otak bersih2..huhuh..mana biasa dgn porno2 ni..huhuh(xtau la kalau org lain kan..:0..)

Safiah yg duduk tepi aku dlm lecture hall tu beberapa kali jugak la mengeluh macam aku..huhu..jijik..beberapa kali jugak la mngadu "nak termuntah aku!!" dan beberapa kali jugak la aku lihat dia meneguk air..sian safiah..aku hanya tersenyum dan berkata"sabar peah,sejam ja". tetapi irish mates aku yg lain semua bising2,gelak2..huhuh..Dr chan pula mmg selalu bergurau,walaupun dia nampak serius sebenarnya..so apa lagi,yg irish2 ni lagi galak la depa...

after lecture tu semua org (muslimah),mengeluh2 la n labelled that STD lecture as the most disgusting lecture everrr~

pastu aku pulak puasa hari ni...adoiii..habih la posa aku....ye la mmg la utk pmbelajaran diharuskan.tp still geli tauuu...lecture tu pula baru first part,sbb STD lecture ni akan disambung pula next week...adoiyai...mimpi ngeri lagi la aku...

p/s:gambar tu just sekadar hiasan.menekankan my stand that sexual intercourse yg hanya berlaku didalam perkahwinan yang sah dan dianjurkan dalam Islam adalah yang terbaik.~mengekang STD.

Nov 10, 2008

Im going to Parisss..again..

0 comments



i just paid the deposit for the class trip to Paris + Disneyland..yay..although this is my second time, but it is still overwhelming indeed. cant wait really, to go there this upcoming January..i'll update later with picturess..

p/s: harap2 nya xsejuk sgt la kan..xsyok la klu sejuk..huhuh.

Nov 9, 2008

Change

0 comments


Hadith 34 Arabic text


On the authority of Abu Sa'id al-Khudri, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"When any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him change it with his hand. If he is not able to do so, then let him change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith."

[Muslim]


The last portion of the hadith clearly states that the least a Muslim can do in the case of witnessing an evil act is to change it by his/her heart. This means that he/she should dislike the evil he/she comes across. This is an action of the heart, such as saying: "O Allah, there is nothing that I can do to change this bad situation that You dislike and disapprove except that I hate it to take place. I do not agree to it. O Allah forgive me, guide me and save my heart to be influenced by it."

Unless this action of the heart is practiced, the heart of the believer who witnesses that evil will be subject to be influenced by that evil. A dark spot will be placed in that heart (as stated in another hadith related by al-Bukhari).
With the repetition of such negative attitudes, the heart will be subject to more dark spots placed in it until it is concealed and no longer appreciates what is good and no longer dislikes what is bad or evil. This means that the Muslim who does not practice the lowest level of forbidding the evil, will be subject to turn into being an evil doer him/herself.

**********

Kak Syude(my naqibah) kupaskan hadith ni during last usrah(07/11/08). Macam mana kita kena mengubah perkara mungkar selari dengan kemampuan kita.

Selama ni, yang aku termampu adalah membenci dengan hati, which is the weakest of Iman. It is really torturing whn u cant say anything to ur frens that changed.

I wish I wud have at least the lowest rank of bravery to tell them that they are changing and diverting from Islamic values. I wish I wud have the gut to say it. But, I cant.

Few days ago, something happens that i dont even want to remember it. How shock i am,knowing that A(not a real name) changed. May be i didnt know her inside out. For God's sake, I dont even have the idea that she was so brave. Sorry, but I cant tell it precisely.

I know her for 5 years. and i dont want her to be deceived by the illusion of the duniya.

O Allah, please give me the strength..

Nov 4, 2008

Ketam!!

0 comments

Last Sunday, Lala belikan stir fried crab n ketam masak halia utk kitorg..best2. Helma la yg merengek2 nak ketam. Kat sini mmg susah sikit nak dapat ketam mcm kat malaysia. Masa Lala tipon kata dia belikan ketam kat satu chinese restaurant ni,rasa cam nak melompat jer aku,walaupun padahal Helma yg kempunan..hehe..

Masa Lala balik tu nasi xtanak lagi,tpi kitorg dah meratah2 ketam tu sambil tggu nasi masak..Syok sgt melantak sampai xsedar kitorg xpanaskan pun ketam2 tu.heh.selalunya aku akan panaskan dulu food,sbb kat sini klu xpanaskan food,mmg mcm makan makanan dlm peti ais,sejuk..

Punya syok ratah ketam,tiba2 aku teringat,eh,ada jer ketam x yg xhalal~ketam batu..aku yg xpernah tgk ketam batu, ckp la kat diorg, yg mana muka sekor2 dah euphoric dah,kata ntah2 ni ketam batu..Helma balas "ish,karut. ketam batu kaler biru".lala sampuk"ayah aku cakap,makan dulu,nnt baru investigate."so aku pun mengetepikan perasaan was2,sambung membaham lagi..mmg puas hati la.

Helma,lepas kenyang,dengan divanya cakap"aku kempunan ketam masak lemak,bukan yg ni"..ceh,td dia yg membaham sampai licin..hahaha

pastu keesokan harinya, aku ada tanya kat Safiah,ketam batu mcm mana.Safiah cakap ketam batu kaler hitam,xde isi..hurmm~..ketam batu macam manaaa sebenarnya??!
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009