Nov 23, 2009

Ada gaya tak?

2 comments

Entry ke 2 utk malam ni.
Melepas geram nampak..haha
by the way, aku still ada OSCE hari khamis ni.
Malas nak study lg..

saja nak upload gambar aku kat sini.
Ni gambar aku masa nak salin ke scrub (gambar kat bawah). saja aku snap satu gambar sbb aku xpernah ada gambr dgn white coat..

Ini gambar aku seharian di operation theater. Alhamdulillah, pihak hosp mmg menyediakan satu kononnya cap tapi bercirikan hijab. So aku mmg pakai benda tu, memang menutup leher. Sebab aku aware jugak la di Malaysia, banyak doktor n student muslimah yang tidak dibenarkan memakai tudung dlm bilik OT. Kononnya nnt infection, mmg betul. Tapi kalau mereka menyediakan satu alternative macam yang aku pakai ni,tak ke lebih elok? kadang-kadang aku terpikir,siapa yang kononnya Negara Islam ni??

GI rotation.

3 comments
Hari ini aku baru habiskan 2 paper utk Medicine and Surgery.

Berasap.

2 major paper dalam satu hari. Boleh seizure (sawan) aku.

Tak nak cakap pasal paper tadi. Aku cuma nak cakap pasal pengalaman rotation yang lepas. Seminggu sebelum exam, aku entitled for Gastrointstinal surgery. Aku n group mate aku Usman(Irish-pakistani) and Sinead kena split into Colorectal(pasal usus besar) n Hepatobiliary(pasal hati dan gall bladder(hempedu kut dlm bm..huhu))..

Usman n Sinead masuk hepato, sbb nyer colorectal team ada Prof O Connell. Head of Surgery kat St Vincent Hosp. Diorang xleh nak escape la from ward round ke ape sbb ye la kan bos surgery ada dlm team tu. So xpela aku berseorangan kat dalam team tu. Pastu team tu pulak ada Colin, tutor kitorg utk surgery. ( dia cute..haha,n dia je tutor yg igt nama aku..huhu..entry pasal nama kita buat lain kali). Kiranya semua orang tau team colorectal ni klu masuk xleh nak main2,xleh nak escape.

So aku masuk la ke dalam team ni. Aku mmg dah xde perasaan. Tapi in the end, aku rasa ni la team paling best. Sebab Prof O Connell sangat melayan. Waktu clinic die, dia drag aku ke sana ke mari, tunjukkan aku inguinal hernia, massive protusion of bowel into scrotum, die suruh aku palpate la scrotum yg besar tu..haha..klu sebelum masuk clinical year,aku mmg anti sikit bab2 genitalia,tapi skrg,hmm dah xde perasaan. dah immune..hahha).

Pastu banyak la dia terang2 kat aku. Tetiba aku rasa sgt syg plak kat prof ni..huhu..sangat fatherly. rindu kat ayah aku..

Pastu masa dalam theater dia, aku duduk tepi,penjuru bilik..sbb aku x scrub in utk first case (scrub in maksudnya,aku xmensterilekan tangan n pakai sterile gown,nnt aku letak youtube utk ini).
Pastu lepas prof ni masuk theater and scrub in. sibuk dia tanya 'where's my young collegue?". aku tau la itu maksudnya aku, sbb aku ja yg paling muda..hehhe..pastu aku pun menyahut. Prof ni cepat panggil aku berdiri tepi dia,suruh aku tgk dia buat procedure anal fistula. Pastu dia ada tanya aku soalan pasal lecture yang dia ajar, classification of fistula. Aku xleh jawab sbb aku xbaca powerpoint die..haha..pastu dia suruh aku baca slide die immediately after case tu..huhu..

Lepas habis case ni, ada break kejap utk case yang seterusnya, sementara diorg nak prepare kan patient utk procedure tu. so aku gi minum dekat staff room. Kebetulan prof masuk, dia ajak aku join dia minum. Dok sembang2, pesan suruh aku makan biskut byk2 sbb pasni dia nak suruh aku scrub in..adeh.

Lepas tu, dalam scrub room, dia laykan gown utk aku and dia suruh aku amik glove utk ltak kat atas gown yg sterile tu. Oleh sebab aku dah lama xscrub in, (sebelum tu rotation ortho,xmasuk theatre,) aku terlupa utk buka plastik glove tu utk expose bahagian sterile. masa aku hampir2 nak letak glove yg xsterile tu, dia terus snap."dont!!".terusla dia berleter2 kat aku..loosely translated,"ni la klu asyik baca buku jer xnak masuk OT..blablabla"..haha..macam seorang ayah berleter..lepas tu dia xbagi aku pegang apa pun.


Masa basuh tangan utk scrub in pun dia suruh basuh dengan dia, dia tunjuk satu2..haha..padahal aku tau je..huhu.. pastu gown pun dia yang pakaikan untuk aku.bile aku nak amik jer glove,dia cakp "Dont touch anything!"..haha.dia pakaikan glove utk aku..sweeeeet...masa tu aku teringat jer kat ayah aku...huhu..

Case yg aku scrub in ni case rectal cancer. low anterior resection,meaning,bukak bahagian bawah perut,kirenye bedah bahagian pusat ke bawah. excited aku tgk. haha.berdiri berjam2 pun xapalah. Kalau nak cerita procedure dia, kang payah lak nak explain..huhu.

Pastu in between tu, out of no where dia tanya, "90years old lady came with rectal prolapse,what would you do?"

Dan hari ni, bila aku bukak paper soalan surgery aku, terpampang soalan yang sejibik mcm prof tanya aku. Soalan first lagi. Dan sememangnya aku tersengih sampai ke telinga.

pastu ada satu hari tu aku ikut team pergi Multi Disciplinary Team Meeting. Selalunya breakfast diprovidekan, so aku amik paper plate and mula la mengisi makanan n pastu amik tempat duduk dekat penjuru bilik (as usual..haha). Diorang bincang pasal apa ntah, high level sgt utk aku igt..haha. aku dok makan la masa diorg duk meeting. lepas tu pulak Prof dok comment2 pasal presentation yang registrar dia buat. Dalam dok comment tu, Prof ni cakap la 'yesterday, my young collegue and I...blabla" sambil tangan point dekat aku, semua org dalam bilik tu tgk aku, and aku pulak dalam pose paling baik, iaitu tengah menyumbat mkanan. Huhu..dalam bilik tu,aku sorang je medical student, yang lain semua pangkat doktor kut. Tapi cara prof acknowledge aku, buat aku terharu. selalunya orang pandang sepi jer kut kat medical student.

Dan di atas layanan baik Prof yang tidak mengenal bangsa n agama buat aku rasa semakin berminat dengan Surgery. Dulu aku mmg xsuka surgery,sbb kena berdiri lama. Tapi sekarang ni, aku mmg minat gila2 dengan surgery. Aku even consider nak sambung dlm surgery walaupun dulu aku pernah berniat nak amik degree doktor pastu nak jadi suri rumah tangga..hahah..Tapi mungkin bukan bahagian colorectal kut..xlarat weh hari2 tengok bon**t orang..haha

Daaa~

Nov 20, 2009

rematch! rematch! rematch!

1 comments


Aku mmg dah lama xupdate blog.
tapi match yang satu ni,mmg aku emo habis..
haish..
mmg aku pangkah la france,dr dulu lg..

kesian our boys..
hmm..

emo disaat2 nak exam..

Oct 7, 2009

Warkah Terbuka Buat Nabilah

7 comments
Kehadapan adindaku Nabilah, yang dalam perjalanan ke India untuk melanjutkan pelajaran.

Disaat ini,aku yakin kamu sedang sarat dengan pelbagai emosi. Teruja, sedih, gembira, takut, khuatir dan pelbagai lagi mainan perasaan. Aku juga pernah berasakan yang demikian 4 tahun lalu, sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Dublin.

Adikku Nabilah,
Allah telah pun menetapkan takdirmu di India, dan pastinya ada percaturan dan hikmah yang melangkaui batas-batas kefahaman manusia. Andai ada yang menantimu disana, yang tidak kamu sukai, kamu hadapilah dengan tenang dan sabar dan berlapang dadalah dalam setiap urusan. Kerana Allah telah pun menyatakan melalui firmannya dalam Surah Al-Baqarah Ayat 216.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Adikku Nabilah,
Pilihlah sahabat yang baik sebagai penganti keluargamu disana, kerana sahabat yang baik dapat menjagamu dunia akhirat. Dan hindarilah dari golongan-golongan yang membawa kealpaan kepadamu, yang mengikis jati dirimu kerana kekuatan diri merupakan asas kepada kekuatan iman. Jangan dilupa solat 5 waktu dan bacaan Al-Quran, kerana itu adalah sumber kekuatanmu. Biasa-biasakan diri dengan amalan sunat dan mengadulah kepada Tuhanmu kerana Dialah sebaik-baik Tempat mengadu.

Adikku Nabilah,
Jangan dilupa pada titisan air mata emak yang mengiringi perjalananmu dan keresahan emak yang memikirkan tentang kehidupan yang bakal kamu hadapi disana. Jalankan tanggungjawab seorang anak walaupun jauh. Sentiasa mengambil berat hal-hal di rumah dan sentiasalah berhubungan dengan emak agar perasaan gundah seorang ibu itu sedikit sebanyak berkurangan.

Adikku Nabilah,
Semoga selamat di tempat baru. Aku iringi pemergianmu dengan doa agar kamu menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan akhirat. Jika kamu buntu dan perlukan tempat mengadu, aku sentiasa ada disini menantimu.

Salam sayang dari kekandamu,
Raihan.


Mentaliti Kelas Ketiga

2 comments
Amarah Indonesia terhadap Malaysia semakin menjadi2

Entah kenapa isu ini semakin menjadi-jadi sekarang.
Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, sedih pun ada jugak.

Aku selama ini tak amik peduli pun pasal ni. Selalu ada jugak ter come across those nasty indonesian group dekat fb n frenster yang dok kutuk2 malaysian.
Tapi semalam aku terbaca news pasal pesawat TUDM kena baling batu masa hantar bantuan dekat mangsa2 gempa bumi.

Aku macam 'wth'??!!

Terus aku browse2 tenet,amik tahu sedikit sebanyak kenapa.
Rupa2nya diorang dok marah sebab 'kononya' kita dok claim yg tarian pendet( aku pun xtau menatang apa tarian ni) budaya kita, sebab Norman KRU ada publish satu advertisement dekat discovery channel, dalam advertisement tu ada la gambar tarian pendet diorang ni. pastu diorang bengang2 ckp kata malaysia dok curi budaya diorang la apa la. ntah apa2.

Xcukup dengan tu, diorang marah2 sebab kononnya kita claim batik,lagu rasa sayang eh and beberapa makanan termasuk cendol sebagai culture kita. Mereka juga membuat tuduhan yang tidak berasas mengatakan lagu Negaraku adalah diciplak dari lagu Terang Bulan, yang berasal dari Indonesia. Nonsense.

Malaysia tidak pernah claim apa2. Cumanya klu diselidik dari segi sejarah, sememangnya kita berasal dari sana. Masih ingat pada Parameswara? Kerajaan Kedah Tua dan sebagainya? Memang tidak dinafikan susur galur rakyat Malaysia terutamanya Melayu berasal dari Indonesia. Apabila berlakunya penghijrahan, semestinya proses asimilasi budaya berlaku dan tidak dapat tidak, sedikit sebanyak ada persamaan budaya. dah nama pun serumpun.

Tapi mentaliti kelas ketiga yang terdapat pada sebahagian rakyat Indonesia sangat memalukan. Aku bukan buat generalization, kerana masih ramai rakyat Indonesia yang bagus2, yang cuba untuk bersaudara dengan kita. Contohnya pengendali blog ini http://mujahidin09.blogspot.com/ yang cuba menyedarkan bangsanya betapa selewengnya mereka kerana berterusan membuat fitnah dan berhasad dengki. Tapi itula,kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Malah ada sekelompok Indonesian yang mereka gelar diri mereka, BENDERA, cuba membuat 'Sweeping Malaysian'. Dengan bersenjatakan buluh runcing, mereka menahan kereta2 di satu tempat di Indonesia untuk mencari rakyat2 Malaysia, kononnya mahu menghalau balik. Hello, kat Malaysia lagi banyak rakyat diorang yang klu nak sweeping pun xlarat,kena pakai vacuum. Xlarat aku nak gelak. Sgt ridiculous.

Itulah,seperti yang aku cakap kan tadi, aku xpernah amik port pun pasal kebencian sebahagian Indonesian dengan Malaysian. Cuma bila terjadinya insiden pesawat TUDM dibaling batu ketika menghantar bantuan kepada mangsa2 gempa bumi, aku rasa sangat sedih. Seolah2 melepaskan anjing yang tersepit (banyak peribahasa aku guna nihh,bleh ganti Karam Singh Walia). Mujurlah ATM mengambil langkah professional, they dont take it personal. Bayangkan klu tiba2 tentera ATM emo2,gi tembak jer org yang baling batu tu..baru kau tau. Orang berbudi,kita berbahasa, orang memberi, kita jangan la baling batu pula. Tak faham2

Apa2 pun, masih ramai saudara2 muslim kita yang masih mengharapkan bantuan kemanusiaan seperti ini. Mereka yang ditimpa musibah, tidak semuanya bodoh sombong tak tentu pasal. Maka sama2 lah kita hulur apa yang termampu, termasuk iringan doa agar mereka semua selamat.

Sedikit sebanyak peringatan Allah terhadap manusia melalui kejadian gempa bumi di Indonesia baru-baru ini.

dipetik dari Facebook entry from Nur Haidar Mustaffa, sahabat di Trinity College Dublin. Bukanlah aku nak cakap ini balasan Allah terhadap orang yang derhaka ke apa, kerana siapalah kita untuk menilai percaturan Allah. Cuma aku berpendapat ini adalah kebesaran Allah Taala yang memberi peringatan kepada hamba-hambaNYa

I was just copying what I receive from nida today:

"waktu2 gempa di indonesia : di Tasik 15:04 , di Padang(gempa pertama) 17:16 , diPadang(gempa kedua) 17:58 , gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,MahaBesar Engkau...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri.. "

(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras seksaanNya.
(8:52)

Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeri pun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.
(15:04)

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami memerintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka telah melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
(17:16)

Tad ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lawh Mahfuz).
(17:58)

He has reminded us all in Al-Quran, again and again.
We've read them countless times but how can we fail to understand?
Even if we do understand, as human beings or 'insan', we easily forget.
This is a reminder, to wake us up from that very sound sleep,
From a dream that promises all the worldly luxury and wealth.
For it is akhirat we're heading to,
And it is Allah we're facing next.
So open your eyes widely now,
And see for yourself all the signs He has given.
Probably a gentle push didn't do the trick,
Now we need a strong shake to wake the baby in the crib.


My photo
Cita-cita asal nak jadi tukang jahit.
 

A Little World Of Mine Design by Insight © 2009