Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Mar 5, 2010

Happy birthday Kakak!

1 comments
Happy birthday kakak!.6 March
semoga menjadi insan yang lebih matang sesuai dengan pertambahan umur.
Pertambahan anak? haa,yang ni kita tak tau.hehe

Semoga hari ini dilimpahi dengan kegembiraan disamping family tersayang.
Terasa macam kakak ni baru 26, mungkin kesibukan menyebabkan tidak terasa masa berlalu.
Untung juga rehan selalu dok ingat kakak ni masih 26 thun..hehe

Semoga diusia 2_ ni, segala cita-cita dan impian kakak akan tercapai, dan rehan doakan semoga kakak sentiasa dibawah rahmat-Nya

Happy happy birthday!
miss u so much

p/s: sorry,entry pendek jer. Dihambat masa. Entry pasal birthday sendiri pun xbuat..huhu.

May 18, 2009

Happy birthday Luqman

0 comments
Tatkala menulis entry ni,aku terasa malaise n body ache mcm nak demam.huhu.maybe i push myself too hard.

anyway, aku gagahkan jugak utk tulis entry ni just nak wish luqman

"Happy Birthday"

I miss u adik..alot..
jangan nakal2 ye..


i noe that lately, im not that productive in keeping this blog updated..hidup sgt busy n penat n makan xteratur,probably bagus jugak sbb dah nak balik malaysia,so berat agak kurang berbanding thun2 lepas..hehe..

Apr 26, 2009

Happy Birthday Emak!

3 comments


Mak, happy birthday yang ke --..hehe..umur sensitip kan.hehe

harapnya emak mendapat keberkatan usia dan sentiasa dilimpahi rahmat.

semoga emak mendapat anak2 yang soleh dan solehah( indirectly,tgh doa untuk diri sendiri.heh)

sorry,post ni pendek ja,dok mengemas sampai pancit,nak fikir nak tulis apa pun xtau dahh..
harapnya,mak gembira walaupun anak mak ni jauh dr mata (makan kek tu igt2 la,sini xdak kek rashidah..haha..secret recipe pun xdak..huhu)

ini ada previous post yang akak tulis about mak, harap kalau mak rindu,mak baca la ye..

http://rex-raihan.blogspot.com/2008/12/happy-anniversary-mak-ayah.html

love,
raihan.

p/s:kad besday lambat sikit naa..cam biasa la..hahahah

Apr 14, 2009

Happy Birthday Chef Lang!

3 comments
(Lang,sorry xde gambar latest)
Selamat Hari Lahir yang ke-23.

Lang, merupakan cousin aku sebelah mak, antara yang paling aku rapat.

Teman bergosip, geng bergelak.

Dulu,masa aku umur 6,7 tahun, aku selalu tak puas hati kenapa aku mesti panggil lang dengan kak lang, padahal aku lagi tua drnya( well sebulan lebih). memang xpuas hati.hahah..tapi lama2, aku akui,memang lang deserve pun utk dipanggil kak lang.

Sebab?
Lang rajin didapur, lang rajin tolong maktok klu balik alor setar. Lang pandai masak (tapi aku pun dah terer sekarang..haha).
Seingat2 aku, kak lang ni sorang yang cool..xpernah pun aku tgk lang tarik muka, emo2..tapi tak tau la kat belakang. tapi sepanjang aku kenal lang, memang xpernah la aku tgk muka lang herot..haha..selalunya muka aku ngan muka kakak yang dok herot..haha.(kami anak sulung kut, byk menda nak pikiaq..hhaha)

Lang, kalau aku buat lawak, walaupun aku rasa lame, dia mesti gelak.
Pastu lang suka bola.walaupun minat aku dgn bola semakin menurun (entah la, dah masuk fasa2 wanita sejati kut), aku tetap layan bola klu kak lang soh tgk. selalunya kalau world cup or Euro. pernah sekali final world cup, masa zidane kena red card (loserrr), tak berenti2 kami berdua sms sesama sendiri through out the match.

Pastu igt lagi masa pi melawat kakak kat kelantan, masa tu final piala malaysia kut, kedah lawan apa ntah. Aku ngan lang jadi penunggu setia sampai la kedah menang..meloncat n menjerit sampai lupa yang kakak dok lena kat atas..hhehe

Lang bakal menamatkan ijazahnya dalam tahun ni. tak silap aku dalam beberapa minggu lagi. aku, lagi 2 tahun..iskiskisk..

Dan aku rsa,antara aku ngan lang, lang yang akan kahwin dulu..tapi harapnya lang tak kahwin dalam masa terdekat ni..peer presure la nanti..haha.

Selamat hari lahir yang ke 23.
Semoga apa yang lang impikan menjadi kenyataan.
Selamat menghabiskan degree and jadi chef yang paling berjaya!

Apr 6, 2009

Happy Birthday Ammare!

1 comments


Curik dr flickr Ammare
(gambar ditukar diatas permintaan besday boy,kononnya lagi cepat bolh makan nasik minyak..haha)

Ammar, kezenku yang bajet Hrithik..haha..hmm, boleh laaa

Dulu renek je masa main toi, skrg melayut..hehe

So sempena hari lahir mu yang k-21, semoga panjang umur dan murah rezeki.
Selamat menghabiskan degree dan mari bersama2 grad tahun 2011 nanti.yosh!

p/s:grad dulu ke,nasi minyak dulu?..hohoho

Mar 5, 2009

Happy Birthday Kakak!!

1 comments


Happy birthday Kakak!!

dah 2_ dah..kena start stop mentioning the number la kut..heheh

Qay is my cousin. a close one. kitorg membesar bersama2, walaupun beza 4 tahun, disebabkan keserasian yang ada, terasakan bagai tiada perbezaan tahun.

I used to call her Kak Kiah,tapi aku perlahan2 aku ubah kepada kakak jer,sebab aku tau nama Kiah tu xglamer utk die..huhuh..

Masa mula2 dengan K, aku suka sangat sebab kezen aku pun 'K' jugak..hehe

hmm,sori la kakak,entry utk mu sangat pendek. Tapi please know that the memories we had together since childhood until now will be cherished eternally.

I miss those evening toi
I miss those gossiping n laughing our heart out
I miss those heart-to-heart conversation.
I miss those sleepovers
I miss those pillow talks
I miss my childhood with you

And I know as we go on, we have to view our bond in diff angle.
You have your commitment, and I have mine
But no matter what, we are blood-sisters till the end

Semoga kakak menjadi ibu dan isteri yang baik dan mulia.
Dihari lahir mu ini, rehan doakan yang terbaik buat diri kakak dan keluarga.

p/s: i like the same pix as well..heheh

Mar 1, 2009

A year older, a year wiser

2 comments

Happy Birthday to Me~
2 March 2009

Well,selamat hari lahir yang ke 23 kepada diri sendiri.

Dulu bila ditanya pasal kahwin, aku selalu jawab aku akan kahwin umur 23. Sebab? Cikgu Miskiyah kahwin umur 23..hehe.

Tapi sekarang, bila ditanya, aku hanya jawab bila sampai seru. Seru itu i-Allah lepas study..(so Cikgu Miskiyah dirumah xperlu la risau ye..hehhe)

Anyway, sempena hari lahir ku ni, aku berdoa Allah permudahkan segala urusanku,urusan keluargaku,urusan sanak saudaraku.

Aku berdoa agar tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lepas, berdoa agar diri ini lebih matang,lebih rational menghadapi setiap kesusahan yang mendatang..dan berdoa agar Allah murahkan rezeki aku,keluarga dan rakan2.

Plan hari lahir?Tiada. Sebabnya minggu lepas aku dah bershopping di Belfast sampai senget kereta dan aku kena berjimat.so aku dah beli banyak benda utk diri sendiri last week.mari berjimat yoshh!!

A year older,a year wiser~

***

Feb 24, 2009

Of cyst and Ayah's Birthday

1 comments


Ms Aziz,22,presented with 2 days history of painful swollen right upper eyelid. On inspection,a meibomian cyst (chalazion) is present and she was referred to GP for antibiotic prescription.~Daaa

Rugi kelas aku harini sebab aku terpaksa jumpa doktor untuk minta dia prescribekan chloramphenicol ointment..kat sini xboleh beli antibiotik over the counter.mesti dapatkan prescription dari doktor...Kalau xkenangkan yang cyst ni dah bernanah dan sakit,xdenyer aku nak jumpa doktor..huhuh..ceme sebelah mata! BTW,that tiny ointment berharga Euro9.95..bersamaan dengan RM47!!..Really want ayah,sebab xpayah bayar apa2 untuk ubat..huhuhu.

BTW,
Hari ni besday ayah!!
Happy Birthdayyyy!!!..
sorry i shud actually make a new entry for this..but sangat busy.nak salin note kelas y tertinggal dr Han n nak kena prepare for Locomotor Skill Workshop esok..sorry daddy cool.tp kakak still remember,and i'll send a card for u n others as well yg belum disendkan cards..never heard of beeeeeeeeeelated birthday before?..hehe

Feb 1, 2009

Happy Birthday Nawuki

5 comments
....ajiimaa....
Aku dgn Nawal membesar bersama2. Umur kitorg beza hanya 11 bulan. so bile time besday die,2 feb (aku 2 March),die selalu akan cakap "kak,umur kita sama" sambil senyum yg puas gile tu.cis

Beza umur yang sikit tu kadang2 membuatkan die overshadow aku sebagai kakak sulung.so kalau cikgu Miskiyah bawak kitorg pg kenduri ke ape ke,mesti org tanya yang mana sulung. lepas mak aku cakap aku yg sulung,mesti makcik2 tu akan cakap "laa,igtkan hak ni yg sulung (sambil point to nawal)" Masa aku kecik2 dulu,mmg aku tak puas hati bila org igt nawal yg sulung. tapi bile dah tua2 ni, aku dah tak kisah,sebab aku tau aku awet muda n jelita dan nawal yg berkedut,sbb tu org slalu ckp dia sulung(ok,part ni korang boleh muntah).

Cikgu Miskiyah selalu cakap,dalam anak2 yg seramai 7 org tu,aku ngan nawal la yg paling kuat bergaduh. dari kecil sampai besar."macam kucing ngan anjing" kata cikgu Miskiyah. disbbkan selalu sgt mak aku cakp macam tu, pernah sekali aku balas "mak,ada ka kata anak mak anjing".huhu.

Aku tak igt sbb apa aku selalu gaduh ngan nawal masa sebelum mummaiyiz. tp ada la 2,3 keping gambar kitorg masa kecil yg nawal menangis dan aku tersenyum sambil memegang mainan.so aku assume kitorg masa kecil selalu gaduh sbb berebut barang. tp bila dah besar sikit,dlam umur 6,7 thun, Nawal ni dah pandai hentam balik aku. klu aku marah die,aku tampar lengan die, dia dah pandai balas balik. sakit giler.tangan besi ke ape. so aku dah xboleh nak luahkan kemarahan aku.depressi giler aku.

So sbb aku tak boleh pukul dia, aku selalu ajak dia main lawan2. "adik,jom main sepak2 tidoq".aku xmau ajak main sepak2 sambil berdiri,sbb dia slalu sepak betis aku.sakit gile.kalau sambil baring, bahagian abdomen yang selalu kena dan dgn kaki aku yg panjang sikit dr die,selalu dia la yg kena sepak lg byk..muahaha

Aku pernah ligan(kejar) dia dengan rotan bulu ayam kepunyaan cikgu Miskiyah.aku tak igt aku geram sbb apa.tapi aku smpat la melibas belakang dia seround. tp bila dia pusing belakang lepas kena libas tu, mata dia berair,muka dia merah, tp sempat dia cakap"Adik habaq kat mak." Aku punya ketaq. takut giler..Cikgu Miskiyah garang..jgn main2..bila mak aku dah tau,of course la aku kena marah kan,"awat buat adik macam tu,sampai berbalaq(balar) belakang dia?!".garang2 cikgu Miskiyah,takde la aku kena rotan.sayang cikgu Miskiyah.

So aku dah xboleh nak pukul adik kesayangan aku tu. Bile dah aku geram sangat, pernah sekali aku gunting baju kurung raya nawal.haha.tapi kantoi la kan.sbb memang sah2 la kan mak aku tau yg tu bekas gunting sbb bentuk koyak dia 'V'(cis,aku tak reti nak sembunyikan crime aku). and masa tu hanya ada aku,nawal dengan nabilah.yang lain belum lahir.nabilah baru 2 tahun,mmg mak aku tak kan syak dia la.lepas tu yang kena gunting plak baju si nawal.takkan la si nawal nak gunting baju dia sendiri.nak suspect ayah aku gunting baju nawal?macam tak sesuai je.so tinggal la aku jadi prime suspect.kena marah jugak la aku dgn Cikgu Miskiyah.

Bile dah besar sikit,dalam 12,13tahun, dah pandai buat keje rumah semua,kitorg selalu berkira dalam chores.tak boleh lebih sikit kerja rumah.semua kena adil.selalunya time kitorg buat keje rumah pun time wiken jumaat sabtu.vacuum,sidai kain,cuci pingan,basuh baju etc.semua kena bahagi kerja dgn saksama.selalunya,time die kena basuh pinggan,aku yang kena kutip pinggan utk dia cuci,and vice versa.so punyala busuk hati aku time tu,aku akan kutip sebanyak pinggan yang ada utk dibasuh,dari ruang tamu sampai dapur,so that dia kena basuh pinggan dengan byk(padahal tak sedar,sendiri pun kena kutip pinggan yg banyak utk itu.huhu)

nawal ni,dia suka gempaq aku dgn ayat "weh mak marah tu"(kitorg mmg takut klu cikgu miskiyah marah).selalunya dia akan guna bila nak kejutkan aku tido.Cikgu Miskiyah mmg pantag org tidur lepas subuh n lambat join breakfast.tp sejak2 aku duduk asrama, mmg terbiasa tidur balik lepas subuh.maaf mak.so selalu la nawal ni dengan suara petir die tu n muka yg serius,kejutkan aku dengan cakap "weh kak bangun laaa.mak dah marah dah tu!!!".aku mmg takut,mmg bangun terus,cuci muka n turun bawah. turun2 bawah,Cikgu Miskiyah tengah mengoreng cucur dan sambil tersenyum manis cakap," haaa,dah bangun dah hak tua".tiada riak2 marah pun.cis,aku terkena dgn nawal.

Entry ni aku sudah tulis lama..masa tu aku terasa rindu dengan nawal.terasa lamanya tidak berperang dengan nawal.

gaduh2 pun,kekadang ada saat yang aku rasa nak hug jer si nawal ni..rindu..tapi nawal ni xsuka skinship2..huhu..ntah nanti klu tetiba aku hug dia,dia balas "kak,hang salah makan ka?"..haha

so bersempena hari lahir mu (2 february) nawal, jangan dok jadi kapla angin sangat..hahaha..biar kakak sorang ja kapla angin,sebab kalau angin bertemu angin jadi taufan..n selamat berjuang dalam clinical years..nampaknya kali ni si nawal dah jadi sempai aku dalam medicine..huhu..

Berusaha!!
Daa~(trademark nawal sambil buat muka irritated dan menjengkelkan)

***

Jan 21, 2009

Happy birthday Afifah

4 comments

Entry ini sudah ku tulis pada hari lahirnya, 23hb January 2009 tapi tiada kesempatan untuk publish.

Happy Birthday Afifah!!

Afifah adik aku yang ke-empat(anak kelima).

Persis teruna lagaknya. Mak selalu risau kadang2 memikirkan tingkah laku yang 'sempoi',boyish,extreme kaki bola, asyik pakai sneakers. Bila ditanya, mak dulu kempunan anak lelaki ke masa mengandung Afifah? Mak menafikan. Bukan salah ibu mengandung!! Aku khabarkan pada emak, itu cuma transition period. Daripada kanak2 kepada young adolescent. Kadang2 young adolescents girl ni selalu nak appear tough,rebelious, macho, xmain la girlish2.. Sebab aku pun dulu begitu. Skirt?no way.Kasut? sandals yg lelaki. T-shirt besar. Aku khabarkan pada emak,jangan risau. Nanti dia akan sedikit2 menjadi wanita..huhuh..

Well,aku rasa mungkin persekitaran dia yang membuatkan dia begitu. Klu dilihat, dari kedua2 belah keluarga, Kulim dan Titi Gajah, sepupu2 yang membesar bersama hampir kesemuanya lelaki. Mungkin sebab itu, Afifah ini lebih lasak orangnya.

Afifah suka updatekan cite Intan kat aku. Panjang lebar dia ym..bab ni rajin plak die..heheh..terima kasih anyways.

Apa apa pun, Selamat menyambut ulang tahun yang ke-14.
Rajin2 kan lah diri di dapur ye!!

Jan 6, 2009

Happy Birthday K.long Ann n K.ngah Raf

0 comments

Ini adalah kawan baik saye since form 1.(from left:kak ngah,kak long)

Dah macam adik beradik dah.n kitorg mmg xbahasakan diri guna nama.rasanya diorg ni kawan yg paling kenal aku.kak long sekarang praktikal dekat audit firm n kak ngah dekat maktab perguruan pulau pinang.

Selamat Hari Lahir kak long(2 Jan) n kak ngah(6 jan).
semoga panjang umur murah rezeki.n all the best.yoshhh
My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009