Nov 27, 2009

Suasana itu

Aku rindu suasana itu.

Suasana kenduri di rumah mak tok.

Pembasuh-pembasuh pinggan di belakang rumah

Booth sirap di tepi tangga.

Oh ya, bahagian ruang tamu yg baru direnovate, yg asalnya menjadi laman dan tempat letak kereta, selalunya tempat orang menyiapkan pinggan2 dan juadah yg nak dihidangkan.

Bahagian ruang tamu lama yg selalunya menjadi tempat hidangan makanan utk muslimah.

Bahagian dapur yg selalunya menjadi medan santapan tuan rumah

Bahagian atas rumah maktok yang selalunya menjadi tempat golongan muslimin membaca yasin dan doa, yang selalunya budak2 berkejaran. dan selalunya dibambu oleh makcik2 yang cengey.

Aku rindu suasana itu.
Dan esoknya,orang bertandang lagi ke rumah mak tok.
Akikah zaffran dan hari istimewa k.lang.

Aku hanya mampu tersenyum pahit.
Orang ckp tidak apa, berkorban yang kecil2 utk benda yang besar.
Korban yang kecil?
Di mata aku, itu tidak kecil.
Berapa kali dalam seumur hidup akan ada akikah zaffran,
dan berapa kali seumur hidup akan ada hari pertunangan Lang?
Orang ckp "ala,yg tu pun nak emo?"
aku emo sebab aku ada perasaan.

Aku mengerti, takkan semua urusan orang, kehidupan mereka dan keputusan besar berkaitan perjalanan hidup perlu tunggu aku ada. susah la kalau macam tu, itu xleh nak buat,ini xleh.sbb nak tggu rehan balik.

Tapi aku juga tak boleh berlakon (^^) padahal emosi adalah ini T.T. Izinkan aku bersedih.

Cuma aku doakan, semua urusan esok berjalan lancar. Dan jangan lupa orang yang jauh.

Di saat ini, aku hanya ingin berada di pangkuan keluarga.

Selamat Hari Raya Korban.
Dari aku yang dah lama terkorban.

6 comments:

Ibu Alin said...

alahai sedih teh baca..
teh pun emo gak pagi-pagi ni terkesan dgn luahan hati kakak
sabar ye...
dalam hidup banyak pilihan yang kita buat yang memerlukan pengorbanan
Dan berjauhan serta terlepas event penting dalam hidup ahli keluarga merupakan salah satunya...

Lady Qay said...

kakak pun sdih gak sb rehan sllu takde di saat berlakunya bnyakkkk bnda2 pntg dlm famlykita spt kawen kakak...

tapi apa nak buat...rehan jauhh nun di sana..tp kali ni, kami insyAllah nak buat juga tggu rehan balik..so jgn risau eh...cpt2 boook tiket blik n cpt2 bgtau kami tau..baju pun nnti kami bg kat mak soh buatkan utk rehan skli...hhehehe

My Heart Draws A Dream said...

touching la rehan baca entry ni..kami suma tak lupa pada warga perantauan termasuk ammar dan nabilah..bukan tak mau tunggu tp masa cuti kita smua tidak sama..harap sentiasa bersabar..

lang pun sedih gak sbb cousin2 n adik beradik yg tersayang takde time tu tp apa boleh buat..kita suma merancang,ALLAH yang sentiasa beri yg terbaik utk kita semua..

insyaALLAH nnt majlis yg besar,rehan ada di sisi kami..time tu balun la abih2 punya seronok cover yg previous moments..boleh k mcm tu??hihi..

Misk said...

Alahai sedihnya hati mak baca luahan hati kakak...bukan mak x faham hatu kakak tapi kalu mak turutkan jg hati yang sedih kakak akan bertambah sayu lagi..Kaka ok juga x de masa K. Lang tunang, Mak dulu majlis bertunag mak sendiri pun mak tak ad kat rumah... tau- tau Pak njang bawa cincin tunag je bagi kat K.L. Lagi tragis......

Rexraihan said...

teh:itula..terlepas event penting..sedih jugak laa..huhu

kakak:rehan dah tau nak balik bile..hari khamis tu habis exam,ptg tu jugak rehan balik..haha

lang:i nak jadi pengapit u..heheh...rasa cam gembira bila tau exam habis kamis..hehe

mak:xpa,nnt kakak bertunang,mak kena ada..haha(mesti mak kata gatainyaaa..hahah..alah,lang lgi gatai,dah nak menikah dah.haha)

`Ammar Muhd said...

steady...coolness~~

My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009