Showing posts with label Medical student. Show all posts
Showing posts with label Medical student. Show all posts

Dec 12, 2010

post hiatus entry

6 comments
wow,lama kan tak update blog. Sahaja malas nak menaip. Cukuplah assignment yang bertimbun kena taip. Dulu masa preclinical xbanyak la pula assignment bertaip, sekarang ni bertubi-tubi. (bertubi-tubi la sangat,padahal 2 je pun,tapi stillll plural okey)

Tarikh tutup application for internship post in Ireland dah pun tutup. Hasilnya, aku tak apply pun utk kerja disini. 2,3 minggu lepas berbolak balik juga sama ada nak kerja sini or tidak. Tapi at last, application form itu dipandang sepi je tanpa di isi. Mungkin ini lebih baik. Nanti klu dah isi, and dapat tawaran, berbolak balik lagi. Baik tak yah isi terus. That wud be better.

So, maka dengan ini, confirm la saya akan balik for good next year dan bekerja di Malaysia.I-Allah.
So far, life's good and next week balik malaysia (again) for 8 weeks for elective posting. Cant wait!

P/s:owh2,mungkin kah boleh apply kerja di perth..hehehe..spekulasi,spekulasi!

May 28, 2010

GP placement Dublin

0 comments

I have a lot to say.

Tapi I'm not really into blogging at the mo.
Just wanna share about the placement that i had been attached to this week.

Dr Behan and Dr Shackleton GP surgery.
Sangat baik..
Everything bout them and the office girls, Bernie, Martha, Hazel and also Mary the nurse are marvelous.
First thing, they remember my name in one go.
And the hospitality was superb!!
Rasa nak menangis je tadi when i said good bye to them,having in mind that i will not be sent there again.

At first, waktu nak dapat placement ni, I left my mobile phone in the health science building. So tak dapat telephone module co cordinator on pronto untuk dapatkan placement yang dekat- dekat dengan rumah. Aku dapat placement dekat Walkinstown, 15min by bus. Oklah tidak la sejauh UCD. At first agak frust la sebab Amin dapat GP rathmines mase dia buat Block GP dulu. Which is 3 min away jalan kaki. Tapi bila fikir-fikir, memang besar hikmahnya Allah nak aku tertinggal phone dekat health science building over that weekend (which is miserable jugak la).

Banyak aku belajar dari kedua-dua doktor ni. Walaupun aku banyak tak dapat jawab soalan diorang, diorang tidak berputus asa mengajar aku yang tidak bright ini..huhu

Entahlah, rasa sayang sangat dekat placement yang lepas ni. Mungkin sebab lunch hour aku dapat pergi window shopping dekat Ashleaf Shopping centre yang 5 min away from GP tu.huhu..mungkin2.

Next week, i'm off to Dundalk, Co Louth, Blackrock village. 73km from Dublin. Saja aku book Bed n breakfast sebab malas nak ulang alik dari dublin ke dundalk. And aku nak tukar angin pulak, nak hirup angin dundalk. By the way, Blackrock village tu perkampungan tepi laut. Best2. Rasa nak bercuti ja.hakhakhak.. Tapi Bed n breakfast tu duit sendiri dulu, lambat lagi bleh claim. So i am officially broke. Tak kisah la. Asal hati senang.

Hopefully placement dekat dundalk ni best. I-Allah.

May 14, 2010

Bright girl

1 comments
Aku baru habis exam.

Tak mau bercakap tentang exam, bikin hati wa panas sahaja..haha

Saja nak kongsi link tentang seorang budak ni. Sangat cerdik, guling-guling gelak aku tengok..hehe





Aku rasa dia boleh tolongkan aku berlakon utk counsel patient dekat OSCE station..=.=

Apr 2, 2010

Chest drain, oh!

4 comments

Alhamdulillah, exam dah selesai.

Tapi,aku terkena lagi.

Semalam 1 April 2010, OSCE surgery.

Alhamdulillah,hampir kesemua station aku dapat buat. Hampir semua,bukan semua. Bukan. Terutamanya yang satu ini.

***

Station last aku, young tall Irish man with chest drain. Macam gambar atas ni. Muka dia memang familiar. Aku cuba recall kat mana aku tengok lelaki ni. Mungkinkah porter yang bekerja dekat operation theatre? Aku cuba recall sambil perasaan panic sebab aku tahu aku tak tahu banyak pasal chest drain ni.huhu. Tapi dalam hati aku, "siannya kena pneumothorax"

Examiner aku, Prof Curran, suruh aku examine,inspect semua.

Dia tanya macam mana nak tahu yg chest drain ni,working ke tak.
Aku jawab suruh patient take a deep breath in, and out, dan tengok ada bubble tak dalam drainange compartment tu.(drainange compartment ada water,and tube die tu under water tube,so macam straw minuman,kalau kita hembus akan keluar bubble kan)

Ok dia suruh aku buat. Aku suruh patient tu take a deep breath in sume.
Sepi...
Tiada bubble pun,
Aku cuak, pastu aku dok perati compartment tu.
Tapi aku gelabah sangat,aku jawab ada bubble dekat dasar compartment tu. (memang ada pun sikit,tapi bubble tu normal la kalau letak water dalam gelas pun ada bubble kadang-kadang kat dasar)
Examiner gelak giler kut, sekali dengan patient tu dok pakat gelak.
Amboi!!
Aku terasa bodohnyaaa.

Okla,examiner tu cakap tak ade bubble pun.
pastu examiner tanya aku kenapa xde bubblle?
Aku dah gelabah. Tapi aku jawab jugak

Oh,mungkin juga dah xde air( baca:udara) dalam pleural space die,sebab tu xde bubble. Aku jawab dekat examiner.
Examiner chuckle.
Lepas tu xpela, dia tanya indications for chest drain. Aku jawab bla,bla,bla.
Dia suruh aku buat chest examination. Aku perform la, walaupun otak aku dok serabut fikir pasal chest drain tu tak habis lagi.

Bunyi bell

Tamat exam.
Lepas tu baru aku tau rupa-rupanya patient tu final med, senior kitorg, yang diupah jadi actor. Memang la muka familiar.
Dan chest drain tu, dia hanya pelekat dekat chest dia, bukan dia bubuh dalam pleural space pon.
Memang la tidak ada bubble.
Kalau kau suruh dia tarik nafas dan hembus 44 kali pun takkan ada bubble.
Dan oh tidak,dia sihat walafiat dan tidak terkena spontaneous pneumothorax pun!

Dan baru aku ingat tarikh exam aku adalah 1 April.

Syabas betey!

Mar 29, 2010

Susahnya Exam!

4 comments
Hari ini hujan dari pagi. Celik-celik mata sampai habis paper,hujan lebat. Dah lama dah dublin xhujan selebat ini.

Exam pula sangat susah!
Sangat depressed ok.

Terpaksa sms mak bila ada gap in between paper, walaupun tahu kemungkinan mak akan risau sangat sampai tidak boleh tidur. Tetapi terpaksa sms mak jugak sebab masa tu rasa seperti separuh jiwa ku pergi. Minta mak doakan banyak-banyak. Next paper tu surgery, tidak la sesusah medicine yang rasa nak menangis je jawab

Balik rumah, rasa sedih giler and depress. tapi masih kena study lagi.
Selongkar-selongkar almari, jumpa juga baju dan seluar yang dicari.

Roomate menegur "Apesal ko salin baju skema sangat(tak dela skema,cuma terlebih elok untuk baju rumah)"Aku membalas, "Ni baju mak aku beli laa, aku rindu mak aku nii"

Ye. Baju yang mak hantar masa first year dulu, dengan seluar yang mak aku belikan masa dekat parkson ria komtar yang sudah pun gulung tikar. Terasa bersemangat balik bila pakai baju ini sebab aku rasa nak peluk mak sekarang tapi mak takdak kat sini. uwaaaaaaaaaaa..

Baju dan seluar,semoga kau sepanas pelukan mak!

Doakan aku untuk exam seterusnya!

Mar 27, 2010

Selamat berExam

6 comments
Ini sanctuary sayer.Nak lawan Han.ngeh.ngeh
Bismillah.

Exam besar lagi sehari.
Mohon doa dari kalian-kalian,moga-moga dipermudahkan dan lulus cemerlanggg.
Amin.

To all 4th Med UCD.Gambatte
Doa ku bersama kalian,harapnya doa kalian bersama-sama ku.

Mar 19, 2010

The one that I miss

2 comments
I'm officially finished my medicine and surgery rotations. But wait! There are lots more to come!

Stayed with Dr Syed Ali in breast clinic this morning. He is from Pakistan, early 50 I think. I like him,I feel like I was staying and chit-chatting with my dad. The ways he speaks and smiles,are really soothing. If Collin didn't reschedule the tutorial to 12noon, i would definitely stay longer with him. It's not that he taught a lot. It just that I see my dad in him.

I always see most of my family in most of people here.
If there is granny in bed with beautiful smile, I'll see mak tok in her.
If there is granpa with thick rim glasses, I'll see tokwan.
If there is little boy aged 8-10 in bus, I'll see my brothers.

But on top of that, I never see my mom in anybody,
because mom is so special that no one can ever replace her
and because i miss her so much that i remember everything about her, making me unable to associate her with anybody here!

Somehow this week some people (patients that i met) are so surprise that i only see my mom once a year. Yeah,reality bites.

Mar 9, 2010

Tale of bright pink scarf

4 comments
Hari yang indah, Matahari cemerlang memancar.

Membuat keputusan memakai tudung bright pink. Selalunya tidak dipakai la musim-musim winter yang mandorm.

Attached to a&e untuk trauma &orthopedics.

As usual, bila attached to different zone in a&e, might as well kena la introduce diri dulu.

Aku introduce diri dekat seorang doktor perempuan, tanya ada tak surgical patient yang sesuai di ambil history and buat physical exam. Dia cakap suruh tunggu kejap sebab dia in the middle of isi patient chart. Ok la,aku pun tunggu kat belakang dia.

3, 4 minutes later, dia dok sembang dengan colleague dia kat sebelah. Sembang pasal sebelum ni dia di hospital lain blablabla. (aku siap boleh dengar lagi,membuktikan betapa dekatnya aku dengan dia). Aku seperti biasa dok changak la.

Selang 3, 4 minutes later, tiba-tiba dia bangun dari kerusi, blah macam itu jer. Padahal aku berdiri betul-betul dekat dengan dia.

Angin jugak la aku. Aku pakai tudung bright pink ok. dalam a&e tu aku sorang je pakai kaler tu. Takkan xperasan??

**********

Dekat resroom( bukan toilet okeh, ni tempat residence year student rehat2, borak2, makan2, ketawa2), lepak-lepak minum teh. Dah habis minum, nak pergila basuh mug di sink, tiba di sink, ada seorang perempuan ni, dia janitor yang selalu cucikan resroom ni, dok tengah basuh tangan. Mula-mula tangan,urut-urut sikit,basuh celah-celah jari,basuh kuku semua. Memang mantap la hand hygiene akak ni kan. Aku berdiri betul-betul tepi dia,sebab tu la aku nampak betapa hygenicnya dia! Lepas itu dia nak ambil tissue untuk lap tangan, baru dia perasan aku dok tercegat kat situ tunggu dia. "Owh I didnt see you standing there".

Aku pakai tudung bright pink kot!!.

*Adakah tudung bright pink ini terlalu bright sampaikan ada effect halimunan??.Patutkah aku pakai tudung ini lagi if ada tutorial niamh yang garang so that dia tak nampak dan tak tanya soalan kat aku?*


Feb 15, 2010

Baca baca baca!

3 comments
Masuk semester 2 Medicine and Surgery memang mencabar. Banyak sangat nak baca. Balik rotation pula penat. Final exam bulan 3 nanti pula tiada study week. Kejam kan? Reality bites.

Entah siapalah yang cakap masa clinical tidak perlu baca banyak. Aku sewaktu zaman preclinical sangat looking forward untuk clinical sebab expect tidak perlu baca banyak. Kalau lah aku ingat siapa yang cakap kat aku yang clinical tidak perlu baca banyak, nak jer aku pergi cubit mulut dia. Tak pun, kalau tak berani, setakat menjeling tajam dan menjuihkan bibir sudah cukup bagi aku.

Course apa ek yang tak perlu baca buku?

Kelas menjahit? Masih perlu baca manual mesin jahit Singer
Kelas memasak? Buku recipe kena khatam juga
Kelas lakonan? Skrip-skrip berintonasi perlu dihafal. Sekurang-kurangnya Oxford Clinical Handbook tidak perlu dibaca berintonasi.

p/s: Doakan kami Res year UCD, moga-moga kami berjaya dalam exam final March nanti.

Feb 4, 2010

Berangan

3 comments
Sekarang aku rotation dekat St Collumciles Hosp, Loughlingstown. Pukul 1 selalu ada lunch meeting, dimana doktor-doktor akan bersidang dan berdiskusi pasal medical case, journal dan bermacam-macam lagi pasal medical stuff.

Hari ini giliran untuk radiologist untuk membentangkan X-rays. Selalunya aku tengah menyumbat sakan time ini aka makan tengah hari walaupun tidak sedap tapi belasah jua. Sekali hari ini doktor tu terlebih rajin, "now let's give the chance to the medical students. Any differential diagnosis?" sambil tangan menunjuk ke arah CT scan of the abdomen yang terpampang di skrin besar. Masa itu aku dengan Deidre sahaja yang ada, yang lain semuaaaaa ponteng. 9 orang ponteng okay! Aku pandang Deidre, dia pandang aku. Blur. Rasanya dia pun tengah berangan sambil menikmati lunch. So aku pandang doktor yang tengah terkebil-kebil tunggu jawapan dari kami. "Err, polycystic kidney??" aku jawab teragak-agak. "Humph, we are looking at the pancreas now!" Adeh, bukan takat differential diagnosis salah. Teka organ pun salah. Nasiblah. Rasa nak menyorok ja bawah meja. Dah la lunch meeting conference yang hampir semua doktor ada okay! Malunya saya!

*jangan berangan sambil makan nasi*
p/s: nawal, i owe you one entry. later eyh. hehe

Nov 30, 2009

Legal Medicine

0 comments
Hari ni start kelas dekat UCD pasal legal medicine. Pasal law dan medicine. blablabla

ZZzzZZZZz

Muntah hijau.

*bersyukur sangat2 sebab tidak dipilih oleh Allah untuk buat law*

Nov 23, 2009

Ada gaya tak?

2 comments

Entry ke 2 utk malam ni.
Melepas geram nampak..haha
by the way, aku still ada OSCE hari khamis ni.
Malas nak study lg..

saja nak upload gambar aku kat sini.
Ni gambar aku masa nak salin ke scrub (gambar kat bawah). saja aku snap satu gambar sbb aku xpernah ada gambr dgn white coat..

Ini gambar aku seharian di operation theater. Alhamdulillah, pihak hosp mmg menyediakan satu kononnya cap tapi bercirikan hijab. So aku mmg pakai benda tu, memang menutup leher. Sebab aku aware jugak la di Malaysia, banyak doktor n student muslimah yang tidak dibenarkan memakai tudung dlm bilik OT. Kononnya nnt infection, mmg betul. Tapi kalau mereka menyediakan satu alternative macam yang aku pakai ni,tak ke lebih elok? kadang-kadang aku terpikir,siapa yang kononnya Negara Islam ni??

Jun 18, 2009

Post Exam.

6 comments
Alhamdulillah, selesai sudah exam ku. Ini adalah exam paling dramatik sekali. Aku rasa macam aku dah tua 10 tahun disebabkan exam ni.huuhu. penat2. Dengan debaran demi debaran, dengan banyaknya info nak kena ingat, sampaikan one of my classmate siap cakap 'pasni nak quit medic,nak amik diploma pndidikan'. (well, 'nak quit medic' is a well-known verse during the exam, exam fever punya symptom..haha).

Penat.
Kadang2 trjaga malam2, the first thing that popped up into mind that time was 'the diagnosis is...'..Giler nerddd..
Beberapa malam termimpi2 exam.
Nak ngadu kat orang,semua pun nak exam..sian sorang2 bawak diri.(ayat minta simpati)

Kadang2 terfikir, macam mana la student2 boleh kawin waktu belajar dan beranak pinak. Aku rasa klu aku la, laki ke mana,anak ntah ke mana. ke lautttt mungkin..haha. Waktu exam diri sendiri pun terabai. Makan pakai capai yang mana sempat. (okies,bab kahwin waktu belajar kita buat entry lain.haha)

A few recap regarding the exam.

My First ever Long Case Exam.

Untuk long case ini, kami diberi masa 40 minit utk take history patient n perform physical exam.And after that 2 examiner akan masuk n kite kena present case n dia akan suruh lah kita buat apa2. Resah, bukan takat butterfly in the stomach. Gajah,badak semua ada.

Patient aku, middle aged women, presented with 4 months history of diarrhoea with background history of Graves disease. Sangat baik patient ini. During the 40 mins,aku borak2 dengan dia, cakap aku nervous semua n harap dia bantu.Dia banyak calmkan aku(confuse seketika,siapa doktor,siapa patient ni) And masa aku present dekat examiners, aku mispronounce ubat2 dia.aku trsasul ubat lain. N patient aku tiba2 sampuk masa aku present,cakap, 'she's doing well, just a mispronounciation'..haha.klakar la pulak sampai patient tolong. And then masa dah habis, patient tu tanya kat examiner tu, 'Is she doing right?' Examiner tu cakap,'yeah, she's doing fine'.haha..lpas tu, bila xaminer tu keluar, terus aku tarik nafas dalam2 n berpaling ke patient tu ,cakap "Can I hug you??"..trus jer aku peluk dia..haha..rasa lega sangat. Walaupun banyak jer info2 yang aku trtinggal masa history taking that aku tak rasa this was the best,tapi aku bersyukur sbab Allah made it easy for me. Alhamdulillah, aku kira patient yang aku dapat tidak secomplicated patient2 yang kawan2 irish aku dapat. I talked to Aoife right after the exam n her patient has everythinggg. name it. COPD,stroke, MI, CCF,colorectal cancer, shingles. and the presnting complain was ischemic limb. Wallaaa..sian betul. tapi tak pe Irish mmg pandai goreng.haha.

Therapeutic data interpretation.

satu jer perkataan untuk paper ini.

KEJAM

Bukan tahap susah dah ni,ni tahap kejam.
Soalan dah la berbunga2, banyak plak tu, pastu expect org jawab 5 case utk 1 hour.
Kejam. Aku rasa sangat teraniaya.(dramatik2,)
Xpa, Allah terima doa orang traniaya.

ENT and Opthal.

Opthal was fine. Aku dapat patient glaucoma. Aku nampak clearly optic disc dia cupping. Terima kasih ayah kerana kirimkan opthalmoscope nun jauh. Kalau tak, mungkin kakak xdapat pun nak practice dan mungkin juga xleh nak kenal the increase of cup to disc ratio in that patient.
Pastu sehari sebelum exam, aku berkampung di rumah Han. Memang study cam nak luruh rambut. Even masa aku bersiap2 pakai tudung semua, Han sempat lagi quizing aku, and thanks to her, I managed to smoothly answer the question. Examiner tu tanya "What medication do you like to give to the patient?".Pastu aku listkan semua, sebab aku igt semua..huhu..n the examiner tu terus sampuk "do you give them all???".haha,terus tersedar dia nak 2 jer,satu facilitate outflow of aqueous humor,satu lagi reduce secretion. alhamdulillah

tapi Ent, which was held in that evening, pada aku, aku xberapa smooth sgt. First, sebab aku xsuka ENT, second, I just dont like ENT..huhu..so banyak yang aku baca xberapa melekat.huhu.xapalah,bukan semua soalan examiner tu aku xleh jawab.


Professional Clinical Practice
Repro,paed,psych

Paper2 ini,aku cam main2.haha.xbaca sgt la.xsempat. tapi boleh la jawab


Hmm,panjang la plak entry.
Xpa2,qadha yg lepas2

Okies lagi sehari lebih nak balik malaysia. Nak berkemas2..
yosh!

May 31, 2009

Pre Exam

6 comments
Dulu, tatkala menjelangnya minggu peperiksaan, kalau kat sekolah n KMB, pasti dianjurkan majlis bacaan yasin untuk parents. So anak2 yang duduk asrama sangat la menanti waktu ni agar dapat berjumpa dengan parent

Sekarang, kat sini, nak harap pihak uni anjurkan majlis bacaan yassin utk parent? Tak munasabah..andai tetiba pun admin uni buang tebiat buat majlis baca yassin, adeke international students' parents nak dtg?..huhuh

*owh kesepian tatkala exam mula nak menampakkan bayangnya*

May 25, 2009

Pen

6 comments

Dalam banyak-banyak orang, siapakah yang pakai pen paling murah?

Cikgu: salah

Puan Miskiyah: salah,Puan Miskiyah pakai pen pilot G2. (gurau sikit ya mak.:p)

Budak sekolah menengah dengan pencil case little bob dog: salah

Businessman: salah

Minah kilang: salah

budak tadika: salah,budak tadika tak pakai pen lagi.

Jawapan dia:
DOKTOR

Sebab? Doktor mana pernah ada pen sendiri. Dalam rata-rata doktor yang aku perhati, semua pakai pen free. Pen yang kilang-kilang bagi free. Kalau nak tau,pen doktor la paling meriah. Macam-macam corak ada. Yang lagi glamour, ada tag Pfizer (kalau tau la company ni famous dengan apa). Dari intern sampai consultant, kebanyakannya pakai pen free. Nak tengok doktor pakai pen Parker?hmmm,ke lautttt.....Aku pun sendiri dah banyak dah pen free ni. Rembat je pen2 ni klu ada lunch meeting yg ditaja oleh syarikat-syarikat ubat.

Dengan pen-pen free ni la doktor2 ni dok menulis dalam file2 patients. Tapi awas, pen free yang meriah2 ini tidak menjamin tulisan lawa. Berpinar kut nak baca tulisan diorang ni. Selalu klu aku baca chart patient, msti aku akan tanya nurse2. Mana nak faham. Tapi dengan pen-pen free ni la banyak history taking, physical exams, plans, investigations, managements blablabla dicatit. Berjasa walaupun murah!

Tapi awas, andainya tiba-tiba pen2 doktor itu kehabisan ink ataupun tiba2 terhilang in the middle of consultation, pen student pula yang di minta 'pinjam'. Tetapi awas lagi, pinjam di dalam konteks ini bermaksud pinjaman jenis kekal. Before you lend your pen to the doctor, might as well you want to kiss ur pen goodbye. Coz probably there is a chance that you'll never get it back.hoho..sedekah jer laaa..haha..berjasa tu nanti pen kamu..

Tips: Student jangan gatai nak bawak pen parker pergi rotation.

May 24, 2009

Habit

1 comments
Aku ada satu habit yang aku rasa tak tau nak dikategorikan sebagai bad habit ke good habit.

Aku suka balik lebih awal, dalam erti kata lain, aku suka cabut awal dari kelas/rotation untuk pulang ke rumah.

huhu

Aku mula dok cabut awal ni masa sekolah menengah, menengah atas kalau tak silap. Dalam kelas, waktu subjek terakhir tu, selalunya kelas bahasa arab. 15 min terakhir,aku dah galas beg,mana tau kut2 ustaz/ustazah bagi keluar awal. Tudung pulak tudung labuh kan masa tu. So tak nampak la kita yang dok galas beg ni..huhu

Selesai sahaja ustazah bagi salam dan keluar kelas, aku lah selalunya orang pertama yg keluar kelas. Alat tulis, buku semua tinggal dekat meja,sbb nanti datang prep tempat yang sama. Dan selalu nya, hari Selasa, aku dah standby 3o min sebelum tamat kelas.huhu..sebabnya hari selasa lauk ayam masak merah. feveret semua orang.

Kalau aku lambat, ustazah keluar kelas baru nak terkedek2 kemas barang, lambat la jugak aku makan nasi sebab kena beratur panjang, dan pendek la masa tidur petang aku. Bukan apa, masa SPM aku struggle pun time prep tu je la. So time prep la kena berjengil. Prep petang selalu aku terbabas tidur bila aku xdpat rehat yang cukup..Dari situ start aku suka balik awal.

Masuk KMB, pun sama, sebab still kena beratur panjang utk amik food. Tension woo. Bayangkan rimau tengah lapar, ada ka nak pi habaq kat rimau tu, "sabaq naa,beratur dulu!"..mau dia terkam orang yang cakap mcm tu.haha..tapi aku xdak la nak pi terkam orang sebab lapar.cuma konklusinya,aku tak suka la beratur2 amik food bila perut tengah bergendang-gendang. Akan ku usahakan untuk cabut lebih awal.

Datang sini, 2tahun pertama preclinical, aku memang cabut awal, sebab kelas memang habis awal. Tidak ada masalah itu. Tapi masa masuk clinical, punggah. Panas ja aku rasa bila nak kena stay sampai 4,5 petang. haha,lama2 dah biasa. Tambah2 sekarang ni aku rotation kat Loughlinstown, dalam 1 sejam suku naik bas. Waduh, bangun seawal 6 pagi, 6.30 mencicit keluar rumah tunggu bas. Kena pulak tukar 2 bas, bas yang ke loughlinstown tu pukul 7 dekat leeson st. Nak ke leeson st,aku terpaksa ambil bas lain. Ini untuk ward round pukul 8. Nasib baik xdak ward round pukul 7. Kalau tak,jenuh aku nak cari lubang macam mana nak sampai sana, sebab perkhidmatan dublin bas selalunya start pukul 6.30.

Lepas tu, jadual di Loughlinstown tersangat la padat dan intensive. Bagus juga, tak dak la kitorg ni dok wander sana sini xbuat apa. Setiap minggu, dalam satu hari 3 orang student kena oncall from 6-9pm dekat Accident and emergency. Aku kena oncall on Thursday. Memang la ni oncall main2, 6pm till 9pm jer, blum intensive macam doktor2 tu, tapi still, i nak balik awal you. Panas jer tggu sampai pukul 9. Amik history patient pun dah merapu..lost giler kut..haha..penat la.bangun kul 6.tak berenti sampai kul 9.to be exact 10pm actually sebab baru sampai rumah waktu tu. haihh,macam mana la nak jadi doktor nih?!..*menggaru kepala yang tidak gatal*

p/s: memegang rekod sebagai pelajar Malaysia Ireland yang pulang paling awal ke Malaysia pada tahun 2007.hehe

May 2, 2009

Hospital Life

5 comments
Situasi 1

Taking a history from Sister J,86

me: morning sister,im a medical student. can i have a little chat wif ya?
S.J: what?
me: (repeat the dialog again)
S.J:(looks blur)
me: (repeat again,with louder pitch)
S.J: ooo,no problem. Where are you from?
me: I'm from Malaysia..(senyum2)
S.J:ooo,are you convert?
me:erk?(dalam hati,sapa kena amik history sapa ni,plus aku ni nampak mcm convert ke?convert ke mana?islam ke christianity ke,christianity ke islam?confused2...

last2,aku auscultate lung die jer,sbb communication breakdown..haha

******

situasi 2:

Taking a history from Mr JC,56,presented to the Accident&Emergency due to suprapubic pain n jaundice.

.....
me:so,do you drink?
JC: yup,socially.
me:Good(begin to scribble it down)
JC: you know,a bottle of wine,couple pints of beer, every night.
me:(speechless,but my face blurted out is-this-social-to-you? kind of expression)
JC:(big grin).gotcha!!

cis,main2 lak patient ni..

*****

situasi 3:

ni masa ENT rota, having breakfast with the ENT team.
Guan (special registrar n he's malaysian!): owh,how i miss having nasi lemak during breakfast.(lebih kurang la ayt die,aku dah xigt)
Paul (registrar yang hensem gila macam model): what is nasi lemak?
Guan : (explaining what nasi lemak is)
Me: owh, i can cook nasi lemak.
Guan: (turn to Paul,pointing to me)She can cook nasi lemak!(with an excited face)
Paul : (turn to me,smile) Marry me.
Me: (sengih2 ,speechless..haha..sengal)(tapi dalam hati: with plessure..haha)


*****

Situasi 4:

ni joke from sorang kawan di PMC,

J: uncle,pernah ada TB tak?
Uncle: ada,kat rumah, 29inches.
J:errr(+ tahan gelak),bukan2,ni yang batuk2 punya

note:TB-tuberculosis

******

Despite the pressure, the early morning ward rounds, the get-me-to-the-nerve situations, the silli-willy fake smiles when u cant answer the questions n etc, im actually begin to like the clinical stuff.it's fun..

masa mula2 dulu,rasa jugak la pressure. rasa xleh nak cope,rasa takut nak berhadapan dengan patient,doctors,consultants. dulu masa minggu pertama,depress gile yang rasa mcm nak quit jer( never have that feeling bfore,n that was the first,n hope to be the last as well). tapi Alhamdullillah,after consult dengan kawan2 dr uni lain,aku dah boleh coping.im still coping tho.

hmm,lagi 48 hari nak balik malaysia..:).this is the best motivation so far.:)

Apr 3, 2009

My first week hospital life

0 comments
One week at hospital..

A stir of emotions.

I would say that it is really tortuous.

No more straight forward learning, spoon fed,lazy wazzy.

First day in Mater, they just assigned us under blablabla team, provided with the intern number to bleep. That's all. We all supposed to bleep the intern, waiting for him/her to call back and arranged how to meet him/her.

My intern, when the first time I spoke to her,just asked me to come to St Cecilia ward. I thought that would be easy, just ask the receptionist and follow the signboard. But I thought wrong.

Didnt know that Mater has new and old buildings. It looked the same to me.So instead of going to St Cecilia ward which is in old building, I ended up searching the ward in new building. When I cant see 'st cecilia ward' on any of the signboard (obviously because it is the wrong building), I quickly presumed that I heard the name wrong (well Irish speak way toooo fast). I presumed it was St Teresa ward (because that is the name on the board, and it sounded quite the same too, with aa at the back,huhu). And I quickly dashed to the 4th floor, asked for Dr Collins. The receptionist, with frown forehead said she didnt know this Dr Collins. Shoot. And then I bleeped her again to really clarify things. Only then she explained that the ward is in the old building and I am now in new building.

Dashed down, rushed to the new building, asked for Dr Collins again. When I mention her name, the nurse repeated my sentence "where can I find Dr Collins?!". Weird.And they laughed. After that only then I know that the staffs there are not really familiar with Dr B.Collins surname( which is Collins).How should I know that??

Yeah,being the only medical student in the team is hmm quite unbearable sometimes. What you do is, just follow them around,for conferences,ward round,blabla. And after that, you are up to your own. Lucky me, on the fourth day, I had Tamara joined the team. She's a final meds from Hungary(She's actually an Iraqian living in Sweden,currently doing elective for surgery). We did a lot of things together, history taking, physical exams and including latte to go..hehe..and I learned a lot from her that day.

Well,forgot to mention, I am under Cardiothoracic Surgical team for this week. Sound fun rite. Yeap, after I learnd how things work, the dos and donts, what to expect, I found this rotation is quite interesting and I am looking forward for the next 2 weeks to continue with this rotation, because next week I've been scheduled for ENT.

So, Hola ENT~(I have this preconceived idea that ENT is not fun, boring,huhu,hope that ENT rota will prove me wrong!)

Mar 30, 2009

Piss Off

0 comments
Ok.Im officially pissed offffff

Ade ke I've to redo the history taking OSCE because the so-called high tech video tape that was used during the osce couldnt be retrived even by the so-called UK technical experts..wt??
they cant assess us without the videoss(yes,im not the only one) because the recording of the interviews with our patients are the centre to the assessment.

Gerammmm

This clinical 1 semester is so awfulllll..missing tutors,last minute lecture cancelation,disorganized exam week..adding to the list,this redoing OSCE..

Sabar je la

Allah lebih tahu percaturanNya~
Allah mungkin ingin memberi ku peluang untuk memberikan yang lebih baik.

Mar 15, 2009

Mid Term Exam

2 comments
Exam is around the corner.

23hb till 27hb.
Everyday.
4 MCQ papers
1 MCQ + written paper
4 OSCEs
No study week.

Sekian.

Terasa UCD amat kejam~
huhu

O GOD, please bring me out of the darkness of illusions and honour me with the light of comprehension, O GOD open to us the doors of your mercy and propagate us the treasure of your knowledge by your mercy O the most merciful of the merciful ones.”

Ameen~
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009