Disaat ini,aku yakin kamu sedang sarat dengan pelbagai emosi. Teruja, sedih, gembira, takut, khuatir dan pelbagai lagi mainan perasaan. Aku juga pernah berasakan yang demikian 4 tahun lalu, sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Dublin.
Adikku Nabilah,
Allah telah pun menetapkan takdirmu di India, dan pastinya ada percaturan dan hikmah yang melangkaui batas-batas kefahaman manusia. Andai ada yang menantimu disana, yang tidak kamu sukai, kamu hadapilah dengan tenang dan sabar dan berlapang dadalah dalam setiap urusan. Kerana Allah telah pun menyatakan melalui firmannya dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Adikku Nabilah,
Pilihlah sahabat yang baik sebagai penganti keluargamu disana, kerana sahabat yang baik dapat menjagamu dunia akhirat. Dan hindarilah dari golongan-golongan yang membawa kealpaan kepadamu, yang mengikis jati dirimu kerana kekuatan diri merupakan asas kepada kekuatan iman. Jangan dilupa solat 5 waktu dan bacaan Al-Quran, kerana itu adalah sumber kekuatanmu. Biasa-biasakan diri dengan amalan sunat dan mengadulah kepada Tuhanmu kerana Dialah sebaik-baik Tempat mengadu.
Adikku Nabilah,
Jangan dilupa pada titisan air mata emak yang mengiringi perjalananmu dan keresahan emak yang memikirkan tentang kehidupan yang bakal kamu hadapi disana. Jalankan tanggungjawab seorang anak walaupun jauh. Sentiasa mengambil berat hal-hal di rumah dan sentiasalah berhubungan dengan emak agar perasaan gundah seorang ibu itu sedikit sebanyak berkurangan.
Adikku Nabilah,
Semoga selamat di tempat baru. Aku iringi pemergianmu dengan doa agar kamu menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Jika kamu buntu dan perlukan tempat mengadu, aku sentiasa ada disini menantimu.
Salam sayang dari kekandamu,
Raihan.
7 comments:
wahhhhh..ini mcm karangan bhasa melayu jerk??? =P
sekali sekala...
hahaha..
confirm A1 spm..haha
sayu2...huhuh....sedih..dah xde spa nk gosip2 lg.....hukhuk....ada sepupu pn dh nk kawen =P
xpe2,kita still boleh bergosip online..sekarang kan high tech..hehe
doakanlah dia tenang menyambung pelajaran di sana. Kalau nak kira sedih dan sayu mak lebih-lebih lagi....
weh..ayat nawal tu mcm kena kat lang jakk..aduh..sapa kata nak kawen ni??lmbt lg la..hhuhuhu
sapa mkn cili...dia la trasa pedasnya =P....mmg la lmbt pn...tp kamu dh masuk fasa len...xgeng ngn kami ni dah...hihih...kan kak kn??
Post a Comment