Aku ada satu habit yang aku rasa tak tau nak dikategorikan sebagai bad habit ke good habit.
Aku suka balik lebih awal, dalam erti kata lain, aku suka cabut awal dari kelas/rotation untuk pulang ke rumah.
huhu
Aku mula dok cabut awal ni masa sekolah menengah, menengah atas kalau tak silap. Dalam kelas, waktu subjek terakhir tu, selalunya kelas bahasa arab. 15 min terakhir,aku dah galas beg,mana tau kut2 ustaz/ustazah bagi keluar awal. Tudung pulak tudung labuh kan masa tu. So tak nampak la kita yang dok galas beg ni..huhu
Selesai sahaja ustazah bagi salam dan keluar kelas, aku lah selalunya orang pertama yg keluar kelas. Alat tulis, buku semua tinggal dekat meja,sbb nanti datang prep tempat yang sama. Dan selalu nya, hari Selasa, aku dah standby 3o min sebelum tamat kelas.huhu..sebabnya hari selasa lauk ayam masak merah. feveret semua orang.
Kalau aku lambat, ustazah keluar kelas baru nak terkedek2 kemas barang, lambat la jugak aku makan nasi sebab kena beratur panjang, dan pendek la masa tidur petang aku. Bukan apa, masa SPM aku struggle pun time prep tu je la. So time prep la kena berjengil. Prep petang selalu aku terbabas tidur bila aku xdpat rehat yang cukup..Dari situ start aku suka balik awal.
Masuk KMB, pun sama, sebab still kena beratur panjang utk amik food. Tension woo. Bayangkan rimau tengah lapar, ada ka nak pi habaq kat rimau tu, "sabaq naa,beratur dulu!"..mau dia terkam orang yang cakap mcm tu.haha..tapi aku xdak la nak pi terkam orang sebab lapar.cuma konklusinya,aku tak suka la beratur2 amik food bila perut tengah bergendang-gendang. Akan ku usahakan untuk cabut lebih awal.
Datang sini, 2tahun pertama preclinical, aku memang cabut awal, sebab kelas memang habis awal. Tidak ada masalah itu. Tapi masa masuk clinical, punggah. Panas ja aku rasa bila nak kena stay sampai 4,5 petang. haha,lama2 dah biasa. Tambah2 sekarang ni aku rotation kat Loughlinstown, dalam 1 sejam suku naik bas. Waduh, bangun seawal 6 pagi, 6.30 mencicit keluar rumah tunggu bas. Kena pulak tukar 2 bas, bas yang ke loughlinstown tu pukul 7 dekat leeson st. Nak ke leeson st,aku terpaksa ambil bas lain. Ini untuk ward round pukul 8. Nasib baik xdak ward round pukul 7. Kalau tak,jenuh aku nak cari lubang macam mana nak sampai sana, sebab perkhidmatan dublin bas selalunya start pukul 6.30.
Lepas tu, jadual di Loughlinstown tersangat la padat dan intensive. Bagus juga, tak dak la kitorg ni dok wander sana sini xbuat apa. Setiap minggu, dalam satu hari 3 orang student kena oncall from 6-9pm dekat Accident and emergency. Aku kena oncall on Thursday. Memang la ni oncall main2, 6pm till 9pm jer, blum intensive macam doktor2 tu, tapi still, i nak balik awal you. Panas jer tggu sampai pukul 9. Amik history patient pun dah merapu..lost giler kut..haha..penat la.bangun kul 6.tak berenti sampai kul 9.to be exact 10pm actually sebab baru sampai rumah waktu tu. haihh,macam mana la nak jadi doktor nih?!..*menggaru kepala yang tidak gatal*
p/s: memegang rekod sebagai pelajar Malaysia Ireland yang pulang paling awal ke Malaysia pada tahun 2007.hehe
May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
oit..siap bg award utk diri sendiri..hihi
Post a Comment