May 28, 2010

GP placement Dublin

0 comments

I have a lot to say.

Tapi I'm not really into blogging at the mo.
Just wanna share about the placement that i had been attached to this week.

Dr Behan and Dr Shackleton GP surgery.
Sangat baik..
Everything bout them and the office girls, Bernie, Martha, Hazel and also Mary the nurse are marvelous.
First thing, they remember my name in one go.
And the hospitality was superb!!
Rasa nak menangis je tadi when i said good bye to them,having in mind that i will not be sent there again.

At first, waktu nak dapat placement ni, I left my mobile phone in the health science building. So tak dapat telephone module co cordinator on pronto untuk dapatkan placement yang dekat- dekat dengan rumah. Aku dapat placement dekat Walkinstown, 15min by bus. Oklah tidak la sejauh UCD. At first agak frust la sebab Amin dapat GP rathmines mase dia buat Block GP dulu. Which is 3 min away jalan kaki. Tapi bila fikir-fikir, memang besar hikmahnya Allah nak aku tertinggal phone dekat health science building over that weekend (which is miserable jugak la).

Banyak aku belajar dari kedua-dua doktor ni. Walaupun aku banyak tak dapat jawab soalan diorang, diorang tidak berputus asa mengajar aku yang tidak bright ini..huhu

Entahlah, rasa sayang sangat dekat placement yang lepas ni. Mungkin sebab lunch hour aku dapat pergi window shopping dekat Ashleaf Shopping centre yang 5 min away from GP tu.huhu..mungkin2.

Next week, i'm off to Dundalk, Co Louth, Blackrock village. 73km from Dublin. Saja aku book Bed n breakfast sebab malas nak ulang alik dari dublin ke dundalk. And aku nak tukar angin pulak, nak hirup angin dundalk. By the way, Blackrock village tu perkampungan tepi laut. Best2. Rasa nak bercuti ja.hakhakhak.. Tapi Bed n breakfast tu duit sendiri dulu, lambat lagi bleh claim. So i am officially broke. Tak kisah la. Asal hati senang.

Hopefully placement dekat dundalk ni best. I-Allah.

May 19, 2010

Happy birthday luqman!

0 comments


Happy birthday Luqman

Kakak beli carrot cake ni untuk Luqman, tapi masuk perut kakak dulu ye. heheh
*kantoi beli carrot cake sebab half price*

Rindula kat luqman, lama xjumpa. Tapi suara masih comel. Harapnya terus comel.
Aku tak dapat bayang kan nanti my 2 little baby brothers tetiba bangun pagi suara garauuuuu
~owh,harap-harap waktu tu akan lambat lagi dan these 2 little baby brothers will always be my baby!


May 14, 2010

Bright girl

1 comments
Aku baru habis exam.

Tak mau bercakap tentang exam, bikin hati wa panas sahaja..haha

Saja nak kongsi link tentang seorang budak ni. Sangat cerdik, guling-guling gelak aku tengok..hehe





Aku rasa dia boleh tolongkan aku berlakon utk counsel patient dekat OSCE station..=.=

Apr 29, 2010

Jenis-jenis suami

9 comments
Selama 4 hari di delivery ward, aku tidak lepas dari memerhati gelagat-gelagat para suami dalam menemani isteri-isteri melahirkan anak (well,tidak semua bergelar suami isteri,if u get what i i mean). Di sini,para suami dibenarkan menemani isteri sewaktu delivery. Aku tidak pasti di Malaysia,tapi aku harapnya begitu. Sebab banyak benefit kalau suami ada disisi isteri. At least,mereka tahulah menghargai para isteri yang penat lelah melahirkan zuriat mereka.

Jenis pertama:
Menanti kelahiran anak sulung. Muka cuak, tidak tahu nak buat apa. Duduk tidak kena, berdiri pun tidak kena. Tapi masih cover dengan senyuman. Tapi bila si isteri mengerang kesakitan yang amat, si suami panik sampai tidak tahu membuat apa dan hanya membatu. Apabila si isteri meminta epidural injection (ubat tahan sakit,cucuk dekat belakang, dekat dengan air tulang belakang) dan pakar bius datang dan meminta si suami menolong memposisikan si isteri, si suami rasa queasy dan terpaksa keluar dari bilik dan muntah. Tapi si isteri tahu suaminya lemah semangat, tahu yang suaminya mungkin akan pengsan kalau stay dalam bilik tu.

Jenis kedua:
Menanti anak ke empat. Sangat cool. Laki bini cool. Si suami,berpeluk tubuh dan bersandar di dinding. Si isteri,datang dengan cervical dilatation 10cm (dah boleh push baby time ni), hanya push sahaja, Baby keluar 20min kemudian. Cool.

Jenis ketiga:
Si suami sangat cool, menanti anak kedua. Si isteri, sangat menahan sakit. Sempat tidur bila dapat epidural. Dalam menunggu cervix dialte ke 10 cm,mereka berborak dan bergelak. Si suami sangat cool la walaupun kelahiran pertama anak mereka, si isteri ada komplikasi, tapi tidak ada riak resah diwajah. Baby lahir, si ibu menangis terharu sebab sebelum ini baby yang terdahulu terus dibawa ke NICU (neonatal ICU) tanpa sempat siibu mengendong. Si ibu menangis dan si bapa yang cool mengesat air mata. Nampak tidak cool, tapi pada aku kalau orang yang cool, tapi mampu mengalirkan air mata bila tersentuh, aku rasa itu cool.(hah,berbelit)

Jenis keempat:
Menanti anak sulung. Loving couple. Si suami tidak berenggang dengan isteri. Dari sampai admission, sampai lahir baby, tidak keluar dari bilik pun. Si suami tidak lunch pun. Punya sehati sejiwa dengan isteri. Setiap masa duduk sahaja ditepi katil, usap tangan isteri, belai rambut, sesekali mencium lengan isteri. Doktor datang untuk inject epidural, si suami kalut lebih nak membantu, gaya dah macam dia ja yang nak kasi injection. Aku rasa kalau kat Malaysia, kalau nampak suami cium2 isteri, sure kena kutuk "macam dia sorang ja ada bini." ataupun "bini orang lain pun nak beranak jugak". tapi aku suka aja kalau si suami boleh tunjuk kan kasih sayang macam itu. Rasa macam dia sangat hargai pengorbanan isteri. Tak ramai lelaki macam ni. Minta-minta tidak ramai jugak macam Dani Adamaya, geram aku tengok.

Tetapi, apa jenis suami pun yang kita dapat, patut kita bersyukur dan menerima kekurangannya seadanya. Hadith ni aku sangat berpegang kerana aku tau ramai para isteri diluar sana yang mengeluh kekurangan suami mereka, dan aku mungkin menjadi salah satu darinya andai terlalu mengikut kata hati dan membandingkan suami (in future la,adeh) dengan Adam dalam Adamaya.huhu.

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

Apr 27, 2010

Delivery ward and mom's Birthday!

3 comments
Minggu ni aku duty delivery ward,
kerja sambut baby.

Aku rasa aku belum cukup kuat untuk emosionally sambut baby without empathy.
Asyik nak menyebek jer tengok baby lahir.
2 kali tengok cessarian section, 2kali la aku sebak. tapi masih boleh control.

Harini pun, bila si ibu menangis lepas baby selamat dilahirkan, and si bapa dok menyesat air mata, aku pun dok menyebek. Aku takut nanti midwives tu kata "hang ni, orang dok kalut sambut baby, yang hang pi nangis tu buat apa??" walaupun aku yakin midwives tu tak reti berbahasa Kedah hatta Melayu.

Satu perasaan yang sukar diceritakan la bila sambut baby ni (takdela sambut sangat, tolong2 midwives baru, esok baru dibenarkan sambut kut). Tiada words yang boleh gambarkan perasaan menyebek aku tatkala baby selamat didelivered.

Tadi, aku sambut 2 multiparous women( perempuan yang dah beranak dah sebelum ni). Smooth saja except the latter women yang placenta(uri)nya retained. Kena masuk theatre. Tapi sepanjang contraction, diorang boleh kawal la. Tapi bilik sebelah,adoilaa. Meraung. Kesian. Tak tahan sakit gamaknya.

Harini, aku bersyukur dapat membantu 2 orang ibu through out the labour. Dan aku bersyukur dilahirkan oleh seorang wanita hebat yang memiliki tarikh lahir pada hari ini, 27hb April. Terima kasih emak dan happy birthday. Kakak sangat hargai pengorbanan emak melahirkan kakak.

Dan hari ini baru kesempatan mengambil parcel yang mak hantarkan. Balik rumah tanpa bukak tudung dan kot,terus memunggah parcel. Dan akhirnya terjumpa juga kecintaan yang dirindui. Pekyek!(rempeyek). Dan tanpa membuka tudung dan kot juga, terus membuka balang pekyek dan habiskan setengah balang.

Owh terima kasih mak,
Happy birthday.
Semoga panjang umur murah rezeki
Dan semoga cepat dapat menantu (3 kali wish macam ni.hehhe)
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009