Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Apr 12, 2009

Powerscourt.

4 comments










Ini adalah Powerscourt,House and Garden.
Terletak di Co Wicklow, luar Dublin sikit.
Dikatakan tempat pengambaran P/s: I Love You, tapi aku tak tgk movie tu so aku tak tau kat mana tempat2 pengambaran tu.

Coastal tour

0 comments
Cuti Esther ini,aku tidak bercadang ke mana2.

Tapi housemet aku mengajak berjalan2 di sekitar Dublin.

So kitorg naik costal tour bas, menikmati permandangan costal side of dublin untuk ke powerscourt.

I'll post some pixs.

selama 3 tahun duduk sini, baru aku tau dublin ni cantik rupanya..hahah (loser)

Jan 9, 2009

Of Bray and Keria

2 comments

Bray,County Wicklow.

Bila aku cakap aku xpernah pergi Bray lagi,almost semua kawan2 aku kat sini xpuas hati.sepatutnya Bray tu masa first year lagi org dah jejak.hehe..well,banyak lagi tempat2 menarik di dublin ni yang aku tak cover lagi. sebab tu kut Allah letak aku dalam golongan full course(5 years) instead of twinning(2.5 years).huhu

So hari ni 9 Jan, ayu dengan berbesar hatinya mengajak aku ke sana..and aku sangat teruja mengalahkan junior.haha..suhu ketika itu 4 degree n it was a bright sunny day..kitorg sampai dalam pukul 12 n start tangkap gambar along the coast.sangat cantik seafront die.n aku sangat suka..


Batu2 dia sangat cantik.
Bulat2..
Aku ada amik bawak balik..
Banyak sampai senget bahu aku bawak beg yg berat disebabkan batu tu.
Teringat mak yang suka kutip batu2 sungai kalau pergi air terjun n kulit kerang kalau pergi pantai..tapi aku xnampak pulak kulit2 kerang yang macam kat malaysia.ada la kut kulit2 mussel yang local punya.
Kitorang tangkap2 gambar kat kawasan sini,atur2 batu bentuk love..heheh..banyak lagi gambar.tapi xlarat nak upload semua.


lepas dah puas main2 kat bahagian landai,kitorang naik bukit utk dpatkan view yang lagi menarik. sangat cantik..and bile snap gambar banyak2,of course la kan ada je yg tak jadi,yang blur,yang xmenarik..so pakat meroyan la aku n ayu nak beli SLR..SLR is sooo in trend nowdays...tp xpa,masih mampu bersabar..hehe.kat atas bukit ni ada satu kawasan berlapang yang berumput.kitorg take turn untuk solat atas ni sebelum menjamah sandwich yang aku buat pagi tadi.alas perut jer nih.

Lepas selesai semua urusan,kitorg bergrak ke National Sealife Aquarium.ala2 Aquaria jugakla.tapi aku rasa sangat berbaloi.sebab species ikan dan hidupan laut yang ada kat situ sangat berlainan dari yang aku prnah lihat kat aquaria.antaranya piranha, clown "Nemo" fish, shark, sea horse dan sebagainya. agak lama jugak la kat sini, sempat tengok pekerja2 Sealife feed the sharks n stingrays.These are some of the pictures:




ferocious piranha,Me infront of a fish aquarium, Bloody Henry Starfish, shark tank




fish tank named Nemo's Kingdom, underwater plant(i guess), close-up moon jellyfish, umang-umang,



Clockwise: Clown "nemo" fish, i-dont-know-the-name fish tank, moon jellyfish, seahorse yg cam arrogant

lepas kitorg dah puas view semua hidupan laut, baru la bergegas mencari lunch. ayu mula2 frust jugak sebab restoran yang die tgk kat internet tutup.tapi nasib baik ada restoran seafood yang menawarkan harga yang agak ok.kitorg pesan stir fry tiger prawn, golden crisp calamari and seafood chowder...memang mantap dan kena dengan selera asian.huhu.

Sekarang ni sayer sangat penat...by the way, semalam aku ada la kononnya buat keria utk dibawa ke Bray.utk lapik perut.tapi disebabkan aku tak tau nak bajet berapa lama nak kena rebus keledek(aku tinggalkan keledek sbb pi makan nasi lemak..huhu),keledek yang direbus sgt la lembik.dah letak tepung pun lembik lagi..bukan kata nak buat bentuk gelang, bentuk bulat besa pun xleh..huhu..maka terpaksa la aku mengoreng mixture tu sebagai cekodok keledek..sadis betul..takpe first trial...nasib baik xjadi bubur keledek ke apa..huhu..gambar tak diuploadkan sebab sgt tidak membuka selera..hehe
moral of the story: klu baru first trial tu jangan bajet diva, cari respi betul2 supaya xdela tersasar jauh outcome dia.:p

lately ni aku teringin nak makan kuih muih traditional la pulak..pasni nak cuba kuih bakar lak..hehe..chef lang,any suggestion of recipe?. :)


oOo

Jan 6, 2009

Cuti winter: Update

4 comments


Things that i've been doing so far for winter hols:

1)mysoju.com..ok. aku dah tgk tv series jepun mcm nak vomit keluar..ye saya tau xberpekdah.tp irresistable la..huhu..cite yg aku dah tgk:
  1. Absolute Boyfriend(cite ni klakar tp xsangka gile ending sedih cam nak pengsan.berbaldi kuar air mata)
  2. Last Friend(nawal recommend,tp aku xberapa suka cite die.sbb persoalan yg dibawa sgt berat.aku nak rileks2 je tgk tanpa mendera perasaan.
  3. Gokusen 2,
  4. Gokusen 3. 2 season sekaligus aku tgk..cite budak2 sekolah..klakar tgk body language Yankumi n Oedo family
  5. Hana yori dango 1
  6. Hana yori dango 2
  7. hana yori dango the movie. cite ni sama cam meteor garden.
  8. Proposal Daisekusen Sp
  9. Hana kimi Sp

2)shopping..ada 2,3 benda lagi yg aku nak kena cari.baju seluar utk hospital,n brang2 yg kakak suruh tgkkan kat mothercare..ampun,xpergi lagi..adeh..selalu gi shopping barang sendiri,dah xnampak dah barang yg org lain pesan.

3)cooking..ini mcm liat sikit..dulu beria nak cuba mcm2.tp progression agak slow.nasib la,aku ni bukan ada passion sgt memasak ni.aku memasak sbb tanggungjawab.tp aku dah beli barang nak buat marble chocolate cheese cake.2,3 kendian ni i-Allah berjalan.n aku dah beli sweet potato..hehhe..teringin nak makan keria.

4)ayu ada suggest roadtrip ke kilarney.aku sgt la looking forward for this.sbb aku dah sebu sgt dok umah layan komputer.n kena la jugak kan jalan2 around ireland..tempat2 kat dublin ni pun ade je yg aku xpergi lagi..huhuh.nnt klu balik mesia for good,org tanya tempat tu tempat ni,kita xtau apa apa

5)dulu ada plan nak selak buku sikit.nak tgk clinical examination punya buku.saja nak prepare utk next sem.tp setakat ni belum ada hati nak tgk buku..huhu

6)haritu sempat la pg iceskating dengan kawan2 kat RDS..kat sini mcm2 org buat.dari iceskating ke funfair ke dewan exam..huhu..multipurpose RDS.

7)tadi dalam bus sewaktu balik dr beli groceries,ada sorang lelaki cina tegur.tanya dari malaysia ke.sembang2 sikit.lepas tu dia tanya tak buat part time ke.dia cakap dia cuci pinggan mangkuk boleh dapat dalam 280euro seminggu.dalam rm1400 seminggu.lepas tu dia sambung lagi,"tapi susah sikit la kalau pakai tudung...xpa,bapak duduk jauh..bapak tak tau punya kalau bukak." aku sengih2 jer sambil ckap"tapi tuhan tau(sambil tgn tunjuk atas)"...lepas tu dia jawab"xpa,saya pun xdak tuhan"...huhuhu..slamber je..tp xpe,dia xfaham..kita xleh nak marah dia atas ketidakfahaman dia terhadap agama kita.tugas kita sebenarnya menerangkan dan berdakwah kepada orang2 yg jahil.

Apa2 pun kepada yg masih bercuti,harapnya dapat menmanfaatkan cuti dengan baik(pesan kepada sendiri jugak..huhuh)

salam

oOo

Dec 28, 2008

Shop Till You Drop!!

4 comments

Shop Till U Drop!!
I mean it literally!!
huhuh

Semalam, 27hb December.boxing day di Dublin.tp kitorg xnak berboxing di Dublin so aku join bebudak cabinteely(my clasmet yg tinggal dekat cabinteely) Ayu,Irah,Naf n Shida brboxing dekat Junction One,Atrium.,30 min from Belfast Nothern Ireland n about 3 hours by bus from Dublin.sebenarnya Northen Ireland dah boxing day dah 26hb,tp kitorg saja nak pg lepas boxing day,sebab malas nak beratur utk bayar. So pagi2 tu,pukul 7 dah kuar umah nak catch bus pukul 8 ke belfast.

Kitorg sampai Belfast's Victoria Station dalam pukul 11. sementara nak tggu bas ke Junction One,kitog makan2 dulu bekal yg dibawa sbb nnt bile dah sampai junction one, mmg xkan berenti la shopping (berenti solat je).

Dalam pukul 12 tu kitorg sampai Junction One. rupanya2 ada jugak bebudak dublin yg lain yg serbu junction one,Aida, Muna n d gang. tapi mmg xtegur sgt sbb kalut memilih barang.hehe

Banyak jugak la barang yg aku beli. n harga mmg murah gile6.Junction One ni barang2 die dah mmg factory outlet.tp bile sale, reduction of price sampai 70% off.mmg heaven la..aku belikan 2 pasang kasut utk nawal n nabilah.i hope they like the shoes.

Tapi,masa aku tgh beratur nak bayar baju yg aku beli kat Tom Tailor,tetiba je aku jadi klabu mata macam nak pitam. aku pusing kebelakang nak cari Irah,nak minta dia gantikan tempat aku beratur. tapi mmg aku dah xnampak muka org dah masa tu.aku gagahkan diri jugak tggu sampai turn aku.sampai turn aku,masa cashier tu bagi resit, aku hanya menggagau je cari resit tu sbb aku dah nak pitam..huhuh..lepas bayar tu, terus aku rebahkan diri kat dinding dalam kedai tu jugak. Irah datang kat aku lepas nampak aku kat dinding tu.tanya kenapa semua.tapi masa tu aku dah regain sikit consciousness so aku nampak dia n cakap aku rasa nak pitam td.so dia bawak aku kat kerusi luar kedai, minum air n makan sikit pisang yg Irah kasi tu.so Alhamdulillah dah ok.cuma masih xbertenaga sikit.so aku duduk kejap, tggu irah pg toilet sume. aku rasa maybe sbb blood pressure aku rendah n aku anaemic sikit(thalassemia trait) n aku tidur 4 jam je semalam.sbb dah lama jugak la xjadi mcm ni.last time ialah masa aku form 3.ni la yang dinamakan 'shop till you drop'.haha. tapi lepas aku dah bertenaga tu,makin lebat duit keluar..haha.. nasib baik la aku xpengsan ke apa.macam xbest je nanti dgr cite 'Raihan pengsan lepas shopping dekat Junction One'..macam loser giler..haha


Aku rasa kitorg buat the right decision sebab sekarang duit pound rendah. semalam punya rate adalah 1pound=1.083euro. bayangkan beg nike yg aku beli tu dalam 15pound so dalam 16 euro je.kasut kangaROOS yg aku beli kat nawal tu 10pound je,so dalam 11 euro,so dalam 50ringgit!!!sampai bebudak ni kata "banyak beli ni,tapi duit xhabis2"

Junction One tu tutup pukul 6ptg.itu yg xbest kat sini.kedai tutup awal.tp rasanya klu kedai tutup mcm kat malaysia,banyak lagi beli ni. so dah habis semua,kitorg tggu bas utk ke Victoria Station,Belfast sebelum amik bas ke Dublin pukul 8mlm. dalam pukul 10.30 sampai dublin n pukul 11 sampai umah.sampai2,mandi n terus tidur.penat giler.

Thanks Ayu,Naf,Irah n Shida..nanti2 jom shopping lagikk!!

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009