Apr 29, 2010

Jenis-jenis suami

Selama 4 hari di delivery ward, aku tidak lepas dari memerhati gelagat-gelagat para suami dalam menemani isteri-isteri melahirkan anak (well,tidak semua bergelar suami isteri,if u get what i i mean). Di sini,para suami dibenarkan menemani isteri sewaktu delivery. Aku tidak pasti di Malaysia,tapi aku harapnya begitu. Sebab banyak benefit kalau suami ada disisi isteri. At least,mereka tahulah menghargai para isteri yang penat lelah melahirkan zuriat mereka.

Jenis pertama:
Menanti kelahiran anak sulung. Muka cuak, tidak tahu nak buat apa. Duduk tidak kena, berdiri pun tidak kena. Tapi masih cover dengan senyuman. Tapi bila si isteri mengerang kesakitan yang amat, si suami panik sampai tidak tahu membuat apa dan hanya membatu. Apabila si isteri meminta epidural injection (ubat tahan sakit,cucuk dekat belakang, dekat dengan air tulang belakang) dan pakar bius datang dan meminta si suami menolong memposisikan si isteri, si suami rasa queasy dan terpaksa keluar dari bilik dan muntah. Tapi si isteri tahu suaminya lemah semangat, tahu yang suaminya mungkin akan pengsan kalau stay dalam bilik tu.

Jenis kedua:
Menanti anak ke empat. Sangat cool. Laki bini cool. Si suami,berpeluk tubuh dan bersandar di dinding. Si isteri,datang dengan cervical dilatation 10cm (dah boleh push baby time ni), hanya push sahaja, Baby keluar 20min kemudian. Cool.

Jenis ketiga:
Si suami sangat cool, menanti anak kedua. Si isteri, sangat menahan sakit. Sempat tidur bila dapat epidural. Dalam menunggu cervix dialte ke 10 cm,mereka berborak dan bergelak. Si suami sangat cool la walaupun kelahiran pertama anak mereka, si isteri ada komplikasi, tapi tidak ada riak resah diwajah. Baby lahir, si ibu menangis terharu sebab sebelum ini baby yang terdahulu terus dibawa ke NICU (neonatal ICU) tanpa sempat siibu mengendong. Si ibu menangis dan si bapa yang cool mengesat air mata. Nampak tidak cool, tapi pada aku kalau orang yang cool, tapi mampu mengalirkan air mata bila tersentuh, aku rasa itu cool.(hah,berbelit)

Jenis keempat:
Menanti anak sulung. Loving couple. Si suami tidak berenggang dengan isteri. Dari sampai admission, sampai lahir baby, tidak keluar dari bilik pun. Si suami tidak lunch pun. Punya sehati sejiwa dengan isteri. Setiap masa duduk sahaja ditepi katil, usap tangan isteri, belai rambut, sesekali mencium lengan isteri. Doktor datang untuk inject epidural, si suami kalut lebih nak membantu, gaya dah macam dia ja yang nak kasi injection. Aku rasa kalau kat Malaysia, kalau nampak suami cium2 isteri, sure kena kutuk "macam dia sorang ja ada bini." ataupun "bini orang lain pun nak beranak jugak". tapi aku suka aja kalau si suami boleh tunjuk kan kasih sayang macam itu. Rasa macam dia sangat hargai pengorbanan isteri. Tak ramai lelaki macam ni. Minta-minta tidak ramai jugak macam Dani Adamaya, geram aku tengok.

Tetapi, apa jenis suami pun yang kita dapat, patut kita bersyukur dan menerima kekurangannya seadanya. Hadith ni aku sangat berpegang kerana aku tau ramai para isteri diluar sana yang mengeluh kekurangan suami mereka, dan aku mungkin menjadi salah satu darinya andai terlalu mengikut kata hati dan membandingkan suami (in future la,adeh) dengan Adam dalam Adamaya.huhu.

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

9 comments:

SCHAKEYRA said...

Macam link jer post kita dua... Ang pon layan adamaya?

SCHAKEYRA said...

http://what-the-story.blogspot.com/2010/04/kekasihku-suami-orang.html

ika sofiyah said...

serampang dua mata nampak. hehe
SUke tgk hasben yang gelabah menanti anak sulung.

Rexraihan said...

keyrah:
ye ke?haha,mmg budak2 kat sini pun dok melayan cita tu.semua berebutkan adam..adeh

k.ika!!!!!!
hehehe,mestila serampang 2 mata..hehe..

`Ammar Muhd said...

"tapi aku suka aja kalau si suami boleh tunjuk kan kasih sayang macam itu. Rasa macam dia sangat hargai pengorbanan isteri. Tak ramai lelaki macam ni"

akan berusaha menjadi salah seorang dari contoh di atas hehe

My Heart Draws A Dream said...

wah..abg dah pasang niat dr awal..bgus..hrp mr z pun mcm tu..wahh..gitu..hahhaa

PiDoT_OtAi said...

duhai para lelaki yang diluar san ayang seangkatan jantinanya dengan daku.. hargailah isteri kamu.. mereka bukan hak milik.. tetapi anugerah Allah yang tidak ternilai buat kita..

Lady Qay said...

owh..abang z adalah cth suami yang terakhir...bersama drpd mula msuk labour rum, smpi saat nak deliver, tggalkan skjap nak smyg zohor yang dah terlambat, dan bsama rs skit dan gelisah bsama....

suami yang cool adlh suami yang bssh sng bsama2 isterinya

ana muslim said...

salam..kt malaysia, di hospital kerajaan, si suami blh utk temankan isteri..siap dibenarkan lg kalau nk potong sendiri tali pusat tu...cuma sepanjang msk labour room tu, x pernah tengok lg la husband yg potong tali pusat. takut agaknya..=)

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009