Jan 16, 2009
Senyuman.
Posted by Rexraihan at 5:04 PMGambar ini kakak kirimkan padaku dan Ammar, untuk tatapan kami si perantau.
Melihat gambar ini,hati yang rawan menjadi tenang, fikiran yang gundah menjadi lapang.
Satu kalimat sahaja yang mampu singgah, 'Alhamdulillah'. Alhamdulillah tokwan semakin sembuh dan sihat. Alhamdulillah tokwan kembali tersenyum
Keletah Zaffran, anak kakak, cicit kedua tokwan sememangnya membawa senyuman kepada sesiapa yang melihat. Teringat aku ketika kecil, adakah tokwan juga sebegini ceria melihat telatahku?
Dan entry ini aku namakan senyuman. Kerana aku sangat lapang melihat senyuman-senyuman Elephants Bridgians yang amat aku rindui. Moga kalian semua sentiasa tersenyum menghadapi onak kehidupan. Dan senyumlah selalu walaupun ada rawan dihati, kerana itu yang selalu aku lakukan disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
lang pun turut merindui semua elephant bridgians...gembiranya tgk wan senyum..dah semakin sehat..kita doakan wan akan semakin sehat lagi..INSYAALLAH
Post a Comment